Kumpulan Kisah-kisah Seram

Kumpulan Kisah-kisah Seram
KISAH PENAMPAKAN BAYANGAN HITAM MATA MERAH


__ADS_3

Kisah ini diceritakan oleh kedua temanku.


Setelah selesai solat Isya' di surau, kami turun dari surau untuk ke kelas. Rutin biasa kami di kelas selepas Isya' adalah baca Al-Quran, tetapi jika tiada guru maka pelbagai hai yang dilakukan seperti bersembang kosong.


Aku dan seorang temanku berada di kelas yang sama, perbezaannya adalah dia bersembang dengan teman sebelahnya. Sedangkan aku bermain permainan bingo dengan teman sebelahku, meskipun susah untuk menang melawannya, hahaha.


Kami terus melakukan hal kami hingga jam menunjukkan pukul 10 malam, menandakan masa kelas selepas Isya' sudah habis. Kebetulan sebelumnya aku penasaran bagaimana jika aku boleh melihat makhluk halus ini.


Temanku yang ku ceritakan di cerita kedua, Bani mengajakku ke belakang tandas. Dia ingin mengajariku cara mudah untuk melihat 'itu', bersama dengan seorang kawan baiknya bernama Azman.


Mereka berdua bersemangat untuk mengajar aku caranya kerana sangat mudah. Aku pun mengikuti mereka berdua ke belakang tandas dengan semangat, kerana tak sabar untuk mengetahui bagaimana perasaan ketika melihat 'itu'.


Kerana asyik mendengar pengalaman dari orang lain, membuatku penasaran dan semangat ingin melihatnya sendiri. Kami bertiga pun pergi setelah makan biskut dan minum air teh o yang ada di ta'am.


Beberapa minit kemudian, kami pun sampai di sana. Bani dan Azman pun mencari tempat yang cukup strategik, yang mana memungkinkan untuk melihat 'itu' dengan mudah.

__ADS_1


Setelah berjaya menemukan tempatnya, mereka mula memberitahu caranya. Mulai dari awal sebelum melakukan hal itu, hingga setelah melakukannya.


Setelah Lebih kurang 10 minit, aku pun memahami caranya bagaimana. Jadi kami pun langsung lakukan seperti yang diberitahu sebelumnya.


Aku pun mulai melakukannya, dengan menghadapkan punggungku ke arah hutan tersebut. Lalu membongkokkan tubuh untuk melihat ke belakang melalui di antara 2 kaki seperti melihat secara terbalik.


Aku berada dalam posisi tersebut selama beberapa minit, sambil melihat ke seluruh kawasan hutan mencari, apakah ada 'mereka' ada di sana.


'Belakang pokok pisang, tak ada. Tepi semak-samun pun tiada. Kat mana "mereka" ni sebenarnya?' Fikir aku sambil mencari.


'Oh ya, di dekat pokok kelapa juga ada. Kerana ada yang melihatnya. Aku akan melihat juga pada pokok kelapa.' Fikir aku lagi.


Setelah aku sadar, hanya ada aku seorang saja yang ada di sana. Sedangkan temanku yang 2 orang lagi sudah tidak ada di sana, meninggalkan aku seorang.


Awalnya aku berfikir untuk mencari mereka, setelah melihat ke arah sekitar ternyata mereka sudah ada di tempat lain dengan wajah yang sedikit menunjukkan ketakutan.

__ADS_1


Aku hairan setelah melihat wajah mereka, apa mungkin mereka mempermainkan aku ataupun mereka sudah melihat 'itu'terlebih dahulu.


Kerana tak dapat menemukan jawapannya, aku memilih untuk datang menghadap mereka berdua dan bertanya kenapa mereka pergi dahulu tetapi tidak menungguku.


"Wei Bani, Azman. Asal korang berdua pergi dulu. Tak tunggu aku pulak tu?" tanya aku pada mereka berdua.


"Ehh, kau tak nampak apa-apa ke? Takkan kami je yang nampak?" balas Azman dengan pertanyaan juga.


"Nampak apa? Aku nampak kosong je tak ada apa. Hitam je sebab gelap tapi tak ada pulak bayang hitam ke atau yang lain." balas aku.


"Kau tak nampak apa-apa? Aku nampak bayang hitam bergerak-gerak sambil tersenyum lebar, sedangkan si Azman nampak bayang hitam dengan mata merah." balas Bani.


Aku yang mendengar langsung mengerutkan dahi, kerana mereka nampak apa yang aku tak nampak dan tak dapat tengok walaupun cuma bayang.


"Haaa, kalau macam tu. Tak apalah, terima kasih sebab ikut." aku berterima kasih pada mereka berdua.

__ADS_1


"Sama-sama, jangan sedih pulak tak nampak makhluk 'itu' ya." balas Azman.


\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*Tamat\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*


__ADS_2