
Yuichi sudah bangun dari tidurnya. Saat ini, Yuichi senag berkultivasi untuk meningkatkan ranahnya. Ranah di alam rendah ada 8.
Bermula dari Mortal Core, Heavenly Core, Divine Core, Combat Soul, Combat King, Combat Emperor, Minor Saint dan Great Saint.
Saat ini Yuichi telah mencapai ranah Mortal Core tahap akhir yang merupakan sebuah keajaiban bagi seorang bocah berusia 7 tahun. Selalunya hanya bocah 11 tahun yang bisa mencapai Mortal Core tahap akhir.
"Aku akan berhenti sebentar kerana aku telah mencapai ranah yang cukup tinggi untuk anak seusiaku." ucap Yuichi.
Yuichi perlahan berjalan keluar dari gua. Yuichi keluar dari gua kerana ingin mencari beberapa buah segar untuk dijadikan makanan.
Semasa menelusuri hutan untuk mencari makanan, Yuichi selalu dihadang monster yang berada di ranah Mortal Core tahap awal atau menengah. Yuichi hanya memerlukan 5 pukulan untuk mengalahkan mereka. Yuichi bahkan bisa mengalahkan seseorang dengan ranah Heavenly Core dengan sedikit usaha.
"Buah disini lumayan bagus, banyak khasiatnya dan juga langka." ucap Yuichi.
Yuichi terus berjalan sambil memetik berberapa buah dari pohon. Setelah beberapa jam berkeliling, Yuichi sudah lumayan banyak mendapatkan buah. Dia kemudian berjalan kembali ke gua.
Saat dia berjalan menuju ke gua, dia melihat mayat seorang bocah perempuan elf. Yuichi yang penasaran menghampiri mayat itu.
Mayat itu berlumuran dengan darah. Yuichi memeriksa denyut nadi elf itu. Yuichi mendapati bahwa elf itu hampir mati.
__ADS_1
Yuichi membawa elf itu menuju ke gua tempat tinggalnya. Selama perjalanan monster masih terus menghadang Yuichi, tetapi Yuichi langsung membunuh mereka kerana dia sedang terburu-buru.
Setelah sampai di gua, Yuichi membaringkan mayat elf di lantai dan meletakkan buah-buahan yang dia petik di tempat lain. Kemudian Yuichi mengalirkan sihir kegelapannya ke badan milik elf itu untuk menyembuhkan lukanya.
Sihir di dunia ini sudah biasa. Sihir petir, angin tanah adalah sihir paling umum. Manakala sihir air, api,tumbuhan dan cahaya adalah sihir langka. Sihir kegelapan pula adalah sihir paling langka didunia. Sihir kegelapan juga merupakan sihir terkuat diiringi dengan sihir cahaya, petir, angin, api, air, tumbuhan dan tanah. Walaupun sihir kegelapan sihir terkuat tetapi sihir ini juga sulit dikendalikan, pengguna sihir ini selalu mati muda kerana dilahap oleh sihirnya sendiri.
Saat ini, Yuichi masih mengalirkan sihir kegelapan miliknya ke elf itu. Elf itu kemudian mula membukakan matanya. Dia melihat seorang bocah lelaki sedang mengalirkan sihirnya ke arahnya.
"Siapa?" ucap bocah elf itu.
"Kau sudah bangun? Baguslah kalau begitu." ucap Yuchi kemudian menghentikan megalirkan sihirnya.
"Namaku Yuichi. Aku menyelamatkanmu ketika kau masih tergeletak di hutan. Namamu siapa." ucap Yuichi.
"Aku tidak mengingat namaku." ucap elf itu.
Yuichi mengerutkan kening. Dia melihat ekspresi dari elf itu. Elf itu tidak sedang berbohong menurut Yuichi.
"Kau mengingat keluargamu? Atau tempat tinggalmu? Atau kau tidak mengingat apapun?" tanya Yuichi.
__ADS_1
"Aku tidak mengingat apapun." ucap elf itu.
Yuichi paham akan situasi dari elf itu. Dia kemudian memikirkan sebuah ide yaitu menciptakan sebuah sekte dengan memanfaatkannya.
"Kalau begitu apa kau tertarik untuk mengikutiku mendirikan sebuah sekte." ucap Yuichi.
Elf yang mendengar tawaran dari Yuichi menatap Yuichi. Elf itu bertanya kepada Yuichi.
"Untuk apa kau mendirikan sebuah sekte?" tanya elf itu.
Yuichi yang mendengar pertanyaan elf itu berbohong kepadanya kerana jika dia tidak berbohong maka elf itu tidak akan mengikutinya.
"Aku ingin mendirikan sebuah sekte untuk menghancurkan sebuah organisasi yang setara dengan sekte kelas tinggi. Organisasi itu bernama 'Death Order'."
"Death Order telah membunuh banyak orang termasuk kedua orang tuaku. Mereka juga menyebarkan kutukan kematian seperti yang ada di badanmu tadi untuk meneror dunia. Bagaimana kau tertarik?" ucap Yuichi.
Elf itu memandang Yuichi dengan tatapan seperti mengagumi seseorang. Elf itu kemudian memegang dadanya sambil berkata "Aku akan menyerahkan hidup dan matiku di tangan anda kerana anda telah menyelamatkan hidup saya. Saya berjanji akan menghancurkan organisasi 'Death Order'."
Yuichi yang mendengar ucapan dari elf itu tersenyum. Dia senang kerana di kehidupan kali ini dia memiliki orang terpercaya.
__ADS_1
"Aku hanya mereka-reka sahaja organisasi itu hanya untuk membuatnya percaya sahaja." batin Yuichi.
[Fakta Menarik : Yuichi hampir menguasai hampir seluruh teknik pedang dan tinju.]