Sahabat Terbaik Saya

Sahabat Terbaik Saya
Bab 21


__ADS_3

Riko membuka pintu bilik rawatan dan terlihat Puan Watanabe sedang


mengelap tubuh You dengan tuala basah. Wajah wanita tua itu cukup pilu


mengenangkan nasib puterinya itu. Yoshiko yang berada disampingnya hanya


berdiam diri dari tadi.


"Ohayou,puan Watanabe."


Sapa keduanya serentak sambil menunduk. Puan Watanabe menoleh lalu


melihat Riko dan Yoshiko. Dia terasa pilu namun dia gagahkan diri untuk


tersenyum.


"Oh,kamu berdua." Ujarnya kesal.


Dua gadis ini hanya tersengih dan duduk bagi melawat You yang masoh


koma. Alat pengukur degupan jantung elektronok itu menunjukkan bahawa


keadaan You stabil ketika ini. Suasana sunyi seketika sehinggalah


Yoshiko bersuara.


"You-chan sudah dapat penderma hati,puan?"


Puan


Watanabe tersenyum lemah. "Masih belum. Namun makcik tak putus asa


berdoa. Pasti ada insan yang sangat baik sudi dermakan hatinya untuk


anak makcik." Ujarnya. Yoshiko dan Riko menghela nafas kesal.


"Apakah


Chika-chan ada kesini,puan?" Tanya Riko inginkan kepastian. Jika Chika


ada datang melawat You,pasti setiap kata-kata Chika ketika itu adalah


tipu. Senyuman nipis Puan Watanabe itu mati. Dia memandang Yoshiko dan


Riko silih ganti.


"You-chan pasti tidak akan


keberatan jika Chika-chan tidak melawatnya kerana ketika ini dia sedang


sibuk melakukan persediaan untuk Love Live akhir itu,kan? Kamu


semua juga pasti sibuk dan jangan sesekali mengecewakan Chika-chan."


Kata Puan Watanabe membuatkan Riko dan Yoshiko terkedu. Berusaha


mengawal riak wajah sedih mereka.


"Sudah tentu


puan. Kami tak akan sesekali kecewakannya. Awak juga janganlah


risau,You-chan." Kata Riko. Puan Watanabe tersenyum. Setelah beberapa


ketika mereka keluar dari wad dan terlihat Tsuki yang sememangnya sedang


menanti mereka berdua.


"Tsuki-chan,awak menangis?" Duga Yoshiko. Tsuki tidak menjawab soalan Yoshiko itu. Hanya dibiarkan sepi seperti angin.


"Kenapa ni?" Tanya Riko pula.


"Sebenarnya


sudah tersenarai beberapa orang yang ingin menderma hati kepada


You-chan."  Jelas Tsuki membuatkan mata dua gadis ini bersinar terang.


"Tapi....tiada


satu pun hasil ujian yang menunjukkan bahawa hati mereka sesuai dan


You-chan tidak mungkin mampu menerimanya." Sambung Tsuki pula. Senyuman


dua gadis ini menipis dan hilang. Terkedu mereka dibuatnya.

__ADS_1


"Apakah jika tiada penderma hati untuk You-chan,dia tidak boleh selamat?"


"Boleh


tapi jangka hayatnya kemungkinan singkat." Penjelasan Tsuki itu


membuatkan mereka berdua menghela nafas. Dia berjalan menghampiri Riko


dan Yoshiko.


"Tolonglah berikan ini kepada Chika-chan. Ianya harta paling berharga You-chan." Ujar Tsuki sambil menghulurkan sebuah pendrive yang pernah diberikan You kepadanya satu ketika dulu. Riko mengambilnya tanpa sedikit pun ragu-ragu.


*******


Mari berjalan disepanjang tempat kejadian bersama Kanan dan Dia.


Langkah mereka itu diikuti oleh seorang penyiasat terhebat keluarga


Ohara. Setiap kesan dan sebarang perkara yang boleh dijadikan bahan


bukti diambil dan diselidik. Ketika itu juga,Mari turut berfikir.


Tiga


sahabat ini semakin tidak puas hati. Mereka berjalan lagi disekitar


kawasan itu dan tiba disatu lorong yang sunyi,terdengar satu bunyi


seorang sedang bercakap dalam telefon. Terus saja mereka bersembunyi


bagi mengintip perbualan itu.


"Bagus! Pastikan tiada sesiapa yang dermakan hati kepadanya. Saya mahu dia hilang dari dunia ni."


"You-chan,You-chan!


Kesiannya jadi awak. Malang sekali awak tak mungkin akan dapat penderma


hati dalam tempoh terdekat. Pihak hospital akan berputus asa mencari


dan akan berbincang dengan keluarga awak supaya alat bantuan awak


dicabut dan...pop!"


bertindak dengan merakam suara manusia misteri itu dari tadi. Mungkin


ini akan jadi bahan bukti mereka yang paling penting.


"Tapi


awak jangan risau,You. Saya akan jaga kawan kesayangan awak baik-baik.


Budak polos tu memang mudah percaya apa yang saya cakap tanpa berfikir


dulu. Malah dia juga sudah bubarkan Aqours. Awak pasti sedihkan You?


Tapi jangan risau,saya akan buat dia gembira dan bahagia."


Semasa Dia merakam


ungkapan itu,Kanan mengambil kesempatan untuk melihat siapakah gerangan


manusia yang sungguh tidak berhati perut itu. Matanya terbuntang. Dia


terkejut! Sangat terkejut! Mari dan Dia terkesima dengan reaksi Kanan tadi. Mereka juga turut mengintai sedikit dan melihat wajah manusia itu.


TAK MUNGKIN!!


Chika


duduk dipasir pantai berhampiran rumahnya. Angin musim panas menyapa


lembut ke muka serta rambutnya. Sesekali dia menghela nafasnya kesal.


"Kenapa


mereka semua dungu?!" Teriaknya lalu menolak tubuh kebelakang dan


baring dipasir pantai. Matanya memandang langit dengan penuh marah.


"Aqours tidak akan menang kalau macam ni!! Lembap betullah mereka semua tu!!" Amuknya sambil meramas rambutnya.


"Kenapa


saya rekrut ahli yang seperti itu? Kenapa saya tubuhkan Aqours jika

__ADS_1


tiada keinginan untuk menang? Kenapa You...," kata-katanya terhenti


ketika dia mula teringatkan sesuatu. Dia masih belum melawat You di


hospital lagi.


"Kenapa saya mesti melawat dia?!


Dia bukan lagi kawan saya. Dia pengkhianat dan saya bencikannya! Saya


terpaksa rekrut dia dulu kerana...," kata-katanya terhenti lagi. Dia


bangkit dari baringan dan berdiri. Dia merenung lautan yang membiru dan


kelihatan begitu cantik akibat dari sinaran bulan.


Sejujurnya


dia merindui You. Dia terlalu ingin melawat You dihospital dan


menjaganya. Tapi...apa yang telah dia dengar mengenai perasaan sebenar


You terhadap persahabatan mereka selama ini darioada Hikari membuatkan


dia kecewa dengan You.


Sangat kecewa!


Tanpa


dia sedar,air matanya mengalir lagi. Setiap kali dia teringatkan


kata-kata Hikari seminggu lalu membuatkan hatinya sakit yang teramat.


You tidak pernah mengecewakannya. Tapi...kali ini bukan saja You


mengecewakannya malah You telah menghancurkan hatinya seperti mana


rosaknya persahabatan mereka selama ini.


"Awak


mengecewakan saya kali ini,You-chan. Kenapa?" Tanya Chika kepada lautan.


Mengharapkan bahawa dia memperolehi jawapannya. Semakin deras air


matanya yang mengalir dan dia hanya biarkan saja.


"Kenapa


awak kecewakan saya kali ni,You-chan? Kenapa? Adakah kerana saya bukan


kawan yang cukup memahami awak? Hanya kerana itu awak marahkan saya?"


Tanya Chika sendiri. Ya! Biarpun dia telah membina persahabatan bersama


You selama bertahun-tahun lamanya,sebenarnya dia masih belum cukup


memahami You sepenuhnya. Sepertinya....


Ada sesuatu yang sangat istimewa yang You sembunyikan daripadanya!


"Percaya pada hati awak sendiri dan awak akan jumpa jawapan yang awak cari,Chika-chan."


Chika


menoleh kebelakang. Terasa seperti ada seseorang sedang bercakap


dengannya. Suara itu cukup dia kenali,tapi dia langsung tidak lihat


pemilik suara itu.


"Jawapan dari semua soalan itu ada pada hati awak sendiri. Tanya padanya dan awak akan temui jawapannya. Percayalah!"


Suara


itu bergema lagi. Namun tiada sesiapa dipantai itu bersamanya ketika


ini. Hanya Chika sendiri. Chika terkedu. Dia berdiri terpaku


ditempatnya.


You-chan....


Bersambung.....

__ADS_1


__ADS_2