A Never Ending Dream

A Never Ending Dream
kenapa abang tinggalkan adik...


__ADS_3

cuaca sudah mula menjadi gelap, menunjukkan matahari akan terbenam tidak lama lagi


Yuri yang masih duduk di bawah sepohon pokok ,hanya menangis kerana ditinggalkan abangnya seorang diri


Shiro yang melihat Yuri menangis ,hanya mampu berusaha untuk menenangkannya


“woof...woof..” nyalak Shiro sambil menarik narik baju Yuri


“shiro nak apa?!” soal Yuri dalam nada suara yang agak marah


“woof...woof...” nyalak Shiro lagi sambil melihat kearah langit yang sudah ingin gelap


“tak mahu..! Yuri tak mahu ..!” balas Yuri sambil menolak Shiro yang sedang menarik bajunya


“woof...woof...” nyalak Shiro lalu menarik sekali lagi baju Yuri kerana ingin memaksanya untuk pergi dari situ


Yuri yang masih menangis ,terdiam seketika lalu teringat akan tempat yang ia duduki ketika itu


“sekarang Yuri dalam hutan...,kalau malam mesti banyak binatang buas yang akan keluar....” bisik hati Yuri


lalu Yuri terus berdiri, dan mengajak Shiro untuk pergi ke tempat yang selamat untuk mereka


“shiro jom..!” ajak Yuri sambil mengelap air matanya dan melihat kearah langit yang sudah ingin gelap


“woof...woof...” balas Shiro lalu mengikuti Yuri yang berada dihadapannya


cuaca semakin lama semakin gelap ,yang membuatkan jalan dihutan sukar untuk dilihat


Yuri yang baru pertama kali pergi kehutan merasa ketakutan ,kerana haiwan-haiwan liar akan keluar tidak lama lagi


“shiro kita nak pergi mana ni ??” soal Yuri sambil melihat sekeliling


“itulah Yuri...,tak mahu ikut apa yang abang katakan lagi..” bisik hati Yuri yang sudah menyesal akan kelakuannya sebelum matahari terbenam


Yuri yang sudah buntu ,hanya mampu meneruskan perjalanannya bersama Shiro


Shiro yang mengikuti Yuri dari belakang lalu berhenti dan melihat kebelakang dan melihat kesuatu arah


“woof..woof...Rrrr..” nyalak Shiro kerana merasakan sesuatu yang akan menyerang mereka


“shiro..kenapa??” soal Yuri lalu melihat kearah dimana Shiro melihat


tiba-tiba Yuri terdengar suara anjing-anjing liar yang sedang menghampiri mereka dengan sangat laju


“shiro jom..!” jerit Yuri yang sudah ketakutan dan terus mengajak Shiro untuk berlari menyelamatkan diri dari anjing-anjing liar tersebut

__ADS_1


“woof..woof...” nyalak Shiro lagi kerana ingin melawan anjing-anjing itu


“jom Shiro..tak perlu lawan , jom kita selamatkan diri dulu..” ajak yurilalu menarik Shiro dengan paksa


lalu Shiro berhenti menyalak ,dan mengikuti apa yang diperintahkan oleh Yuri dan berlari menyelamatkan diri


sedang mereka berlari ,tiba-tiba terlihat suatu cahaya yang menandakan ada seseorang di sana


“shiro jom kita pergi dekat situ!!” kata Yuri kepada Shiro lalu menunjukkan ke tempat yang bercahaya itu


...****************...


cuaca yang cerah di pagi hari ,bunga-bunga putih yang tersusun banyak di suatu padang yang luas lagi indah


burung-burung putih yang berkicauan dengan merdunya ,angin-angin yang bertiupan dengan perlahan-lahan ,menandakan betapa baik nya cuaca ketika itu


haruto yang sedang berbaring lalu membukakan matanya dengan perlahan-lahan


“aku dekat mana ni??” bisik hati haruto lalu terbangun dan duduk sambil melihat keadaan di sekelilingnya


lalu haruto berdiri dan berjalan-jalan di tempat itu ,sambil terpinga-pinga


“aku dekat mana ?” bisik hati haruto lagi


“ha..ha..ha..” kedengaran suara budak tersebut semakin dekat dengan langkahnya


“siapa tu..?” soal haruto yang sudah terlihat kelibat seorang budak yang sedang bermain anjing dengan sangat bahagia


lalu budak tersebut melihat kearahnya“eh abang ..!” kata budak tersebut sambil tersenyum


“yuri..? Shiro..?" bisik hati hati dalam keadaan tertanya-tanya


“abang..sinilah , jom kita main sama-sama”


ajak Yuri kepada haruto yang masih terpinga-pinga


haruto yang mendengarkan ajakan adiknya,ia terus berlari kearah adiknya yang sedang bermain itu


lalu ketika ia sedang berlari kearah adiknya, ada seketul batu yang tidak terlihat di pandangan haruto yang membuatkan ia terjatuh ,sebelum sampai ke tempat adiknya bermain


“Aduh !!” jerit haruto lalu mengangkatkan kepalanya


sedang haruto mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba bunga-bunga putih yang tersusun begitu banyak menjadi merah kehitaman, langit yang cerah menjadi begitu gelap ,


pokok-pokok hijau menjadi merah akibat terbakar yang begitu dahsyat, burung-burung putih yang bertebangan bertukar menjadi warna hitam ,menunjukkan betapa buruknya permandangan ketika itu

__ADS_1


lalu kelibat adiknya yang sedang bermain dan suara gelakannya, hilang secara tiba-tiba


ketika haruto sedang panik, ia terdengar suara tangisan adiknya yang sangat kuat di sebalik batu yang agak besar


“yuri...!,jangan nangis ,abang datang nak selamatkan adik..!!” jerit haruto lalu berlari ke tempat adiknya duduk


“yuri..abang datang ni...” kata haruto lalu terkejut melihat adiknya yang penuh dengan luka


“abang jahat, kenapa abang tinggalkan adik sorang-sorang..??” soal Yuri sambil menangis teresak-esak


“abang tak tinggalkan adik...” balas haruto sambil tangannya ingin mengusap air mata adiknya yang sedang mengalir itu


ketika haruto ingin mengusap air mata adiknya ,lalu ada satu dahan pokok yang jatuh diatas Yuri akibat kebakaran ,lalu darah adiknya terpercik begitu banyak di wajahnya yang membuatkan haruto terkejut melihat kejadian itu


“ ADIK.....!!” jerit haruto sambil mengalirkan air matanya


sedang haruto menangis , tiba-tiba ia terdengar suara adiknya menjerit-jerit meminta tolong ,lalu ia berdiri dan mencari suara tersebut


“abang...abang...!!” jerit Yuri dengan suara yang lantang


“ye adik..,abang datang !” balas haruto sambil melihat adiknya yang sedang dipegang oleh seseorang yang tidak terlihat wajahnya


“siapa kau?! lepaskan adik aku..!” jerit haruto kepada orang tersebut


“ha..ha..ha..” gelak orang itu sambil membukakan penutup wajahnya


“apa kau nak lagi dengan aku tomoru ?! lepaskan adik aku” jerit haruto sambil berlari kearah tomoru


sedang haruto berlari kearah tomoru ,tiba-tiba muncul lima ekor anjing liar disekeliling haruto ,lalu menyerangnya dengan begitu ganas


“Argh..!!” jerit haruto kerana kesakitan


“abang..!!” jerit yuri


“ha..ha..ha..” gelak tomoru kerana melihat haruto kesakitan


sedang haruto meraung kesakitan akibat serangan anjing-anjing tersebut,sambil menutupkan matanya ,lalu serangan itu hilang secara tiba-tiba, suara adiknya yang meminta tolong dan gelakkan tomoru kepadanya turut mengilang dari pendengarannya


setelah haruto tersedar akan kehilangan suara-suara itu, lalu ia membukakan matanya perlahan-lahan


sesudah ia membukakan matanya ,ia sudah berada di suatu tempat yang serba putih


“aku dekat mana pulak ni??” soal haruto dalam keadaan tertekan


tiba-tiba jatuh air yang begitu banyak dari atas haruto yang membuatkan haruto terkejut dari mimpinya yang buruk itu

__ADS_1


__ADS_2