Pendamping Untuk Cik Aara

Pendamping Untuk Cik Aara
Part : 19


__ADS_3

Karl Aidyn berpeluk tubuh , memandang si isteri yang leka dengan diri sendiri di atas pasir putih itu , memandang laut.. Sesekali rambut keperangan Aara beterbangan di tiup angin , menampakkan leher jinjang milik isterinya.. Karl Aidyn menelan liur , matanya terarah pula ke arah betis Aara yang terdedah itu , isterinya hanya mengenakan skirt berbunga separa lutut ketika ini.. Karl Aidyn meraut wajahnya kasar.. mengawal rasa.. handphone yang berdering itu mengejutkannya.. cepat cepat dia menjawab..


"Karl !! How your honeymoon ? Its fun ? Cerita kat Uncle , agak agak bulan berapa Uncle boleh timang cucu ?"


Soalan bertalu talu muncul pada telinganya , Karl Aidyn merengus kasar mendengarkan soalan dari Uncle Abbas itu..


"Uncle mengarut apa ? Uncle tak faham lagi ke apa yang Karl cakap haritu ? Benda tu tak akan terjadi."


Karl Aidyn menjawab malas. Matanya masih pada isteri di depan sana..


"Karl tak sentuh Aara lagi ?"


Soalan seakan terkejut dari Uncle Abbas..


"Tak akan !"


Sepatah dari Karl Aidyn..


"Karl jangan cakap kat Uncle , kat sana pun Karl keluar bersenang senang dengan perempuan lain sampai tak sentuh Aara?!"


Berang Uncle Abbas mendengarkan jawapan dari Karl Aidyn. Sudah lah dia mengupah orang untuk menyatukan pasangan itu.. mungkin rancangannya kali ini gagal..


"Belum.. tak sempat , nanti nanti je. Karl baru sampai sini kan , banyak masa lagi , mana mana perempuan pun Karl boleh dapat selain Aara.."


"Karl !!"


Kemarahan Uncle Abbas memuncak mendengarkan Karl Aidyn..


"Okay lah Uncle , Karl nak keluar.. Bye.."


Karl Aidyn terus mematikan panggilan tanpa menunggu jawapan dari Uncle Abbas.. Kelihatan Aara sudah mula melangkah ke arahnya.. Aara berjalan melepasinya tanpa sebarang percakapan.. Kelihatan isterinya mengenakan cadigan sebelum menuju ke arah pintu utama..

__ADS_1


"You nak pergi mana ?"


Soalan itu muncul juga dari bibir Karl Aidyn.. Aara berbalik pandang ke arah suaminya..


"Keluar.. I dekat dalam ni mati kebulur pun you tak kesah kan.."


Aara berkata selamba sebelum membuka pintu utama untuk keluar..


"Apa benda you ni , setakat tak makan petang je pun tak sampai mati kebulur lah you tu.. dah breakfast pagi tadi kan , ni baru pukul tiga.."


Panas hati Karl Aidyn mendengar jawapan isterinya.. Aara memandang tajam ke arahnya melawan tatapan mata Karl Aidyn..


"And... you pun tak kan ambil tahu pasal I , I makan ke tak.."


Ucap Aara sebelum menghempas pintu itu keluar meninggalkan Karl Aidyn..


"Dia tak breakfast ? Nak salah kan aku ? Dasar perempuan pelik !!"


***********


"Apa yang happy sangat pa ? Sampai senyum sorang sorang ni ?"


Raffa menegur Uncle Abbas yang baru sudah habis bercakap dengan handphonenya.. Uncle Abbas masih tersenyum seraya meletakkan handphonenya di atas meja..


"Tak lama lagi papa akan dapat cucu.."


"Haa ? Cucu ? Raff belum nak kawin la paa , cucu apa ,  menantu pun belum jumpa.."


Raffa menidakkan kata kata papanya.. wajahnya masih keliru..


"Hishh , bukan kamu... anak dari Karl papa maksudkan.."

__ADS_1


"Haa ?? Karl ? Karl dengan Aara ?"


Soal Raffa cepat.. wajahnya sudah pucat.. Uncle Abbas tersenyum sambil mengangguk.. tak perasan langsung dengan wajah kemerahan Raffa itu.


"Iyaa.. dengan Aara lah.. tak kan dengan perempuan lain pulak.. kamu ni pun.. Aara kan bini dia.."


"Tak mungkin lah pa.. Karl kan macamtu.. dia mana ada hati kat Aara.. papa tak boleh paksa Aara kalau dia pun tak mahu kan.."


Raffa mula menyedapkan hatinya sendiri dengan jawapan itu.. Uncle Abbas mengerut dahi memandang anak angkatnya itu.. tak senang dengan kata kata Raffa seakan membantahnya..


"Ada hati tak ada hati.. papa dah siapkan plan tu semua.. kali ni Aara mesti mengandungkan anak Karl.. Karl dengan Aara kena juga ada anak.. baik untuk mereka.. papa buat semua ni untuk kebahagian mereka , biar hubungan mereka kekal , tak bergaduh gaduh lagi.."


Uncle Abbas mula berdiri mahu beransur pergi..


"Maksud papa ? Plan apa ? Baik untuk mereka ke baik untuk papa ?"


Belum pun sempat Uncle Abbas melangkah , soalan itu muncul pada bibir Raffa.. Uncle Abbas menatap tajam..


"Kamu ni dah kenapa Raffa ? Baik untuk mereka baik juga untuk papa.. Papa dapat cucu , mereka pun dapat anak.. tambah baikkan hubungan mereka.. kamu tak payah pening pening fikir pasal mereka.. biar papa yang uruskan.. orang papa ramai kat sana.. tak lama lagi bersatu lah Karl dengan Aara tu.."


Uncle Abbas mula melangkah , laju saja lengannya di tahan Raffa , sekali lagi Uncle Abbas menoleh pandang anaknya..


"Apa plan papa ?"


Soal Raffa keresahan..


"Papa suruh orang  letakkan ubat dekat makanan mereka , biar Karl dengan Aara betul betul nenikmati honeymoon mereka.. papa tak nak honeymoon ni jadi percutian yang sia sia untuk mereka dan juga papa.."


Meluas mata Raffa mendengar kan jawapan dari Uncle Abbas , liurnya di telan kesatt. Langkah Uncle Abbas yang berlalu pergi di tatap sahaja..


Handphone miliknya di poket seluar di bawa keluar.. applikasi whatsapp di buka , mencari nama Aara.. setelah di jumpai , panggilan video pada Aara di buatnya.. tut.. tut..

__ADS_1


Gagal....


__ADS_2