Kumpulan Kisah-kisah Seram

Kumpulan Kisah-kisah Seram
DIGANGGU SEMASA TIDUR DAN TELEFON YANG SEPERTI BARU DIBELI.


__ADS_3

Kisah ini diceritakan oleh abang author, pengalaman miliknya semasa bekerja sambilan.


Kisah ini punya seram dan juga sedikit kelakar. Nikmatilah kisahnya.


ΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ


Pada suatu hari, Hikmah dapat kerja sambilan di sebuah hotel di kawasan Cameron Highlands, Pahang.


Jadi, dirinya memilih untuk mencuba mencari pengalaman terlebih dahulu di hotel tersebut. Dia pun pergi setelah mendapat keizinan dari kedua ibubapanya.


Hikmah pergi ke Cameron dengan menaiki motorsikal, dari rumah yang berada di daerah Hulu Selangor, Selangor.


Setelah menempuh perjalanan beberapa jam di atas motornya, Hikmah pun sampai di tempat tersebut.


Setelah melakukan beberapa prosedur dengan pihak hotel, dia pun mulai melakukan kerjanya di sana.


Di hotel ini, Hikmah melakukan kerja seperti pelayan restoran. Berdiri untuk waktu yang lama, masa yang padat dengan kurangnya berehat.


Hari pertama dirinya bekerja, dia tak menemukan masalah di sana. Hal-hal tersebut berterusan hingga hari yang keempat dia bekerja.


Yang jadi masalahnya adalah ketika balik ke rumah pekerja di sana, dirinya cukup kesusahan ketika tidur pada waktu malam hari.


Kebetulan di rumah itu, Hikmah bertemu dengan 4 orang yang seperti dia. Jadi dirinya langsung boleh biasakan diri kerana berada di situasi yang sama.


Tetapi ketika malam hari yang ke-7, salah seorang daripada mereka bertanya pada Hikmah semasa makan :


" Kau tidur bilik mana mah?"


"Aku tidur bilik yang ni senior*." jawab Hikmah sambil menunjukkan salah satu bilik lalu bertanya kembali :


"Ada apa senior?"


"Bilik yang kau tidur tu, keras* sikit. Jadi bersabarlah, kalau rasa tak boleh tahan, beritahulah kepada kami." balas senior tadi.


Hikmah yang mendengar sedikit terdiam kerana dirinya sudah menduga akan hal tersebut tapi, tetap dirinya tetap merasa terkejut.

__ADS_1


Kerana apa yang dirasakan pertama kali setelah masuk biliknya itu, ternyata tak salah sama sekali.


Kita kembali ketika pertama kali Hikmah masuk bilik tidurnya setelah balik dari kerja di hotel itu.


______________________________________________


"Fuhh, tak disangka kerjanya macam ini, cukup penat untukku tapi gaji yang ditawarkan cukup besar, jadi tiada masalah." kata Hikmah dalam hati.


"Selamat datang, kau pekerja baru yang akan tidur di sini ya?" kata salah seorang dari mereka.


"Haah, saya baru mula hari ini." balas Hikmah sambil memperkenalkan dirinya kepada mereka.


"Ouhh, muda juga junior kita yang ini. Kau tidur bilik mana nanti?" soal salah seorang senior di situ.


"Saya tidur bilik nombor yang ini tak silap, kebetulan saya cukup penat kerja pada hari ni." balas Hikmah.


Mereka yang mendengar hal itu cukup terkejut, kerana sebelum ini tiada pekerja yang mampu tidur di bilik itu beberapa hari setelah bekerja.


"Ouhh, kalau kau rasa tak boleh tahan, bagitahu kitaorang ya." kata mereka.


Jadi dirinya langsung tidur setelah membersihkan diri dan makan pada malam itu. Tapi dirinya sedikit kesusahan untuk tidur kerana merasa ada yang janggal.


Hikmah mengendahkan hal itu pada awalnya, tetapi setelah hari ke-5 dirinya cukup tak tahan dengan apa yang berlaku.


Kerana pada malam hari yang ke-5, dirinya menerima gangguan yang cukup besar membuatkan dirinya susah tidur.


Gangguan yang diterima berupa seperti bisikan di telinga, dilanjutkan dengan ketukan pada tingkap bilik jika dia tidak hiraukan dengan hal itu.


Bahkan ketukan yang berbunyi pada tingkap, beralih ke pintu bilik kerana makhluk 'itu' merasa marah kerana tidak dihiraukan.


Hingga pada akhirnya pada malam ke-5, dia diganggu dengan cara makhluk 'itu' menindihnya sehingga sukar untuk bernafas.


Tetapi, gangguan itu tetap tidak membuat Hikmah perlu untuk keluar dari bilik tidurnya. Kerana dirinya sudah beberapa kali mengalami hal itu.


Tetapi ketika dirinya bangun di pagi hari, Hikmah menemukan telefon pintarnya dalam keadaan skrinnya gelap. Seolah dirinya mematikan telefonnya pada malam tadi.

__ADS_1


Tapi ketika dihidupkan, telefon tersebut malah seperti baru dibeli di kedai-kedai telefon. Kerana kecerahan skrin yang cukup terang dan yang lainnya.


Setelah difikirkan kembali, Hikmah akhirnya memahami apa yang telah berlaku pada telefonnya malam tadi.


Jadi, ketika balik kerja pada hari ke-5. Hikmah pun memilih untuk memberitahu kepada 4 orang senior yang tinggal bersama dengannya di rumah itu.


"Haa Hikmah, selamat datang. Hari ni kerja ok ke?" tanya salah seorang dari mereka.


"Aahhh, hari ni kerja ok je macam semalam. Oh ya senior, ada yang ingin ku tanyakanlah kepada semua." balas Hikmah sambil meminta izin untuk bertanya.


"Ouhh, tanya apa tu?" tanya senior yang lain.


"Tentang bilik yang saya tidur tu, ada benda ya kat dalamnya?" tanya Hikmah langsung.


"Haah, memang ada benda pun dalam tu. Katanya ada yang mati sebab bunuh diri kat dalam bilik tu." jawab salah seorang dari mereka sebagai wakil.


"Kenapa, kau dah tak tahan ke? Kalau tak kami boleh tolong." tanya yang lain.


"Kalau gangguan tu tak masalah, saya boleh tahan lagi tapi cuba tengok ni." jawab Hikmah sambil menghulurkan telefon miliknya.


Ketika salah seorang dari mereka menghidupkan telefon tersebut, mereka melihat dengan hairan lalu bertanya :


"Ada apa dengan handphone ni? Cuba kau jelaskan." tanya mereka.


"Handphone tu dah lama saya beli, bahkan ada hal-hal penting kat dalam tapi, bila on saja pagi tadi dia macam tu." balas Hikmah.


"Mentang-mentang saya tak hiraukan dia, dia pakai cara resetkan phone pulak. Pandai pulak ya." sambung Hikmah lagi.


Semua yang mendengar cukup terkejut kerana pertama kali mereka mendengar 'hantu' ni pandai dengan handphone tapi mereka juga terhibur.


"Hahaha, 'hantu' zaman sekarang dah pandai ehh main phone. Macam tahu-tahu je cara nak resetkan phone." salah seorang dari mereka berkata demikian sambil ketawa.


"Sabar je lah mah. Nak buat macam mana." balas yang sambil tertawa.


*********Tamat*********

__ADS_1


__ADS_2