Unforgivable ( Bahasa Melayu Sabahan)

Unforgivable ( Bahasa Melayu Sabahan)
Episode 1


__ADS_3

CHAPTER    1~


Eve  Nur  Afrina.


Nama aku Eve Nur Afrina , pelajar jurusan


sains sukan dan perdagangan. Sebagai


seorang pelajar tingkatan 5,aku akui bahawa


tekanan daripada alam persekolahan membuatkan aku memahami bagaimana seorang manusia mampu bertukar menjadi orang yang berlainan dari sifat asalnya.

__ADS_1


Pada tahun ini, kami menerima banyak adik-adik tingkatan 4 yang datang dari sekolah berlainan. Sudah tentu , orang lain teruja namun tidak bagi aku kerana aku mengganggapnya sebagai hal remeh-temeh dan hal kematian adik kembar aku yang menjadi anak angkat sepasang suami isteri di Labuan jauh lebih penting berbanding hal lain.


Aku membebani perasaan aku dengan perkara itu kerana aku tidak berada di saat-saat kematiannya. Hanya satu hal yang aku ketahui, adik aku bunuh diri kerana dikecewakan oleh seorang lelaki. Kami dua adik-beradik dipisahkan setelah berlakunya perceraian diantara ibu bapa kami dan sejak itu aku tidak berjumpa dengan adik kembar aku, Evni Eviana.


Aku pula diambil oleh sepasang suami isteri beragama Islam namun tidak pernah mengajar aku akan erti sebenar Islam itu hingga memaksa aku untuk mencarinya sendiri. Hidup aku menjadi suram tanpa gelak ketawa adik aku, walaupun kami berjauhan namun kami sentiasa berhubung melalui telefon dan laman sosial, khususnya Facebook.


Selama 13 tahun kami terpisah, aku pernah berjanji untuk menemuinya pada cuti selepas SPM kelak. Apa yang aku boleh buat? Tuhan telah membuatkan apa yang kami rancang itu tidak akan berlaku.


Tiba-tiba aku didatangi oleh seseorang, iaitu Adrian Danish, pelajar tingkatan 4 Ixora. Adrian merupakan salah seorang pelajar cemerlang PMR dan menjadi pelajar kesukaan guru dengan rekod akademik yang baik disamping menjadi wakil sekolah dalam pelbagai acara sukan di sekolah terdahulu sebelum berpindah ke sini.


Melihat dirinya membuatkan aku teringat adik kembar aku kerana mereka memiliki persamaan iaitu ceria dan disukai oleh semua orang sedangkan aku kurang disukai orang sekeliling aku meskipun telah lama kenal aku dan aku juga tidak selalu tersenyum. Ramai oran yang lama kenal aku tak pernah melihatku tersenyum. Kata kawan ku Sheila, senyumanku sangat buruk dan jangan cuba untuk senyum.

__ADS_1


Eve: `Kenapa dengan kau ni?”


Adrian: `Saja. Kenapa Senpai duduk seorang diri lagi? Marilah, nanti hantu yang akan kacau Senpai  nanti ooh..”


Eve: `Yalah tu.”(selamba).


Adrian:`Betullah, jom.”(hulurkan tangan).


Eve:`Kau ni? Oklah..”(malu,pipi merah merona).


____ hai? ini kisah saya tulis sewaktu di bangku sekolah. Tapi terhenti setelah ibu saudara saya meninggal. Ketika bersihkan kandungan gambar dan video di laptop, saya check lah cerita lama saya tulis. Mungkin agak susah mau faham sebab saya guna bahasa melayu Sabahan .. komen jikalau tidak faham atau kalau ada masa, saya akan translate ke bahasa inggeris saja? apapun, terima kasih semua sudi baca cerita cinta yang pelik ini dari saya.. ehehhe kalau ada masa, saya akan translate ke bahasa inggeris. hehe, tysm smua _____

__ADS_1


____ bukan bahasa indonesia tapi bahasa melayu Sabahan atau bahasa melayu yang digunakan di Sabah. __________


__ADS_2