
haruto yang sedang berlari menuju kerumah dalam keadaan tergesa-gesa ,sambil memikirkan keadaan yang sudah terjadi dirumahnya
ketika haruto sudah sampai di depan rumah, kedua kakinya yang masih boleh berdiri itu merasa berat dan jatuh ke tanah
haruto yang menyaksikan keadaan rumahnya ,hanya diam dan tidak mampu untuk berkata apa-apa ,kerana betapa sakit perasaanya ketika itu
“mama...kakak...maafkan abang..” bisik hati haruto sambil mengalirkan air matanya
“kalau abang dengar cakap kakak tadi, mesti kakak dengan mama akan selamatkan....” kata haruto lagi sambil meletakkan tangan di tanah dan menggenggamnya kerana geram
haruto yang sudah dikuasai dengan kemarahan, lalu berdiri dan melihat ketua tentera yang sedang menghukum salah seorang anggotanya ,lalu haruto bergegas pergi kearah ketua tentera untuk menyerangnya
...****************...
sesudah ketua tentera menghukum salah satu anggotanya dalam keadaan menggantungkan kakinya di suatu dahan ,ia terus memarahinya kerana cuai dengan pekerjaannya
“dari awal kau masuk tentera sampai sekarang ,selalu buat masalah ” marah ketua tentera kepada lucas
“saya dah beritahu tuan , saya tak tahu Kene kejar dia ...” balas lucas dalam keadaan mukanya tidak ada rasa bersalah atas kelakuannya
“kau sebenarnya nak jadi tentera atau tidak?!” marah ketua tentera
“saya dah malas nak jadi tentera ,saya lagi minat jadi mata-mata ..” kata lucas sambil tersenyum
“aku cakap dengan kau serius! kau boleh main-main lagi” kata ketua tentera lalu ingin memukulnya kerana geram
ketika ketua tentera ingin memukul lucas, tiba-tiba haruto yang sudah dikuasai dengan kemarahan terus memukul ketua tentera sehingga jatuh ke tanah
“ha..ha..ha..siapa yang berani pukul aku?” soal ketua tentera lalu berdiri dan melihat haruto
“wah....! sampai pun anak lelaki haizawa ,tak perlu susah-susah untuk mencari...” kata ketua tentera sambil mengelap darah yang mengalir di mulutnya lalu tersenyum
__ADS_1
“kenapa kau datang lagi ,tak puas lagi dengan kekalahan kau yang sebelum ni...” kata harutosambil menggengam tangannya
“saje nak lawat...,tak boleh ke??” soal ketua tentera
“mana keluarga aku yang lain...?!” soal haruto lagi
“keluarga kau...,mungkin dah mati dalam keadaan terbakar..” balas ketua tentera
“kenapa kau suka untuk kacau keluarga aku...!?” soal haruto
“mungkin...keluarga haizawa memang patut untuk ditindas..” balas ketua tentera lagi kerana ingin memancing kemarahan haruto
haruto yang sudah tidak tahan dengan kata-kata ketua tentera ,terus memulakan pukulan kearah ketua tentera yang sangat kuat
“salah orang untuk kau lawan ....” kata haruto sambil menumbuk kearah dada ketua tentera
“uhuk...,kau pun silap orang untuk kau lawan ”
“berlagak..!" kata haruto sambil menyepak kaki ketua tentera
lucas yang masih tergantung dibawah pokok ,hanya memerhatikan pergaduhan antara haruto dan ketua nya dalam keadaan gerun terhadap mereka
“ganas nyer...” kata lucas lalu berusaha untuk membuka ikatan talinya
“ aduh..penatnye nak bukak..” kata lucas kerana sudah lelah untuk membuka ikatan yang di ikat oleh ketuanya
lalu pertarungan antara haruto dan ketua tentera dimenangi oleh haruto
“aku dah kata,kau bukan lawan aku ...” kata haruto sambil memijak pinggang ketua tentera dengan kuat
“ha..ha..ha..,kau pikir tomoru akan mengalah begitu sahaja...” kata tomoru
__ADS_1
“aku ..shigaraki tomoru tidak akan kalah dekat tangan kau hari ini...” balas tomoru lagi
lalu datang satu anak panah yang tepat terkena pada tangan kanan haruto
“Argh..!!” jerit haruto kerana kesakitan
“ha..ha..ha..” gelak tomoru lalu berdiri sambil melihat haruto yang sedang kesakitan
“kau curang ,pengecut...!" kata haruto lalu terlihat 5 orang tentera yang sedang menghampirinya
“aku tak curang cuma kau yang tak peka dengan keadaan sekeliling.." balas tomoru
“aku tidak akan maafkan apa yang kau buat harini..,sebabkan kau keluarga aku hancur”
kata haruto sambil mencabut panah yang ada ditangan kanannya
setelah mencabut panah di tangan kanannya , haruto terus ingin menyerang kearah tomoru
ketika haruto ingin menyerang ,tentera yang lain terus memanah kearah dua kaki haruto
“Argh..!” jerit haruto lalu terjatuh keatas tanah kerana kesakitan yang tak terkata peritnya
“ha..ha..ha..,kau nak lawan lagi..?” kata tomoru lalu mencakkung didepan haruto dan mengangkat dagu nya
“aku akan pastikan keluarga kau hancur suatu hari nanti...,biar kau rasa, apa itu kehilangan orang yang berharga dalam hidup kau..” kata haruto lalu tersenyum
tomoru yang mendengarkan itu merasa tercabar ,lalu tomoru terus memukul haruto sehingga hampir mati
ketika tomoru ingin melepaskan pukulan yang seterusnya ,tiba-tiba datang tiga anak panah dan tepat terkena pada dad tiga orang musuh sehingga mati
lalu datang satu lagi anak panah dan tepat terkena pada pipi tomoru yang membuatkan tomoru kesakitan sehingga terduduk diatas tanah
__ADS_1
haruto yang tidak mampu untuk bangun kembali ,hanya membiarkan apa yang terjadi di sekelilingnya ,lalu haruto menutupkan matanya dan tidak sedarkan diri akibat darah yang terkuras begitu banyak dan cedera yang ia dapati dari pukulan dan panah-panah pada anggota badannya.