
Akhirnya Malle dan Encik Drey sampai dirumah. Masa yang diambil dari sekolah ke rumah Malle hanya mengambil masa sekitar sejam. Setiba dirumah Malle dan Encik Drey disambut oleh Puan Hani dengan senyuman yang manis.
"Hello anak bunda, bagaimana sekolah baru mu ?". tanya puan Hani
" Okay bun. Adek ada kawan baru namanya Siska". jawab Malle.
"Baguslah kalau begitu. Sekarang adek masuk bilik pergi mandi lepas tu turun kita makan tengah hari". kata puan Hani dan dijawab dengan anggukkan oleh Malle.
Malle pun berlalu menuju ke biliknya. Sesampai dibiliknya Malle langsung meletakkan begnya ditempat yang sudah ia aturkan setelah itu Malle langsung menuju ke bilik mandi. Setelah hampir 45minit Malle keluar dari bilik mandi dengan sudah lengkap berpakaian. Sesudah itu Malle langsung turun untuk makan tengah hari bersama Encik Drey dan Puan Hani yang sedari tadi sudah menunggu Malle untuk makan. Di tengah kesunyian semasa makan tiba-tiba Encik Drey membuka suara.
" Ehh dek sebelum daddy lupa ni daddy mau cakap malam ni adek ikut daddy sama bunda makan malam dengan sahabat lama daddy yah. Nanti adek dandan yang cantik yah hihi". kata Encik Drey membuat Malle hampir tersedak.
"Okay daddyku". jawab Malle. Memang Malle anak yang tidak pernah melawan apa yang orang tuanya cakap Malle lebih banyak menurut.
Selesai makan Malle meminta izin untuk naik ke biliknya kerana ingin berehat agar tidak penat untuk ikut makan malam nanti. Sesampai dibilik Malle lansung membuang badannya ke katilnya. Tidak perlu waktu yang lama Malle sudah tertidur lena.
**********************************************
Kring kring kring
Alarm ditelefon Malle berdering menandakan jam6 petang. Malle langsung bangun dan meluru ke bilik mandi untuk mandi kerana Malle perlu bersiap untuk makan malam hari ini. Setelah hampir sejam Malle mandi ia pun keluar dari bilik mandi menuju ke almari pakaian untuk mencari baju yang sesuai untuk ia pakai. Beberapa minit kemudian, Malle pun menemukan baju yang sesuai untuk ia pakai. Lalu ia menuju ke meja make up nya dan merias wajahnya. Tidak butuh waktu yang lama Malle sudah pun siap merias wajahnya dengan sentuhan natural membuat Malle kelihatan begitu cantik dan lucu. Tidak lama kemudian terdengar suara ketukkan pintu dari arah luar bilik Malle dengan segera Malle membuka pintu biliknya.
" Wow dek, adek sangat cantik malam ni". ujar sang bunda Puan Hani yang hampir menitiskan air mata kerana begitu takjub melihat puteri bungsunya begitu menawan sekali.
"Bunda ini. Adek jadi malu". kata Malle sambil menundukkan kepalanya kerana malu.
"Sudahlah jom kita turun nanti kita lambat sampai ke sana". kata Puan Hani. Lalu Malle dan Puan Hani pun turun menemui Encik Drey yang sedari tadi menunggu mereka untuk berangkat ke lokasi makan malam.
Di sepanjang perjalanan menuju ke tempat makan malam Malle hanya duduk diam dan lebih banyak melihat keluar jendela sehingga mereka tiba ditempat makan malam Malle tetap diam kerana ia merasa gugup. Gugup kenapa Malle pun tidak pasti kerana perasaan gugup itu datang tanpa ia pinta. Akhirnya, mereka sampai di depan pintu ruang VVIP di sana mereka disambut oleh pelayan hotel dan mereka dihantar ke meja dimana sudah pun di booking oleh sahabat Encik Drey. Di meja itu sudah ada sahabat lama Encik Drey lalu mereka langsung ke sana dan menyapa mereka.
"Hei Andryo". sapa Encik Drey membuat Tuan Andryo sedikit terkejut namun ia begitu gembira dapat bertemu kembali dengan sahabat lamanya itu lalu memeluk Encik Drey dengan erat.
" Hei bro, lama tidak berjumpa ada sedikit rindu untuk mu". kata Tuan Andryo membuatkan Encik Drey ketawa terbahak- bahak.
"Eh Hani, apa khabar Han ? Aku merinduimu". kata Puan Leny yang juga merupakan sahabat Puan Hani dahulu hinggalah kini.
" Len, aku okay-okay saja". balas puan Hani dengan senyuman.
"Ini disebelahmu siapa itu Han ? Indah sekali". tanya Puan Leny seraya memandang Malle tanpa berkedip pun.
" Oh inilah puteri bungsu ku Kyssie".jawab puan Hani sambil memandang puan Leny dengan senyuman yang hanya mereka yang tahu.
Lalu Malle berjalan mendekati puan Leny kemudian Malle menyalam tangan puan Leny lalu mencium tangan wanita itu. Malle melakukan hal yang sama kepada Tuan Andryo. Hal itu membuat Tuan Andryo dan Puan Leny tersenyum penuh erti sambil melihat ke arah Malle.
"Eh bujangan mu mana Dryo ?". tanya Encik Drey sambil matanya melihat sekeliling mencari keberadaan anak sahabatnya itu.
__ADS_1
" Oh anakku lagi di bilik air. Sekejap lagi tu datanglah dia". jawab tuan Adryo
Tidak lama kemudian terdengar suara tapak kaki menuju ke arah mereka membuat mereka semua termasuk Malle menoleh ke arah suara itu dan betapa terkejutnya Malle melihat siapa yang datang mendekat itu.
"Eh abang ?". tutur Malle dengan bergetar.
Tolonglah bang jangan hensem sangat adek takut jatuh cinta wkwk. batin Malle
" Hai Kicikuu". kata Elleo sambil menepuk pelan kepala Malle.
Orang tua mereka hanya melihat mereka berdua dengan senyuman yang sangat bahagia. Sewaktu makan mereka semua makan dengan sopannya tanpa banyak bercakap. Malle duduk disebelah Elleo, ibu bapa mereka sengaja melalukan itu agar mereka lebih dekat lagi.
Gadis kecil ini ya ampun cantik sangat. batin Elleo sambil melirik ke arah Malle membuatkan Malle salah tingkah sedikit kerana Malu.
Penampilan Malle malam ini yang membuat Elleo terpukau
Penampilan Elleo pada malam ni membuat Malle tertarik.
**********************************************
"Uncle boleh saya minta izin untuk bawa si Kici ni pergi jalan-jalan sekejap ?". pinta Elleo dengan sopan.
" Oh boleh-boleh. Tapi nanti kamu tolong hantar Kyssie balik rumah yah sebelum jam12 malam yah anak muda". jawab Encik Drey dengan senyuman yang mekar dibibirnya.
"Hah Rayyan dengar itu. Hantar sebelum jam12 malam, jaga si Kyssie baik-baik.". ujar sang Papa Elleo pula Tuan Andryo.
" Okay uncle papa. Kami jalan dulu yah.". pamit Elleo dan disambut dengan anggukkan oleh para orang tua dengan senyuman yang sangat berarti.
Setelah itu Malle dan Elleo pun keluar menuju ke tempat-tempat yang ramai pengunjungnya. Ada bermacam-macam permainan yang ada di sana. Namun Malle dan Elleo tidak bermain permainan-permainan tersebut kerana mengingatkan mereka baru selesai makan. Elleo membawa Malle ke sebuah tasik yang ada berdekatan kawasan-kawasan disana.
"Wow cantiknya tasik ni". ucap Malle takjub melihat keindahan tasik yang ada di depannya kini.
" Tapi lebih cantik Kici ". kata Elleo berjaya membuat Malle tersipu malu.
" Arh abang ni. Ada-ada saja ". ujar Malle tertunduk malu membuat Elleo tersenyum dan mengusap perlahan kepala Malle.
" Abang, kenapa mama papa abang panggil abang Rayyan sedangkan di sekolah kawan-kawan panggil abang Elleo ? ". tanya Malle sambil menatap langit malam.
" Hmm, abang yang minta kawan-kawan panggil abang Elleo. Dulu mama sama papa panggil abang adek tapi abang tidak suka kerana abang tidak mahu dianggap seperti anak kecil dipanggil adek yah kan abang anak tunggal setelah itu mama sama papa tukar jadi Rayyan. Hanya mama sama papa yang panggil abang Rayyan, keluarga-keluarga yang lain panggil Elleo. ". jawab Elleo.
" Boleh adek panggil abang dengan panggilan abang Rayyan ? adek pun mahu panggil abang lain daripada kawan-kawan panggil abang. hehe ". tutur Malle sambil tersenyum manis.
__ADS_1
" Boleh. Tapi dengan syarat hanya abang yang boleh panggil adek dengan panggilan Kici yah tidak boleh orang lain ikut panggil ". jawab Elleo dan diangguk oleh Malle.
Setelah itu mereka senyap sambil menikmati pemandangan tasik itu. Keluarga Malle bukanlah sebuah keluarga yang kaya raya namun mereka masih tergolong dalam keluarga yang mampu. Lain dengan keluarga Elleo yang kaya raya di dalam negara mahupun di luar negara. Keluarga Elleo sangat terkenal di dunia bisnis kerana mereka ialah pembisnis nombor dua di dunia dengan pelbagai jenis aset yang mereka miliki serta harta yang berlimpah. Bukan itu sahaja, Elleo juga sebenarnya seorang pengusaha malah Elleo mendapat gelaran jutawan muda ketika usianya baru 17 tahun sehingga kini gelaran itu masih di sandang olehnya membuatkan Elleo menjadi pengusaha nombor 1 di dunia mengalahkan keluarganya. Sejak kecil Elleo berminat menjadi seorang pengusaha oleh sebab itu Elleo belajar dan mengembangkan bakatnya sehingga dia mampu melakukan semua itu dan mendapat gelaran jutawan muda. Elleo mempunyai beberapa syarikat di dalam negara dan ada banyak lagi di luar negara. Namun Elleo belum sepenuhnya boleh bekerja di syarikatnya kerana ia masih sekolah, jadi yang membantunya mengurus semua itu adalah orang kepercayaannya. Elleo hanya akan datang ke syarikatnya itu apabila cuti sekolah ataupun setiap hujung minggu. Kesunyian antara mereka membuatkan Malle bosan sedikit lalu Malle berdiri dan berjalan mendekati tasik. Elleo yang melihat Malle berjalan mendekati tasik menyusul dari belakang.
" Abang, pernahkah abang jatuh cinta ? ". tanya Malle dengan selamba membuat Elleo terkejut.
" Kalau jatuh cinta belum pernah tapi abang pernah suka seorang gadis. Cuma suka bukan cinta ". jawab Elleo jujur dan hanya di balas dengan anggukkan oleh Malle.
Kesunyian antara mereka terjadi kembali sehingga Elleo mengajak Malle untuk pulang kerana jam sudah menunjukan hampir jam11 malam. Lalu mereka pun berjalan menuju ke kereta Elleo dan langsung meluncur pulang ke rumah.
**********************************************
Esok paginya, Malle bangun dari tidur langsung ke bilik mandi untuk bersiap-siap ke sekolah. Hari ini merupakan hari kedua ia bersekolah. Selesai mandi dan bersiap-siap Malle turun ke bawah untuk bersarapan sebelum berangkat ke sekolah. Setelah sarapan Malle langsung di hantar ke sekolah oleh Encik Drey. Sesampai di sekolah Malle berjalan menuju ke kelasnya namun belum sampai di kelasnya Malle di hadang oleh sekumpulan lelaki yang gaya-gayanya ala gangster.
" Hai gadis manis, siapa nama kau ? ". tanya salah satu lelaki itu sambil memegang pipi Malle dengan jari telunjuknya. Hal itu dengan spontan Malle menepis tangan lelaki itu dengan kasar membuat lelaki itu marah.
" Hei budak kecil, kau berani-beraninya menepis tangan ku dengan kasar. Kau belum kenal siapa aku ". tutur lelaki itu dengan kerasnya. Belum sempat Malle bersuara tiba-tiba terdengar suara lelaki dari belakang sekumpulan lelaki tersebut membuatkan mereka semua menoleh ke arah suara itu.
" Kau yang belum kenal aku siapa b*jingan ". kata suara itu tidak lain ialah Deayyon abangnya Malle. Kebetulan hari itu Deayyon datang lebih awal ke sekolah kerana hari ini Deayyon bertugas untuk menjaga gate sekolah tidak sengaja melihat sekumpulan lelaki itu menghadang seseorang yang pada mulanya ia tidak tahu siapa yang mereka hadang tapi melalui apa yang ditutur oleh salah satu lelaki yang bertanya nama orang yang dihadang oleh mereka cukup dia tahu kalau itu Malle.
" Abang Eayyon, adek malaslah dengan diorang tu main halang-halang jalan. Adek cuma mahu masuk kelas jak pun di hadang-hadang. Isshh ". adu Malle dengan Deayyon sambil mulutnya muncung ke depan kerana kesel dengan apa yang baru terjadi tadi.
" Sana kamu bubar semua sebelum aku tulis nama kamu bagus kamu bersurai. Dasar bongok ". ujar Deayyon dengan keras menyuruh mereka bubar. Dan sekumpulan lelaki itu pun bersurai meninggalkan Malle dan Deayyon di sana.
" Dek lain kali hati-hati yah kalau berjalan. Kalau adek nampak diorang lagi cepat-cepat adek mengelak yah. Diorang tu gila-gila sikit kurang bermoral sikit ". pesan Deayyon kepada Malle. Malle hanya menganggukkan kepalanya dan berjalan menuju ke kelasnya di hantar oleh abangnya kerana takut di ganggu seperti tadi lagi.
Setiba Malle di kelasnya Malle melihat Siska sudah ada di sana. Malle mendekati Siska lalu meletakkan begnya di kerusinya dan menyapa Siska.
" Morning Ika ". sapa Malle dengan senyuman di bibirnya.
" Eh, morning Melly cantik ". balas Siska dengan senyuman juga.
" Kok Melly ? Malle kale Ika ". tutur Malle dengan cemburutnya mengundang tawa dari Siska.
" Supaya mudah untuk dipanggil. Berbelit lidah mau panggil Malle jadi panggil Melly lah. Ada lagi nama baru kau hahaha ". jawab Siska.
" Suka hati kau la Ika aku okay saja yang penting kau bahagia wkwk ". balas Malle.
Sedang mereka ketawa, mereka tidak menyadari bahawa kawan-kawan sekelas yang lain sudah pun masuk ke dalam kelas. Selang beberapa minit kemudian, masuklah guru matapelajaran pertama iaitu Ekonomi. Malle mengambil kelas yang mempunyai aliran Ekonomi kerana Malle minat yang namanya perekonomian. Guru Ekonomi kelas Malle ialah seorang guru lelaki yang baru berumur 25 tahun. Guru lelaki itu bernama Darren, ia seorang guru yang tampan dan digilai oleh pelajar perempuan Pra-U sampai-sampai mereka gelarkan Darren sebagai guru yang 'hots' kerana ia mempunyai bentuk tubuh yang sasa dan gagah.
" Morning class ". ucap Darren kepada anak-anak muridnya.
" Morning sir ". jawab murid-murid serentak.
Setelah itu, Darren langsung mengajar muridnya. Malle serta rakan sekelasnya memberikan sepenuhnya perhatian sepanjang Darren mengajar. Malle merupakan murid yang suka bertanya jikalau dia tidak faham akan satu perkara oleh sebab itu Malle sering bertanya kepada guru-guru yang mengajar. Sampai waktu 30 minit sebelum matapelajaran pertama tamat, Darren memberikan latihan berbentuk ujian kepada murid-muridnya tentang apa yang mereka pelajari tadi. Sepanjang mereka menjalankan latihan yang diberikan, Darren akan berputar-putar mengelilingi pelajarnya untuk meninjau kerja mereka dan memastikan mereka tidak merujuk buku teks. Sampai Darren berada di depan meja Malle ia tertarik untuk melihat Malle dari jarak yang dekat. Lama ia memerhati Malle sehingga membuat Malle merasa tidak selesa dan tidak lama kemudian loceng berbunyi menandakan waktu matapelajaran pertama telah tamat. Dengan itu Darren langsung meminta muridnya untuk mengumpulkan kertas latihan yang ia berikan, hal itu membuat Malle menarik nafas lega dan akhirnya Darren keluar meninggalkan kelas Malle.
__ADS_1