Mr Xander'S Beloved Wife Is A Mafia!

Mr Xander'S Beloved Wife Is A Mafia!
Bab 20


__ADS_3

Tembakkan mengejut Harris mengenai bahu Daniel.


Harris ketawa mengejek.


"Back up!"


Arah Daniel. Namun tiada yang menyahut. Dia mula gelisah.


"Back up? Oh, jadi yang dalam kereta tu back up kau lah? Tch!"


Adrian mendengus geram. Menahan amarah. Terlalu marah! Air matanya menitis. Ariana di culik, anak-anak buahnya mati di tembak. Kumpulannya hamcur sekelip mata. Benar apa yang mereka katakan. Kumpulan Darkness bukan sembarang.


"Lepaskan Ariana, kalau kau nak aku bunuh je lah aku. Jangan libatkan bini aku dalam hal ni." Ujurnya pasrah. Kalau dengan menyerahkan nyawanya dapat menyelamatkan Ariana dia akan lakukannya dengan redha.


"Adrian! Kau gila? Takkan kau nak berputis asa macam ni? Kalau Ariana dengar pasti dia sedih! Kau masih ada aku! Kita berjuang bersama-sama!"


"Apa lagi yang perlu aku berjuang Daniel? Mereka mari sebab aku! Aku taknak nyawa mereka terkoban. Biarlah aku mati asalkan nyawa lain selamat." Ujur Adrian dengan pasrah.


Daniel mengetap rahangnya menahan sebak. Tidak sangka orang yang digeruni menyerah kalah pada musuhnya begitu saja. Dia sedih dengan dirinya kerana tidak dapat membantu Adrian kerana terang-terangan mereka sudah kalah.


"Nope! Selagi kita hidup jangan pernah menyerah kalah. Berjuang habis-habisan. Kalah menang belakang kira. Janji kita dah berusaha sebaik mungkin. Itu kan kata-kata Knightz! We fight until die!" Daniel tetap berusaha memberi semangat kepada Adrian.


Bagai ada suatu aura yang masuk dalam diri Adrian bangkit dengan perlahan-lahan. Bahunya yang ditembak di abaikan walau sakitnya tidak tertanggung. Daniel mengukir senyuman. Ini yang dia mahukan. Walaupun anak-anak buahnya tidak banyak yang tinggal. Dia berharap kumpulan Andrew masih bertahan kerana lelaki itu sukar ditewaskan dengan mudah. Dia juga bangkit bersama-sama Adrian menentang Harris.

__ADS_1


Harris mengukir senyuman sinis. Dia maju kehadapan. Serentak itu kesemua anak-anak buahnya memunculkan diri disebalik tembok yang terselindung. Ramai terlalu ramai!


"This night we fight until we die!"


*****


Dari jauh mata hijau milik Asyaraf dapat melihat huru hara pemandangan yang tidak jauh daripadanya. Sengaja dia mengarah James memakirkan keretanya jauh daripada tempat itu agar musuh mereka tidak menyedari kehadiran mereka dan mereka berjalan dengan berhati-hati sambil meliarkan mata memerhati sekeliling sebagai langkah berjaga-jaga.


Namun bau hanyir darah menyapa rongga hidung mereka.


"Sir!"


Asyaraf berpaling ke arah Kris yang memanggil dirinya. Dahinya berkerut hairan apabila melihat sebuah van yang sudah remuk hancur dengan bekas-bekas tembakkan. Malah beberapa mayat turut terdampar di kawasan itu dengan beberapa tembakkan.


"Please, sa-save Master Ad-rian..." Kata lelaki itu tersekat-sekat sebelum menghembus nafas terakhir.


Asyaraf terkejut.


Jadi, Adrian sudah melangkah terlebih dahulu? Jadi, benarlah apa yang dia rasakan? Ariana dalam bahaya disebabkan itu Adrian menyerang Harris?


Serta merta kemarahannya bangkit. Dia bersumpah, seinci Harris menyentuh adiknya, dia bunuh lelaki itu!


"Move now!" Dia pasti Adrian sedang kalah teruk memandangkan anak-anak buah Dark Knightz sudah memberitahu segalanya sedangkan dia tahu kumpulan itu sangat sukar dicederakan dengan teruk malah tiada satu pun ahli Knightz mati ketika bertempur.

__ADS_1


Asyaraf menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Dia harus tenang dan mengatur strategi dengan baik. Anak-anak buahnya yang lain dalam perjalanan ke sini menaiki helikopter dan beberapa buah kereta lagi bakal tiba.


Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia pasti Harris tidak tahu akan kehadiranya. Dia mengorak langkah dengan besar apabila Kris, Farid, James dan Chan sudah jauh kehadapan.


*****


Ariana berkerut menahan sakit apabila perutnya sakit mencucuk-cucuk secara tiba-tiba di bahagian ari-arinya. Di genggam cadar yang menyelimuti tubuhnya dengan erat.


Seketika dia merasakan ada cecair yang mengalir di celah kangkangnya. Dia menyelak. Matanya membulat. Air ketumbannya sudah pecah! Bermakna sudah tiba masanya untuk bersalin.


Air matanya mengalir manahan sakit yang semakin menjadi-jadi. Terasa tendangan-tendangan yang kian kuat menendang dari dalam perutnya.


"Sesiapa tolong... Aku nak bersalin..." Jeritnya dengan kuat.


Namun tiada siapa yang menyahut. Dia mengetap bibirnya menahan tangisan. Mana semua orang? Dia tidak kisah yang datang itu Harris atau sesiapa saja asalkan ada yang membatunya ketika ini.


Tapi hampa apabila lansung tiada sebarang bunyi. Tahulah dia keseorangan di tempat ini yang dia tidak tahu berada diman.


Dengan kudrat yang masih bersisa dia menggagahkan juga dirinya untuk membetulkan kedudukannya.


"Arghhhhhgg...!"


Dia menjerit sekuat hatinya sambil meneran. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Biar lah dia menanggung keseorangan asalkan anaknya selamat lahir ke dunia.

__ADS_1


Ya Allah, jika berlaku apa-apa pada diriku selamatkan lah anakku.


__ADS_2