Airmata Ku Jatuh Keranamu

Airmata Ku Jatuh Keranamu
HARI PERKAHWINAN


__ADS_3

BAP 1



Hari ini adalah hari perkahwinan diantara kedua pasangan bersaudara lelaki dengan saudara sepupu mereka,


Walaupun hari ini adalah hari perkahwinannya Nia sedikit pun tak merasa gembira kerana telah dipaksa menikah oleh ayah nya Tan Sri Nur Abdul Rauf, bukan sahaja Nia yang menikah tapi Dhirah adik angkatnya pun turut menikah dan bersanding dengan Dzi adik sepupu Nia serta adik kepada suaminya Amir secara serentak hari ni, atas arahan ayah Nia dan juga bapa saudara Nia Dato' Sri Abdul Raziq, alasan yang diberi oleh ayahnya adalah kerana ingin mengukuhkan ikatan keluarga mereka yang telah lama terjalin kukuh, benci sungguh Nia, teringat Nia pada kekasih hatinya Aflah yang menunjukkan wajah muram bila diberitahu oleh Nia kelmarin dahulu ,


Kenapa Nia awak tak boleh tunggu sampai kita habis sekolah dulu, kalau kita dah berkerjaya nanti saya ada duit pasti boleh masuk meminang awak


Walaupun bercucuran air mata kekasih yang disayangi nya Nia tetap tak boleh nak buat apa, ini adalah perintah dari kedua ibu bapanya, tak tergamak Nia nak membangkang,


Dhirah jangan cakaplah biji mata dah serupa nak keluar aja tak habis-habis menangis aja kerjanya dari pagi sampai petang akibat tak nak menikah dengan Dzi, tapi apalah daya Dhirah hendak membantah kerana telah digertak oleh ayah Nia serta mengenangkan budi kedua ibu bapa angkatnya yang telah memelihara Dhirah sejak dari kecil lagi setelah kematian keluarga nya.



Pagi ni masih dalam waktu cuti masih semangat pengantin baru la katakan Ibu mereka Puan Sri Nur Wardah telah membangunkan Nia dan Dhirah untuk sarapan pagi, Dhirah disuruh membantu Nia mengemas beg pakaiannya bila ditanya Nia,


Kenapa Kena kemas Ibu


jawapan Ibu mereka cuma satu Nia akan berpindah dan tinggal suami nya Ummi.


Datin Sri Nur Yasmin merupakan adik kandung Ibu Nia, mereka hanya dua beradik sahaja,


Ibu saudara serta merangkap Ibu mertua Nia dan Dhirah adik nya itu amatlah menyayangi mereka sejak dari mereka masih kecil rasanya, yang paling menyokong keputusan Nia dan Dhirah untuk berkahwin dengan anak nya Amir dan Dzi adalah Ummi Yasmin mereka bertapa gembiranya Yasmin dapat berbesan dengan kakaknya Wardah.



Setelah mengemas Nia akan di hantar oleh Pak Amin driver peribadi keluarga mereka merangkap suami kepada Mak jah tukang masak yang telah dianggap seperti ibu kandung mereka oleh Nia dah Dhirah Mak Jah dan Pak Amin tak dikurniakan rezeki anak oleh Allah S.W.T untuk mereka tapi kata mak Jah walaupun tak ada anak tapi dia dan Pak Amin bersyukur dapat menumpang kasih dari Nia sekeluarga.


Sekarang Nia telah di sampai di rumah mertuanya,


Assalamualaikum Ummi?


Waalaikummussalam Nia.

__ADS_1


Ummi Abah mana?, tanya Nia,


Oh! Abah masih di offices lagi,


Kenapa sayang? tanya Ummi, tak ada apalah sahaja Nia tanya.


Nia harap dia tak berjumpalah dengan hantu jerangkung tu nak tanya Ummi rasanya malas, buat apa nanti menyakitkan hatinya sendiri jugak, Nia terus berjalan ke meja makan di dapur terus duduk dan makan nasi yang telah disediakan oleh Mak Yam Isteri Pak Man,


Ummi ada banyak pembantu rumah sama jugak dengan rumah Ibu Nia, tapi bagi Ibu dan Ummi nya hanya Mak Jah dan Mak Yam yang boleh dipercayai untuk urusan membantu Ummi dan Ibu di dapur manakala para pembantu yang lain ditugaskan oleh Ibu dan Ummi hanya untuk mengemas rumah mereka sahaja,


Setelah kenyang Nia pun bergerak naik ke tangga menuju ke bilik Suami jerangkung nya itu Bilik Dhamiri@Amir di atas sebelah kiri, luas sungguh rumah banglo 3 tingkat Ummi dan Abah nya lebih kurang banglo keluarga Nia tapi rumah Nia tak lah bertingkat 3 macam rumah Ummi, cuma ada 2 tingkat ja, tapi bentuk dalaman rumah nia memang la luas dikira bilik tidur pun dah sepuluh tu termasuk dengan


bilik - bilik yang lain ada perpustakaan mini lagi dalam banglo Ayah dan Ibu Nia.


Zenia telah sampai di bilik Abang Amir nya tu alias hantu jerangkung, keadaan dalam suaminya itu sungguh luas Katil bersaiz King Wardrobe jangan cakaplah naik lenguh tengkuk Nia mendongak nya ia la Nia ni bukannya tinggi sangat kategori orang Asia walaupun ada susur galur campuran Keturunan Arab sikit dari Datuk sebelah Ibu dan Ummi yang kata nya dari Mesir, manakala dari sebelah Ayah dan Abah Mertua Nia pulak kata nya dari Thailand hehehe, tapi asal usul keturunan aja la nak bercakap Nia memang tak tahu, kena ambik kursus belajar bahasa asing dulu.



Waktu malam pun berlabuh Amir pulang dari tempat kerja nya terus naik tangga menuju ke bilik nya, habis tanggal semua seluar baju


yang tinggal cuma Boxer nya sahaja, Amir terus menuju ke kamar mandi, cahaya bilik yang suram membuatkan Amir tak perasan kehadiran Nia di dalam bilik nya yang sedang terbongkang tidur, habis selesai mandi Amir Menyalakan suis lampu untuk memakai pakaiannya bertapa terkejut nya dia melihat singa betina gelaran yang Amir beri pada Nia alias musuh ketat nya itu,


Bertapa bencinya Amir pada Nia hanya Tuhan yang tahu sejak dari kecil lagi, tambah - tambah lagi setelah Nia jadi isteri nya, mana tak benci nya Amir kerana di paksa menikah oleh abahnya la menyebab kan Amir telah menyakiti buah hati kesayangan nya Afra Soraya,


Bertapa luka nya hati Afra saat Amir memberitahu yang di paksa menikah dengan Zenia berhari-hari kekasih merajuk dengan Amir di sebabkan perkara ini puas di pujuk olehnya baru marah perempuan itu reda itu pun


Afra masih menangis tak hentinya di hadapan Amir bercucuran air mata pujaan hati nya, sakit sungguh hati Amir dengan singa betina di hadapan nya ini, tapi hakikat sebenarnya yang Amir tak tahu Afra hanya berpura-pura sahaja, perempuan Playgirl itu cuma takut yang dia akan kehilangan kehidupan mewahnya setelah Amir menikah dengan Zenia itu cuma ni 2,


tapi apa yang paling Afra takut sekiranya Amir jatuh cinta dengan Zenia,


Afra sedar isteri Amir itu walaupun masih sekolah menengah itu yang sebentar lagi baru akan mengambil periksa Sijil Penilaian Menengah (SPM), amatlah cantik orangnya, memiliki bentuk tubuh yang cantik, rupa Nia yang seputih salju, sikap nya lemah lembut dan penyayang orang nya itu merupakan bonus buat Zenia di bandingkan dengan dirinya ada satu rahsianya yang Zenia telah iaitu dia merupakan seorang Escort Girl VVIP,


macam mana Zenia boleh tahu bukan hanya Zenia yang tahu tapi Ummi Amir Datin Sri Yasmin jugak tahu,


Saat Zenia dan Datin Sri Nur Yasmin serta satu family mereka sedang bercuti ke bali ni waktu itu Dhamiri masih melanjutkan Studynya di UK, masa itulah semuanya kantoi,

__ADS_1


Sejak dari itu bertapa bencinya Datin Sri Nur Yasmin kepadanya hanya Tuhan yang tahu, dan itulah sebabnya mengapa Dato Sri Nur Abdul Raziq dan Datin Nur Sri Yasmin masuk meminang anak saudaranya sendiri untuk Amir,


Dulu Ummi nya Amir tu masih bersikap baik padanya walaupun kurang suka pada Afra tapi kerana hari yang sangat sial boleh terkantoi pulak.


Hey! perempuan mereng, singa betina kenapa kau tidur di sini hah?, nyah keluar kau dari bilik aku sekarang


Suara bising dari bilik atas mengejutkan Tan Sri Nur Abdul Raziq terus dia berlari naik tangga menuju ke tingkat atas bilik Dhamiri, bertapa terkejutnya Dato' Sri Nur Abdul Raziq melihat anaknya Amir sedang memukul anak saudara kesayangannya Nia


Amir apa yang kau lakukan pada Nia Hah?,


Kenapa perempuan tak guna ni tidur di sini Abah?,


Abah yang suruh Nia tidur dekat bilik Amir Nia kan isteri Amir jadi tempat seorang isteri di sisi suami nya


Pergi jahannam lah dengan semua tu ada Amir kisah.


Kurang ajar sungguh budak ni berani dia angkat tangan pada perempuan, marah sungguh rasanya pada anak teruna nya terus tangannya melekap secara automatik di pipi anak terunanya


"Pang" bunyi tapak tangan Dato' Sri Nur Abdul Raziq, pedih sungguh rasanya pipi Amir, perkara yang terjadi ini makin membuat Amir bertambah bencinya pada Nia alias si singa betina yang sangat dibencinya itu,


Kalau Amir tak suka Amir boleh keluar dari rumah abah, tapi Amir ingat sekali lagi abah tengok Amir angkat tangan pada Nia siap Amir, abah keluarkan Amir dari daftar Waris Harta abah, jangan harap nak jadi lagi CEO dekat syarikat Abah, waktu tu Amir nanti tengok Afra kesayangan Amir tu masih hendak ka tidak lagi dekat Amir.


Nia sini sayang Jangan menangis Abah ada,


Hiks..hiks..hiks...sakit abah apa salah Nia abah?,


Nia tak ada salah apa-apa sayang, Dato' Sri Nur Abdul Raziq memandang anak terunanya sambil berkata Amir boleh keluar dari bilik ni,


pergilah ke mana pun yang Amir nak ataupun rasa hendak pindah keluar terus dari rumah abah pun bagus, bilik Amir ni abah dah bagi pada Nia, ini rumah abah keputusan semuanya bergantung pada Abah,


Jangan cuba mencabar Hat limit kesabaran Abah, nanti Amir yang sendiri binasa dah faham atau tidak apa yang Abah cakap ni.


P/s : Malam melabuhkan tirai nya cuba menyembunyikan segelung Cahaya Matahari yang sedang memancar terik


Kemudian Sang Bulan mengeluarkan Cahaya Indahnya ditemani sang bintang bergemerlapan di balik tirai langit,

__ADS_1


Selamat Malam semua ucap Nur Zenia Hana


__ADS_2