A Never Ending Dream

A Never Ending Dream
keizinan yang mengejutkan


__ADS_3

cuaca yang cerah dipagi hari,pagar-pagar kecil yang tersusun didepan rumah ,pokok-pokok bunga berwarna ungu putih yang baru ingin membukakan kelopaknya,burung -burung berkicauan dengan ceria nya


ada seorang budak yang bernama Yuri ,dia berusia 7 tahun yang sedang bermain dihadapan rumahnya bersama anjingnya yang bernama shiro(seekor anjing yang besarnya seperti serigala)


sedang Yuri bermain,ia terdiam lalu melihat sebuah gunung, yang sudah lama ia impikan pergi ke sana untuk bermain dan melihat permandangan yang indah.


“hmm.agak -agak nyee mama bagi tak adik pergi gunung Kali nii??„soal Yuri kepada anjingnya


“woof,woof„balas shiro tanda setuju untuk pergi meminta izin kepada mama sekali lagi.


Yuri yg mendengar balas anjingnya itu,lalu berdiri dan berlari untuk berjumpa dengan mama nya


“mama!mama!„jerit Yuri kepada sosok seorang wanita yang bernama Hasuna,usianya 35 tahun,sanggulnya yang terikat kemas sedang menyidai baju dibelakang rumah.


Yuri yang berlari menuju ke Hasuna ,terus memeluknya dari belakang dalam keadaan pelukan yang menginginkan sesuatu.


“ye sayang...,nak apa?mamakan tengah sidai baju ni..„jawab Hasuna dengan nada suara yang lemah lembut


“he..he..he..mama cuba teka ,adik nak apa?„


“hmm,adik nak tolong mama sidai baju kan„


yuri yang mendengarkan jawapan mama nya,hanya diam lalu melepaskan pelukannya dan mengambil satu kain untuk disidai dalam keadaan muka yang agak kecewa.


Hasuna yang melihat anaknya hanya tersenyum ,lalu ingin tergelak melihat gelagat anaknya yang menyidai baju dalam keadaan mukanya yang masam,seperti buah yang sudah busuk.


“knp mama tengok adik macam tu?„


“mama nak tergelak tengok muka adik,macam buah busuk„balas mama lalu mengetawakan anaknya.


“mama nii! malulah adik!!„balas Yuri sambil menggosok kan muka dengan kedua tanganya kerana ingin menghilang kan muka yang seperti buah busuk itu.


“adik... adik.. mestilah mama tahu adik nak apa„


“mama cube cakap ,adik nak apa??„kata Yuri sambil mengangkat-angkat kening nya.

__ADS_1


“adik nak pergi main atas gunung kan?„balas Hasuna sambil tersenyum.


“pandailah mama nii,adik bangga dapat mak macam mama„kata Yuri lalu memeluk Hasuna


“jadi boleh tak tahun ni, adik pergi gunung??„


Hasuna yang mendengarkan itu hanya diam lalu berpikir, untuk memberi keizinan kepada anaknya yang ia sayangi itu.


“mama boleh tak??„soal Yuri lagi


“boleh sayang„ balas Hasuna dalam keadaan tersenyum.


“terima kasih mama,sayang mama„kata Yuri kerana teruja atas keizinan mamanya itu.


“adik....„


“ye mama„


“nanti pergi gunung ajak abang err„


“baiklah,kalau macam tu,adik jaga diri tau, dengar cakap abang, jangan nakal-nakal„


yuri yang mendengarkan itu terus memeluk mamanya, lalu berlari untuk pergi ke abangnya.


Hasuna yang melihat anaknya berlari, hanya ter senyum dan membiarkan sahaja anaknya meninggalkan ia sendirian dibelakang halaman rumah nya.


ketika Hasuna ingin sambung menyidai baju,ia terdiam seketika lalu melihat ke atas gunung yang anaknya akan bermain itu.


...****************...


sedang Yuri berlari pergi ke abangnya dengan semangat ,tiba-tiba ia terlanggar kakaknya yang bernama sakura,ia berusia 19 tahun yang sedang mengemas rumah di ruang tamu.


“ish!! adik ni... tak nampak ke akak tengah kemas ni!!„marah sakura lalu memukul adiknya menggunakan bantal yang dipegang olehnya.


kerana sakura selalu emosi secara tiba-tiba,Yuri hanya menerima apa yang dilakukan kakaknya ,lalu meminta maaf atas kesalahan yang ia lakukan walaupun tidak sengaja.

__ADS_1


setelah Yuri meminta maaf kepada sakura ,ia perlahan-lahan pergi dan meninggalkan kakaknya dan berlari untuk bertemu bersama abangnya.


“abang...abang...!!„jerit Yuri kepada abangnya yang bernama haruto, ia berusia 18 tahun yang sedang bermain bersama Shiro di halaman depan rumahnya.


Haruto yang terkejut atas kehadiran adiknya, hanya tersenyum dan sambung bermain bersama shiro.


“adik dah kenapa ,jerit pagi-pagi ni!apa yang gembira sangat??„


“kejap-kejap,sabarlah abang ,adik tengah penat ni...„kata Yuri dalam keadaan tercungap-cungap lalu duduk disebelah abang nya.


“tulaa...,lari lagi,kan dah tercungap-cungap macam orang tua„


“abang nii !!,mana ada,cantik -cantik macam ni ,cakap orang tua„


“ha..ha..ha..,abang gurau jer, cakaplah adik nak ape??„


“abang ... jom kita pergi gunung,mama kasi,adik dah mintak izin dah„


haruto yang mendengarkan itu terkejut, kerana mama tidak pernah mengizinkan anak-anaknya untuk pergi ke gunung sebelum usianya mencapai 10 tahun.


“mama bagi adik pergi gunung??„


“kenapa??abang tak percaya ke??„


“bukan...mama sebelum-sebelum ni kan x bagi adik pergi gunung,tiba-tiba bagi pulak„


“mungkin ,waktu tu adik kecik lagi kot„


“*ok lah ,kalau macam tu ,jom kita bersiap-siap„


“jom!! jom Shiro kite* bersiap„


“woof..woof„


lalu Yuri dan Shiro lari masuk ke dalam rumah dan bersiap untuk pergi ke gunung dengan semangat yang membara.

__ADS_1


haruto yang melihat adik nya yang begitu bersemangat hanya tersenyum ,kerana melihat senyuman adiknya yang sangat gembira ,walaupun di lubuk hatinya merasa risau dengan keselamatan adiknya apabila ia pergi ke gunung tersebut.


__ADS_2