Kumpulan Kisah-kisah Seram

Kumpulan Kisah-kisah Seram
KISAH PENAMPAKAN BERTENGGEK


__ADS_3

Kisah ini diceritakan oleh temanku saat masih di asrama tahfiz, begini kisahnya.


Suatu malam, setelah solat isya' berjemaah kami semua turun dari surau untuk pergi ke asrama. Setelah bertukar pakaian di asrama, kami pun pergi ke kelas untuk lepak makan biskut bersama.


Sekitar 15 minit kemudian, air teh yang kami minum dan cicah biskut habis. Jadi aku pun meminta salah satu dari kami yang dipanggil Din pergi ke ta'am untuk isi semula air teh tersebut.


Beberapa minit kemudian, kami yang berada di kelas terkejut kerana satu hal. Iaitu Din yang kami minta ke ta'am kembali kepada kami dalam keadaan berlari sambil nafasnya yang termengah-mengah, seolah dirinya baru saja dikejar sesuatu yang berbahaya atau lainnya.


"Kenapa Din, apa yang jadi kat kau sampai berlari termengah-mengah macam ni?" Tanya aku kepadanya dan diangguk oleh yang lain.


"Aku nampak ada sesuatu seperti sedang bertenggek kat dalam stor belakang ta'am, tu yang buat aku lari takut dikejar ke apa." Jawab si Din.


Di antara kami, mungkin hanya aku saja yang tak pernah melihat makhluk halus ini. Jadi setelah mendengarkan jawapan dari Din, aku penasaran dengan makhluk itu.


Jadi aku pun mengajak yang lain ke ta'am disertai Din, agar dia tunjukkan di mana dia nampak makhluk tu meskipun hanya dari luar sahaja.

__ADS_1


Setelah sampai di depan stor belakang ta'am yang dimaksudkan si Din, aku pun bertanya padanya;"Kat mana kau nampak Din, dia bertenggek kat mana?".


Awalnya Din sedikit takut kerana baru sahaja melihat sesuatu yang mungkin dia tak akan pernah fikirkan dapat melihatnya, jadi aku lantas berkata kepadanya:


"Din, kalau kau rasa tak boleh nak tunjuk dari dalam, biar aku yang masuk. Selepas itu kau boleh beritahu atau tunjukkan kat mana kau nampak 'dia'."


Aku pun masuk setelah mengatakan itu, sambil melihat-lihat sekitar. Apakah aku akan temukan sesuatu yang ganjil atau seumpamanya.


Din pun menunjukkan di mana dia melihat 'itu' bertenggek sebelumnya sambil berkata:"Aku nampak 'dia' kat sana dalam keadaan bertenggek, sambil aku rasa macam 'dia' sedang menatapku."


"Katil ni ke? Yang tengah atau yang sebelah kanan sini Din?" Tanya aku.


"Yang sebelah kanan kau Kimi." Jawab Din.


Aku pun melihat di sekitar katil itu setelah mendengar kata Din tapi, aku tak melihat ada sesuatu yang ganjil atau seumpamanya. Aku bertanya lagi untuk memastikan bahawa Din tak lupa dimana dia melihat 'itu'.

__ADS_1


"Betul ke Din kat sini kau nampak? Sebab aku tak nampak ada yang ganjil kat sini." Kataku kepadanya.


"Haah, betul aku nampak kat situ. Aku tak tipu kalau aku memang nampak." Jawab Din melihat aku seperti ragu-ragu dengan kata-katanya.


Aku melihat sekali lagi di sekitar katil itu untuk memastikan bahawa mataku masih berfungsi, sambil memeriksa di tempat lain dan apa yang aku dapat adalah, aku tak melihat apapun yang ada di situ.


Tapi aku tahu, Din tidaklah berbohong kerana kami melihat dia berlari ketakutan sambil termengah-mengah. Jadi mustahil kalau dia ingin berbohong tentang dia melihat makhluk halus ini.


Aku pun berkata kepada yang lain:"Dah lah, rugi je kalau nak cari sebab takkan jumpa. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku tahu yang Din takkan tipu kita."


Kami pun bubar untuk naik ke asrama meskipun aku saja yang masih penasaran, kenapa kami tak boleh melihat langsung makhluk itu meskipun kawan kami yang sudah melihatnya tadi ada bersama kami.


Pada akhirnya, aku juga naik ke asrama dalam keadaan fikiranku ketika itu tak boleh berhenti memikirkan hal itu hingga aku tertidur.


- Kisah 1 Tamat -

__ADS_1


__ADS_2