Pendamping Untuk Cik Aara

Pendamping Untuk Cik Aara
Part : 12


__ADS_3

Meja itu di ketuk keras oleh gempalan tangan Uncle Abbas , terkedu Karl Aidyn seketika , belum pernah dia melihat Uncle Abbas berkelakuan begitu terhadapnya..


"Karl dah hilang akal ke ? Otak tu dah campak kat laut ? Sampai tak boleh nak fikir waras lagi ?"


Uncle Abbas sudah berdiri , Karl masih tenang duduk di kerusi..


"Tak , sebab ada akal lah , Karl buat keputusan tu.. Karl dan Aara tidak sefahaman , Uncle pun tahu kan , Karl kawin dengan dia sebab terpaksa , bukan sebab cinta.."


Karl Aidyn masih dengan keputusannya untuk menceraikan Aara..


"Jangan mengarut Karl ! Dengan cinta tak boleh buat manusia bahagia , tak cukup dengan cinta ! Habis kalau cinta bukan untuk Aara , untuk siapa ? Untuk semua betina yang Karl bayar ? Cinta untuk mereka ?"


Kelihatan jelas ketegangan di wajah Uncle Abbas , tidak setuju dengan permintaan Karl Aidyn..


"Bukan tu maksud Karl , Karl tahu perempuan tu semua mainan saja , untuk berseronok.. Uncle pun faham kan , tak ada perempuan yang kat luar tu yang Karl ambil serius.. Maksud Karl , Karl tak boleh duduk dengan Aara , lagi lama ? Sampai bila ? Come on Uncle , bisnes kita okay okay saja.. Tak perlu dah nak teruskan perkahwinan mengarut ni.. Ini semua tak membuktikan apa apa.."


Karl Aidyn meluah panjang.. Di harap kali ini orang tua ini akan faham dengan kehendaknya..


"Karl ingat , lepas berpisah dengan Aara , Damian Group dan orang orang Aara akan duduk diam ? Tak Karl , Karl hanya dapat sikit dari semua tu.. Damian Group masih lagi kuat.. sekarang siapa pemimpin mereka ? Aara , Karl ! Aara... Entah entah lepas Karl berpisah dengan Aara , Damian Group akan bermusuh dengan kita.. Uncle tak cakap Aara tu punca semua tu , tapi orang orang Damian , kita tak boleh percaya seratus peratus lagi , walaupun bukan dengan perintah Aara , Uncle yakin dorang boleh bertindak melulu sebab Karl dah terputus dengan Aara.."

__ADS_1


Karl Aidyn diam seketika mendengarkan Uncle Abbas.. Damian Group , group yang pernah di ketuai oleh papa Aara , setelah meninggal , hanya Aara yang ada untuk meneruskan legasi Damian.. Bisnes perniagaan Damian dengan papa Karl Aidyn yang menjerit dia bersama Aara.. Untuk membukti benda yang langsung Karl Aidyn tidak mempercayai.. Dia yakin Damian punca kematian ibubapanya , itu menjadi punca dia sangat membenci Aara Adriana..


"Baru dua tahun Karl , mungkin terlalu lama untuk Karl , tapi tidak untuk Damian Group.. Untuk dapatkan semua yang Aara kawal sekarang , Karl tak boleh mudah mudah berundur , bukan sebab Uncle nakkan Karl hancurkan Damian Group , Uncle cuma mahu Karl terima Aara untuk meneruskan bisnes yang papa Karl tinggalkan bersama Damian.. membangun bersama sama.. bukan separuh jalan macam ni.. Uncle tak nak Caesar dan Damian Group bermusuhan setelah lihat hasil yang mereka kerjakan bersama.."


Panjang penjelasan Uncle Abbas , memohon untuk Karl Aidyn mengerti hatinya..


"Karl boleh bincang dengan Aara pasal tu , Karl yakin Aara boleh control orang orang dia.. Karl kenal Aara.."


"Ooo Karl kenal ? Tapi Karl masih ingin berbuat begitu ? Salah Aara kat mana ? Kalau Karl kenal Aara , Karl mesti tak buat macam ni.."


Kecewa kedengaran suara Uncle Abbas.. Karl Aidyn menunduk pandang , mengeluh perlahan..


Jawab Karl Aidyn tenang..


"Terikat ? Biar senang Karl nak langgar Damian Group nanti ? Serang Aara sendiri ? Duduk paling atas ?"


Uncel Abbas pasti itu tujuan Karl Aidyn , dia tahu Karl Aidyn mahu menjatuhkan Aara..


"Tak payah susah susah Karl , sekarang pun Uncle nampak , semua Karl yang handle , Aara hanya menurut kan ? Dia tak membantah semua keputusan Karl ? Apa yang Karl takutkan ? Aara dah sejinak jinak isteri Karl.. Karl tak nampak tu ? Dia biarkan Karl buat semua keputusan , dia hanya menanti kejayaan.. Itu Karl takut lagi ?"

__ADS_1


Binggung Uncle Abbas dengan sikap Karl Aidyn.. Sedikit pun tak mahu mengalah , dasar darah muda..


"Entah lahh , dalam kepala otak Karl , Damian tetap dalamg kematian papa.. Itu Karl tak akan pernah lupa.. Damian yang terlebih dulu membelot Group kita.."


"Kita tak ada bukti Karl ! Damian bukan punca.. Ada orang lain yang menjadi batu api ! Sampai sekarang kita tak boleh nak buktikan hal tu..."


Cepat Uncle Abbas membantah..


"Satu masa nanti , kita akan dapat bukti tu , Damian punca segalanya.. Sampai mati pun , Karl tak akan terima anak perempuan dia.. Dan firasat Karl mengatakan , Aara licik seperti papanya.. tak akan sesekali Karl akan termakan dengan lakonan dia.. Perkahwinan ni tak akan membuktikan apa apa Uncle , Aara bukan sesiapa untuk Karl takut dan menunduk.."


Berani Karl Aidyn menatap tajam mata Uncle Abbas..


"Karl !"


Uncle Abbas sudah mengawal amarahnya yang sudah memuncak..


"Satu masa nanti Karl dapat bukti , tiada alasan lagi untuk Karl terima dia dalam hidup.."


Karl Aidyn bangun dari kerusi dan berlalu pergi.. Uncle Abbas sudah terduduk lemah di kerusi , memegang kuat dadanya , pembantu pembantu sudah mendekat... Sepasang mata hanya memerhati di sebalik dinding itu , Raffa menyandar tenang pada dinding itu.. Fikirannya muka berjalan.. Aara kini hampir menjadi miliknya.. Dia senyum sendiri..

__ADS_1


__ADS_2