Mr Xander'S Beloved Wife Is A Mafia!

Mr Xander'S Beloved Wife Is A Mafia!
Bab 18


__ADS_3

Terus mati lamunan Ariana. Wajahnya mula memucat. Malah, dia turut mengigati wajah lelaki itu. Lelaki yang telah menyelamatkannya dari di langgar troli semasa di supermarket. Tak silap namanya Amirul. Tetapi kenapa dia menculik dirinya?


Ariana tidak mengetahui itu ialah Harris, bekas kekasihnya. Kerana? Kerana Harris membuat pembedahan plastik.


"K-kenapa kau culik aku? Kau siapa?" Tanyanya gugup. Dia menganjak ke belakang apabila menyedari Harris mula merapati dirinya. Air matanya mula mengalir ketakuta .


Harris melabuhkan punggungnya di sebelah Ariana. Wajah Ariana yang menunduk itu diangkat supaya dia dapat melihat wajah cantik itu. Dikesat lembut air mata Ariana dengan ibu jarinya. Sebelah tangannya mengusap lembut rambut panjang Ariana.


Mahu sahaja dia menjerit marah tapi dia takut. Takut lelaki itu mengapa-apakan dirinya yang bakal melahirkan bila-bila masa saja.


"I want you be mine and your fucking husband die with your lovely brother and cousin." Dia menyeringai jahat.

__ADS_1


Ariana terkejut mendengar kata-kata Harris. Harris ketawa sinis melihat wajah terkejut Ariana. Matanya merenung bibir mungil Ariana dengan geram . Sungguh dia mula rasa ketagih dengan bibir seksi itu. Dia mula membayangkan perkara yang kotor. Namun, dia menyabarkan dirinya agar tidak melakukan perkara tersebut. Selepas sahaja dia menghapuskan Adrian, Asyaraf, Kris dan Farid dia akan memiliki Ariana selamanya.


"Ke-kenapa? Apa salah dorang?" Soalnya gementar. Tak! Dia tak nak kehilangan Adrian, Asyaraf dan sepupunya! Empat lelaki yang amat dia sayang!


"Well, sebab diorang mak aku mati! Aku tak boleh biarkan diorang hidup selepas apa yang berlaku! Dendam tetap dendam! Dan lepas diorang mati kau akan jadi milik aku sayang..." Dia ketawa jahat.


Ariana menjadi gerun. Mata biru Harris berubah menjadi gelap. Dia cuba menjauh lelaki itu namun pantas sahaja lelaki itu menahan tubuhnya daripada bergerak.


T-tolong ja-jangan a-apa-apakan diorang. Aku merayu..." Rayunya sambil teresak-esak menahan rasa takut dalam dirinya.


Ditekup wajah wanita itu dengan kedua-dua tangannya lalu merapatkan wajah mereka. Menggigil-gigil tubuh Ariana apabila Harris berani menyentuh dirinya.

__ADS_1


Dahi bertemu dahi. Jika dia bergerak sedikit bibir mereka pasti bertemu. Ariana mengemam bibirnya manahan tangisan. Air matanya tetap mengalir membasahi wajahnya. Matanya menatap gerun mata Harris.


"Shhhh... Don't cry honey... Aku tak akan apa-apakan kau." Tangan kanannya mengusap lembut perut Ariana.


"Mengikut perkiraan aku, kau akan beranak bila-bila masa saja. So behave honey or i will kill your baby." Dia tersengih sinis. Dia dapat merasakan tendangan-tendangan kecil dari dalam perut Ariana.


"Tolong jangan apa-apakan anak aku." Dia menangis teresak-esak. Ya Allah, selamatkanlah anak, suami, abang dan sepupu-sepupunya. Dia tidak kisah dirinya di apa-apakan tapi jangan orang-orang yang dia sayang.


"I will, so please honey. Oh yeahh, time's out... Aku kena pergi dulu, duduk sini diam-diam atau aku tak teragak-agak bunuh anak kau dengan tangan aku sendiri dengan cara yang kejam dan aku tahu kau tak nak perkara tu berlaku kan? Be a good woman." Di cium sekilas dahi Ariana sebelum dia meninggalkan wanita itu keseorangan.


Ariana menghambur tangisannya.

__ADS_1


Ya Allah, selamatkan kami Ya Allah!


Abang, selamatkan kami...


__ADS_2