Mr Xander'S Beloved Wife Is A Mafia!

Mr Xander'S Beloved Wife Is A Mafia!
Bab 19


__ADS_3

Adrian memerhati sebuah rumah yang boleh tahan besar di sebalik bangunan terbiar itu dengan tajam.


"Danial, semua dah bersedia?" Soalnya dengan menggunakan earpiece.


"Yes, Master!" Danial dan beberapa orang lagi anak-anak buahnya berada di setiap atas bangunan sambil memegang sniper. Mereka sebagai headhunter akan menyerang musuh yang berada di bahagian tersorok untuk memudahkan kerja mereka tanpa sebarang halangan. Mereka semua menggunakan silencer untuk mengelak daripada kedudukan mereka diketahui musuh.


"Team A, move now!" Arahnya pada anak-anak buahnya yang memegang bahagian shooter untuk masuk ke dalam rumah itu terlebih dahulu untuk memastikan bilangan musuh.


Dari atas pokok, Adrian dapat melihat anak-anak buahnya sedang menyelinap masuk ke dalam rumah itu dengan pantas tanpa sebarang bunyi.


"Clear!"


"Team B, move!" Kini anak-anak buahnya yang ditugaskan dalam bahagian membunuh masuk kedalam untuk mencari isterinya Ariana.


"Kau dah bersedia?" Soal Danial sambil memasukkan peluru dalam pistolnya. Adrian mengangguk kecil. Pandangannya tajam memerhati sekeliling sebelum dia bersuara.


"Niel... Kalau berlaku apa-apa dekat aku tolong jaga Ariana dan anak aku."


Danial pantas berpaling ke arah Adrian.


"Kau cakap apa ni? Kau sedar tak kau cakap apa?" Soalnya dengan terkejut.

__ADS_1


"A-aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni cuma aku nak kau jaga Ariana macam kau jaga nyawa kau. Kalau perlu aku izinkan kau kahwin dengan dia jika aku mati nanti." Dia tidak mahu mati sebelum dia melihat anaknya lahir tapi andainya takdirnya ajal menjemputnya malam ini dia redha. Setitis air matanya jatuh mengalir.


"Ad, aku yakin kita menang dan kau akan hidup dengan keluarga kau bahagia selama-lamanya. Aku tak akan kahwin dengan Ariana! Kau milik Ariana bukan aku. Kalau aku kahwin dengan dia sekali pun dia akan bahagia ke? Tak Ad! Hati dia cuma ada pada kau je bukan orang lain! Anak kau perlukan kasih sayang seorang ayah kandung bukan orang lain. Please Ad, ini bukan Adrian yang aku kenal. Kau ketua yang hebat! Lelaki yang sanggup buat apa saja demi apa yang dia nak!" Tekan Danial dengan keras. Dia tidak suka melihat Adrian lemah semacam ini.


Adrian terdiam. Sedikit sebanyak kata-kata Daniel mengembalikan semangatnya untuk terus hidup berjuang.


"Thanks, bro!"


"Jom gerak cepat! Aku risau budak-budak dalam rumah tu." Adrian mengangguk.


"Team C, backup bila aku bagi amaran!" Arahnya.


Adrian dan Daniel lompat ke dalam rumah itu dengan berhati-hati. Elok sahaja mereka berdua mengangkat wajah, mereka terkedu.


"Ya Allah!" Daniel beristigfar pangjang melihat mayat-mayat yang terdampar di hadapan mata mereka.


Adrian terkedu. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah dalam masa yang sama dia hampir menjerit kerana kesemua anak-anak buahnya mati ditembak. Tepat di dada mereka. Semua mati begitu sahaja. Hampir saja dia menitiskan air matanya.


"Well well asal kau hantar anak-anak ayam tak guna ni? Tak mencabar lansung. Sekali tembak mati! Heh!" Suara ejekan seseorang menarik perhatian mereka berdua.


Wajah Harris yang memandang mereka dengan sinis dipandang tajam. Terketar-ketar tangan Adrian menahan amarah yang kian meletus.

__ADS_1


"Kau! Kau tak guna Harris!" Jerkahnya dengan lantang.


Harris ketawa sinis saat melihat wajah bengang Adrian. Lucu sungguh dia rasakan. Huh! Ini ketua mafia yang digeruni semua orang?


Daniel memerhati Harris dengan tajam. Matanya meliar sekeliling. Bibir diketap menahan amarah. Tidak sangka anak-anak buahnya mati begitu senang dalam jangka masa yang pendek.


"Mana bini aku? Mana kau sorok dia?" Soalnya dengan keras.


Tch! Ariana? Hmm, ada je dengan aku. Not bad bini kau. Cantik, seksi dan meyerlahkan! Kau tahu aku dah rasa bini kau. Sedap sangat! Patutlah kau sayang dia sangat." Sengaja dia berkata sedemikian untuk menaikkan emosi lelaki itu.


Kata-kata Harris berjaya menaikkan emosinya. Tanpa sebarang kata Adrian melepasjan tembakkan pada Harris namun Harris pantas mengelak.


Daniel terkejut. Saat Harris mengelak dari tembakkan oleh Adrian. Pergerakkan Harris sangat pantas. Jangan kata Daniel, Adrian juga terkejut melihat pergerakkan pantas Harris.


"Huh, lembab!"


Bangg


Adrian jatuh melutut.


"Adrian!"

__ADS_1


__ADS_2