
Sinopsis
Raja Atlas dan Ratu Fantasia merupakan pasangan. Dahulunya, Ratu Fantasia dikhianati oleh Raja Atlas, namun sekarang mereka berdua menjadi pasangan yang memimpin sebuah kerajaan. Namun, nanti akan ada satu kejadian yang akan mengungkapkan hampir semua rahsia.
Suatu hari, Kerajaan Langit dipanggil untuk bermesyuarat dengan Kerajaan Laut. Namun, kerana Raja Atlas tidak sihat, maka Ratu Fantasia lah yang pergi ke Kerajaan Laut untuk bermesyuarat dengan Raja Richard.
"Ibu, ayah. Tolong jaga Atlas dan anak saya, boleh tak? Saya kena pergi bermesyuarat dengan Raja Richard. " Ujar Ratu Fantasia kepada ayahnya.
Raja Fenyang pun menjawab, "Tentu boleh, anakku. Pergi cepat, nanti Raja Richard tunggu pulak. "
Ratu Fantasia pun mengangguk lalu pergi ke Kerajaan Laut. Namun, pada malam tersebut, akan terjadi satu kejadian yang akan menyebabkan Kerajaan Langit dan Kerajaan Darat manjadi huru-hara.
Kerana pada malam itu, terjadi pencerobohan di kedua-dua kerajaan itu. Namun, di kedua-dua kerajaan itu, terjadi penculikan di mana yang diculik itu adalah Raja Atlas, Filio, Fiona, Raja Bannon, Ratu Beatrice, Barnes dan Bryna.
__ADS_1
Raja Fenyang dan Ratu Epifania yang mengetahui hal tersebut pun langsung dengan cepat melawan para penculik itu, namun bahasnya, Raja Fenyang dan Ratu Epifania telah gugur.
(Informasi: gugur itu bermaksud sudah mati.)
Keesokan harinya, Ratu Fantasia pun pulang ke kerajaannya, namun, betapa terkejutnya dia yang melihat Xavier, Arthur, Dexter, Hanna, Alexi, Alby, Casildo dan Delana yang terbaring di depan pintu istana.
Hanya Xavier dan Alexi sahaja yang masih sadarkan diri. Yang lain sudah pengsan kerana kekuatan mereka sudah tinggal sangat sedikit.
"Namun nahasnya,Raja Fenyang dan Ratu Epifania telah gugur kerana mempertahankan Raja Atlas, Filio dan Fiona daripada ditangkap oleh para penceroboh itu. " Sambung Xavier.
"Apa???!!! Ibu dan ayah saya sudah mati??? Dan Atlas beserta anak-anak saya ditangkap???Adakah mereka meninggalkan apa-apa untuk diberikan pada saya??? "Tanya Ratu Fantasia.
Xavier pun menjawab, " Ada, Ratu. Mereka meninggalkan sepucuk surat di singgahsana ratu. " "Ini semua salah saya. Saya tak sepatutnya balik lambat. Kalau saya tak balik lambat, mesti hal ini tak terjadi... " Ujar Ratu Fantasia yang sudah tidak dapat menahan sedih.
__ADS_1
Sedikit demi sedikit air mata Ratu Fantasia jatuh dan akhirnya suara jeritan Ratu Fantasia pun memecahkan suasana.
"Ah!!! Ibu, ayah!!! Saya minta maaf sangat sangat sebab saya lah ibu dan ayah mati!!! Saya menyesal sangat... Hiks... Hiks... " Jerit Ratu Fantasia yang berakhir menangis kerana menyesal atas apa yang terjadi.
"Ratu Fantasia. Sudah la tu. Jangan menyalahkan diri sendiri. Lagipun, ibu dan ayah ratu mesti tak nak tengok ratu bersedih macam ni. " Jawab Xavier.
Setelah tangisan ratu Fantasia mereda, Ratu Fantasia mengalihkan semua orang yang pengsan termasuk Xavier dan Alexi ke dalam bilik masing-masing.
Setelah mengalihkan dan menyembuhkan mereka, Ratu Fantasia pun kemudian mengambil sepucuk surat itu lalu membacanya.
" 'Kepada Ratu Fantasia, Raja Atlas dan anak-anak kamu sudah ditangkap. Jika anda mahu menyelamatkan mereka, anda harus pergi ke Kerajaan Savetyon yang berada di hujung dunia.' "
(Informasi: Di dunia Ratu Fantasia, ia memiliki 4 kerajaan, iaitu Kerajaan langit, Kerajaan laut, kerajaan darat dan kerajaan Savetyon. Namun, kerana Kerajaan Savetyon suka berlaku tidak adil kepada rakyatnya, maka kerajaan Savetyon selalu dianggap tidak ada atau tidak wujud.)
__ADS_1