Eriena Bellatrix : Fantasy World

Eriena Bellatrix : Fantasy World
Episod 4 : Aaron dan Brylee


__ADS_3

Sementara di tempat lain...


Sebuah gegaran mengguncang tempat itu. Semuanya sangat panik. Suasana jadi kecoh semua makhluk berlari-lari tanpa arah melarikan diri.


Tempat ini adalah sebuah pulau yang terlarang di dunia. Namanya adalah Red War Island. Tempat ini dijaga ketat. Ada sebuah pelindung dan penjaga yang mengurung dan menjaga agar makhluk di dalamnya tidak dapat keluar dan membuat kekacauan di dunia.


Tempat ini ditinggali banyak jenis makhluk daripada malaikat pengkhianat kepada makhluk-makhluk dunia gelap. Mereka digelar Duncan. Makhluk-makhluk ini dikurung di pulau ini sebagai hukuman bagi perbuatan mereka.


Beratus tahun telah berlalu, pulau ini kini telah berganti ke generasi ke-2. Generasi ini hidup dalam kegelapan dan kejahatan. Dari kecil mereka diajar melakukan kejahatan dan perkara yang berkaitan dunia gelap. Bagi makhluk disini, kejahatan adalah kebiasaan sehari-hari.


Mereka hidup seperti manusia biasa. Ada kedai, rumah, pasar, kota. Hanya saja disini kejahatan berleluasa. Dimana-mana pasti terasa suram dan menakutkan kerana pencahayaan yang kurang dan kegelapan dimana-mana.


Hari ini mereka mendapat sebuah kabar menggemparkan. Penjaga pulau mereka telah mati dibunuh seorang penceroboh. Badan penjaga pulau dijumpai tanpa kepala di pintu masuk pulau.


Mereka sangat ketakutan. Mereka bertanggapan itu dewi kematian yang telah diramalkan akan membawa mereka ke kegelapan dunia seperti yang telah berlaku kepada generasi pertama.


Mereka merasakan sebuah aura yang kuat. Mereka semakin ketakutan. Badan mereka menggigil. Tidak ada yang berani bergerak disaat itu, semuanya membeku.


Muncul di langit dua sosok anak kecil sekita 9 tahun. Mereka adalah 2 putera teras Duncan. Mereka mendarat di atas tanah dengan elegan. Mereka adalah anak Duncan paling berkuasa di sana. Selepas kepergian ibu ayahnya, merekalah yang menjadi pemimpin pulau Red War Island.


Mereka sangat muda dan baru berumur 10 tahun. Namun, mereka sudah mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi. Di Red War Island banyak kejahatan dilakukan. Merekalah yang menyelesaikan masalah yang ditimbulkan para Duncan.

__ADS_1


Aaron si kejam [10 tahun]



Brylee si lembut [10 tahun]



"Apa benar ini seperti yang telah diramalkan?" tanya Brylee. Kalau benar seperti yang diramalkan mereka berada dalam masalah besar.


"Mungkin" kata Aaron ringkas. Dia memandang kotanya yang kucar-kacir.


"Kalau benar itu bukankah kita harus memeriksanya?" tanya Brylee. Dia sangat risau. Semua yang berada disini masih tergolong lemah untuk berlawan.


Dia mengeluarkan sayap besar berwarna hitam dan merah darah dipunggungnya. Dia adalah anak malaikat maut dan iblis jadi dia mempunyai sayap merah darah dengan hawa membunuh yang kuat.


Brylee juga mengeluarkan sayapnya dipunggungnya. Namun berbeza dengan Aaron, Brylee mempunyai sayap putih suci dengan sedikit keemasan. Dia adalah anak seorang malaikat syurga yang telah mengkhianati syurga.


......................


Eriena kini sudah sedikit tenang dari amarahnya. Dia memandang tubuh besar makhluk itu. Sangat jelek dan gemuk.

__ADS_1


Matanya menangkap sesuatu. Dibadan makhluk itu ada sebuah buku. Eriena dengan cepat meleset mengambil buku itu.



Buku itu mengeluarkan aura gelap yang kuat. Eriena tidak tahu bagaimana namun dia pasti akan hal itu. Dia masih tidak sedar akan sekelilingnya.


Dia kemudian terlihat sebuah cahaya di belakang tubuh mati makhluk itu. Eriena pergi mendekat ke cahaya itu.


Cahaya itu datang dari sebuah pintu. Pintu itu disaluti permata putih dengan salutan emas berbentuk dua pedang bersilang diatasnya.


Eriena tanpa ragu memulas tombol pintu dan membuka pintunya. Alngkah terkejutnya dia. Dunia ini seperti neraka.


Langit berwarna merah darah, kabut tipis gelap, warna hitam dimana-dimana ditambah lagi dengan suasana sunyi dan bentuk tumbuhan disini. Semuanya benar-benar menakutkan.


"Jadi kau adalah dewi kematian yang diramalkan itu?"


Eriena tersentak kaget mendengar suara itu. Dia mencari asal suara itu. Suara itu berasal dari seorang bocah kira-kira tua setahun dariku yang duduk di atas sebuah bukit yang sedikit tinggi.


Ada seorang lagi bocah disebelahnya. Disaat mereka berdiri bersebelahan mereka terlihat sangat berbeza. Seorang seperti malaikat sementara seorang lagi seperti iblis.


"Kau tidak terlihat kuat sama sekali, lebih kepada bocah bau susu" kata bocah iblis tadi dengan nada angkuh. Dia memandang Eriena dari atas ke bawah seakan menilai Eriena.

__ADS_1


Eriena memandang iblis kecil itu dengan mata tajam. Tidak tahu diri... Tapi dia sadar tidak hanya ada mereka berdua... ada banyak bocah lainnya yang sedang bersembunyi dibalik dinding dan bangunan disana.


...◌⑅⃝●♡⋆♡LOVE♡⋆♡●⑅◌...


__ADS_2