Kau Untuk Ku

Kau Untuk Ku
Tinggal Asrama


__ADS_3

Selesai matapelajaran pertama, guru matapelajaran kedua masuk. Seperti biasa ketika guru sedang mengajar Malle dan rakan-rakannya akan memberikan sepenuhnya perhatian terhadap pembelajaran sehingga masa untuk matapelajaran itu tamat. Dan guru matapelajaran itu memberitahu murid-muridnya bahawa minggu hadapan beliau akan memberikan mereka latihan berbentuk ujian jadi mereka perlu ulangkaji untuk itu. Sekarang merupakan waktu rehat, Malle bercadang ingin berbincang dengan abang dan kakak nya iaitu Deayyon dan Keylla. Lalu Malle meminta Siska untuk menemankan Malle untuk bertemu abang dan kakaknya.


"Ika kasih kawan saya jumpa abang sama kakak saya". pinta Malle kepada Siska dan dijawab anggukkan kepala oleh Siska.


Mereka pun berjalan menuju ke kelas khas untuk Pra-U. Setiba mereka di depan kelas Deayyon, mereka mendapati bahawa masih ada guru di dalamnya, jadi mereka membuat keputusan untuk menunggu di pondok Pra-U. Tidak lama kemudian guru yang mengajar di kelas Deayyon keluar dari kelas, setelah itu tampaklah Deayyon and the geng keluar kelas berjalan menuju ke arah mereka. Sesampai mereka di pondok Pra-U Malle lansung menyuruh Deayyon untuk menghubungi Keylla kerana ada yang ingin Malle beritahu mereka.


" Abang Eayyon, telefon kakak Keylla suruh pigi sini malas adek mau pigi kelas dia ". ujar Malle kepada Deayyon. Dengan pantas Deayyon langsung menghubungi Keylla.


Deayyon: "Key.. sini kau pondok Pra-U tu anak kucing mau jumpa ada dia mau cakap bilang kunun."


Keylla: "Okayy.. okayy bang. Cakap tempat tu anak kucing tunggu 5saat. hahaha".


Tidak lama setelah itu Keylla pun muncul bersama sahabatnya Dessy.


"Hah apa yang kau mau cakap dek ? ". Tutur Keylla sesampai sahaja ia ke tempat mereka berkumpul sedari tadi.


" Begini abang kakak, adek rasa adek mau tinggal asramalah. Adek tidak mau susahkan daddy hantar adek pergi sekolah hari-hari. Kesian daddy mesti daddy penat sudahlah daddy tu berumur sudah. Boleh yah abang kakak ". Ujar Malle kepada Deayyon dan Keylla.


Deayyon dan Keylla saling berpandangan dan menghembus nafas dengan berat.


" Dek, abang dan kakak bukan tidak mahu adek tinggal di asrama tapi... ". Belum selesai Deayyon berkata Elleo menepuk pelan bahu Deayyon membuatkan Deayyon berpaling ke arah belakang melihat Elleo. Elleo memandang Deayyon dengan pandangan hanya mereka yang tahu. Setelah itu Elleo beralih memandang ke arah Keylla dan tersenyum membuat Keylla faham erti senyuman itu dan mahu tidak mahu Deayyon dan Keylla pun setuju dengan Malle untuk Malle tinggal di asrama.


" Okay dek, adek boleh tinggal di asrama tapi ada syaratnya yah dan adek tidak boleh membantah apapun itu syaratnya ". Ujar Keylla dengan berat.


" Dan bila adek rancang mau tinggal di asrama ? ". Tanya Deayyon kepada Malle.


" Okay kakakku. Hmm minggu depan bang. Adek mahu isi borang dulu minggu ni dan hantar tempat penyelia asrama ". Jawab Malle dan hanya anggukkan kepala yang di jawab oleh Deayyon dan Keylla.


"Yeayy... Adek cantik tinggal asrama kan nanti, bolehlah abang Alvin tengok adek hari-hari haaha ". pekik Alvin dengan girangnya dan ia memegang tangan Malle dengan erat membuat Deayyon sedikit marah.


" Hei bro ! jangan kau pegang-pegang tangan adek ku. Aku patahkan tangan kau sana ". kata Deayyon sedikit mengancam Alvin membuat Alvin melepaskan tangannya dan menggaru kepalanya yang tidak gatal mengundang tawa yang lain tapi tidak untuk satu orang itu. Ia memandang Alvin dengan tatapan yang mendalam namun tatapan itu tidak lama apabila bahunya di tepuk oleh Andyson dengan senyuman menenangkan orang itu.


Tring tring tring


Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. Mereka pun bersurai menuju ke kelas masing-masing namun tidak dengan Malle ia masih di sana kerana sebelum ia berdiri Elleo memintanya untuk tunggu sebentar kerana ada yang ingin dia bicarakan kepada Malle.


" Kenapa abang ? ". tanya Malle setelah yang lain sudah kembali ke kelas masing-masing.


" Abang boleh minta nombor whatsapp Kici kah ? ". jawab Elleo sambil menatap Malle.


" Oh boleh ". kata Malle.


Setelah itu, Elleo memberikan telefonnya kepada Malle untuk Malle tulis nombor whatsappnya. Sesudah itu, Malle pamit untuk balik ke kelasnya kerana sebentar lagi guru matapelajaran selepas rehat akan masuk. Dan benar sahaja selang beberapa minit setelah Malle sampai ke kelas guru itu masuk dan mengajar. Keadaan begitu sehingga waktu persekolahan habis.


**********************************************


Sesampai di rumah Malle terus masuk ke biliknya untuk mandi dan bersiap untuk makan tengahhari. Tidak memerlukan masa yang lama Malle telah pun siap dengan pakaian yang lengkap Malle turun ke bawah sambil membawa borang asramanya kerana ia mahu meminta tandatangan daddynya untuk pengesahan. Suasana makan tengahhari amat sunyi kerana semuanya fokus untuk makan sehingga Malle membuka suara memecahkan kesunyian.


" Dad, bun, adek mahu tinggal asrama. Adek tidak mahu susahkan daddy hari-hari hantar adek pergi sekolah. Adek takut daddy kepenatan hari-hari hantar dan ambil adek di sekolah ". kata Malle sambil memandang Encik Drey dan Puan Hani.


Encik Drey dan Puan Hani berpandangan dan menghela nafas. Bukan mereka tidak mahu Malle tinggal di asrama tapi mereka takut akan satu hal. Mereka tahu itu tidak boleh di elak jikalau Malle tinggal di asrama.


" Kyssie, daddy bukan tidak mahu benarkan adek tinggal di asrama tapi... ". belum sempat Encik Drey menghabiskan katanya sudah dipotong oleh Malle.


" Tapi abang kan ? itu daddy jangan risau. Adek sudah bincang dengan abang di sekolah tadi dan abang sudah izinkan adek tinggal di asrama tapi ada syaratnya hehe ". potong Malle membuat Puan Hani dan Encik Drey berpandangan.


" Baiklah kalau begitu sudah daddy akan benarkan adek tinggal di asrama. Bila adek rancang mau masuk asrama ? ". kata Encik Drey yang akhirnya membenarkan Malle.


" Hari ahad ni adek boleh sudah masuk asrama kalau adek hantar borang asrama awal. Tapi adek perlukan tandatangan daddy untuk pengesahan ". balas Malle sambil menghulurkan borang asrama itu kepada daddynya.

__ADS_1


" Okay kita makan dulu nanti daddy tandatangan yah dek ". jawab Encik Drey dan dianggukkan kepala oleh Malle.


Puan Hani yang sedari tadi hanya senyum dan agak risau akan satu hal. Namun jika anak lelakinya sudah membenarkan adeknya masuk asrama pasti akan baik-baik sahaja. Lalu mereka melanjutkan makan tengah hari mereka yang terjeda sekejap tadi. Seusai makan tengah hari Malle membantu bundanya untuk mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk. Setelah itu Malle meminta izin untuk masuk ke biliknya untuk belajar. Setiba di bilik tiba-tiba telefon Malle berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Malle pun mengambil telefonnya untuk melihat siapa yang mesej Malle. Setelah membuka telefonnya betapa terkejutnya Malle kerana yang mesej Malle adalah Elleo.


💌+6013*******: Hai Kici ini abang Rayyan. Di save yah nombor abang. 😊


Malle pun menyimpan nombor Elleo dengan meletakkan nama sebagai 'Abang Tampanku'. Dan Malle pun membalas mesej Elleo.


💌Gadis Kecilku: Okayy abang Rayyan.


Elleo yang mendapat mesej balasan dari Malle itu tersenyum dan Elleo mula menaip sesuatu.


💌Abang Tampanku: Kici lagi buat apa ? Sudah makan ?


Malle yang mendapat mesej sedemikian dari Elleo merasa senang dan ia pun membalas mesej Elleo.


💌Gadis Kecilku: Kici lagi berehat sekejap sebab kejap lagi Kici mahu belajar dan Kici sudah makan. Macam mana dengan abang ?


Elleo yang malas menaip langsung menelefon Malle membuat Malle agak gugup untuk menyambut panggilan telefon Elleo.


Elleo: Hallo Cantik haha.


Malle: Hallo abang hihi. Abang sudah makan ?


Elleo: Sudah Kici. Kici nanti mahu belajar apa ?


Malle: Nanti Kici mahu belajar addmath bang.


Elleo: Oh, Kici ambil aliran apa ?


Malle: Kici ambil aliran Ekonomi. Sebab Kici minat perekonomian hihi.


Elleo: Abang juga ambil ekonomi.


Terlalu lama mereka berborak dalam telefon sehingga tidak menyadari jam sudah menunjukkan jam5 petang.


Malle: Ehh bang sekarang sudah jam5 Kici mahu belajar kejap takut nanti tidak siap kerja Kici.


Elleo: Oh okay Kici. Semangat yah nanti abang call lagi. Bye bye


Sesudah mereka menamatkan panggilan, Malle lansung membuka buku addmath untuk ia ulang kaji sedikit agar dia tidak lupa sedikit sebanyak apa yang Malle pelajari. Setelah itu, Malle langsung mandi dan bersiap untuk membantu Puan Hani di dapur membuat makan malam.


**********************************************


Di tempat lain iaitu di asrama Elleo yang baru sahaja selesai bertelefon dengan Malle tersenyum lebar. Senyumannya mengandung penuh erti yang mendalam sehingga senyuman itu di tangkap oleh seseorang yang tidak lain adalah Deayyon.


"Senyuman tidak mampu menipu kalau kau sekarang sedang jatuh cinta dengan seseorang. Betul kan ?". tutur Deayyon sambil menepuk pelan bahu Elleo.


" Dia buat aku mabuk bro hahaha ". balas Elleo dengan tertawa.


" Aku risau Leo ". kata Deayyon seraya menghela nafasnya dengan berat.


" Jangan risau Yon. Yakinlah ". Elleo memberi semangat kepada Deayyon sambil mengusap bahu sahabatnya itu untuk tetap yakin.


Deayyon memandang Elleo dan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Sesudah itu, Elleo dan Deayyon turun ke bilik belajar untuk belajar bersama sahabat-sahabatnya yang lain. Sesampai mereka di bilik belajar Elleo dan Deayyon melihat sahabat-sahabatnya bukan belajar malah bergurau senda.


" Hmm tahun ni kita last year di sini. Banyaknya kenangan kita cipta di sini. Huh, pasti akan merindui suasan begini nanti ". ujar Andyson sambil melihat sekeliling.


" Sebelum kita angkat kaki dari tempat ni mari kita cipta banyak kenangan bersama lagi sebab semuanya tidak akan bisa terulang kembali ". Alvin pula berkata.

__ADS_1


" Okay mari ". sahut Elleo , Deayyon , dan Andyson serentak.


" Ehh Yon, bolehkah kalau aku minta izin untuk dekat dengan adek kau hihi ". ujar Alvin membuatkan Elleo, Deayyon, dan Andyson saling berpandangan antara satu sama yang lain. Deayyon membuang nafas berat dan berkata.


" Sorry bro aku tidak boleh izinkan kerana daddy sama bunda tidak mahu adek ku fikir pasal cinta dulu sebelum Malle habis sekolah. Lagipun Malle sudah di tanda oleh seseorang dari Malle masih bayi dan akan ada suatu masa mereka akan kembali untuk menjadikan Malle menantu mereka ". balas Deayyon dengan lembut membuatkan Alvin tertunduk kecewa sedikit. Namun jawapan Alvin membuat mereka terkejut.


" Its okay bro. Aku akan berusaha rebut Malle dari orang itu. Lagipun Malle belum berjumpa dengan orang itu kan ? ". jawab Alvin yakin. Jawapan itu membuatkan seseorang itu marah dan ingin menumbuk muka Alvin kerana sudah berani berkata begitu. Namun orang itu bertenang kerana dia tahu bahawa Malle untuknya cuma waktu yang belum sesuai untuk ia katakan kepada Malle.


" Jangan pernah kau mencoba itu Vin. Nanti kau sendiri yang menyesal. Aku sudah pernah cakap tempat kau ini arh. Nanti kalau kau sudah tau jangan pernah salahkan aku dengan berkata aku tidak memberitahu kau ". pesan Deayyon kepada Alvin.


Sesudah berkata demikian, Deayyon dan yang lain duduk di kursi untuk belajar. Deayyon menghela nafasnya kerana perkara yang dia takut akan terjadi. Sebenarnya Deayyon tidak masalah Alvin mahu dekat dengan Malle kalau saja Malle belum di miliki. Namun Malle sudah di tandai oleh seseorang membuatkan Deayyon bertanggungjawab sebagai abang untuk menjaga adeknya dari lelaki lain kecuali lelaki yang sudah menandai Malle sejak bayi. Deayyon juga kenal siapa lelaki itu dan ia amat mempercayai lelaki tersebut boleh membahagiakan Malle kerana Deayyon tahu luar dalam lelaki itu kerana mereka sering bercerita dan saling curhat.


Di sisi orang itu, ia memandang kertas kosong di hadapannya. Kertas yang masih bersih dan putih itu bagai melambangkan suasana fikirannya saat ini.


" Aku tidak akan biarkan sesiapa merebutmu dariku gadisku kerana kau untuk ku ". batin orang itu sambil mengenggam tangannya kerana kesal dengan apa yang ia dengar tadi sehingga ia di kejutkan dengan satu suara.


" Bersabarlah. Dia hanya untuk mu seorang dan tetap untuk mu. Percaya itu ". ucap suara itu berhasil membuat lelaki itu tersenyum dan tenang.


Di suatu tempat lain pula, Keylla nampak gelisah dengan keputusan Malle untuk tinggal di asrama sehingga Keylla di tegur oleh sahabatnya Dessy.


" Key, aku yakin kau boleh jaga Malle daripada lelaki-lelaki di sekolah ini hingga waktu yang tepat. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi semuanya akan selesai ". kata Dessy memberi semangat untuk Keylla kerana Dessy tahu apa yang difikirkan oleh Keylla.


" Des, aku takut nanti Malle jatuh cinta dengan seseorang selain orang itu. Kitakan tahu cinta datang dengan tiba-tiba tanpa kita minta. Aku takut tidak berjaya melindungi Malle untuk orang itu ". luah Keylla pada Dessy.


" Key, Malle tu sudah aku anggap seperti adik aku sendiri. Kau tahukan kalau aku anak tunggal. Jadi Malle juga adek aku. Aku akan tolong kamu jaga Malle daripada lelaki-lelaki di luar sana agar Malle tetap untuk orang itu. Aku tahu kita mampu lakukan ". kata Dessy membuat Keylla terharu lalu memeluk Dessy.


" Thanks Des, you are the best ". ucap Keylla dengan senyuman dibibirnya. Dessy hanya membalas dengan anggukkan kepala.


**********************************************


Di rumah, Malle yang baru siap makan malam dan sudah membereskan semua kerjaan di dapur menuju ke tangga untuk naik masuk ke biliknya. Sedangkan Puan Hani dan Encik Drey menuju ke ruang santai untuk berbincang tentang keputusan Malle.


" Dad, bunda risaulah nanti Kyssie masuk asrama dan jumpa ramai lelaki di sana dan jatuh cinta. Macam mana dad ? ". luah puan Hani kerana risau.


" Bun, dad juga takut tapi kalau Eayyon sudah memberi izin bermakna semuanya akan okay. Kita harus yakin dengan Eayyon dan Eylla. Mereka pasti akan bantu kita untuk menjaga Malle. Lagipula, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi semuanya akan selesai ". Ujar Encik Drey meyakinkan Puan Hani yang bersusah hati.


Hampir sejam mereka di ruang santai, Puan Hani dan Encik Drey berjalan menuju ke bilik tidur mereka untuk berehat. Sebelum tidur Encik Drey meluangkan sedikit masa untuk menandatangan borang asrama Malle.


Di rumah yang sama namun bilik yang berbeza terlihat Malle sedang mengulangkaji pelajaran. Itu merupakan rutin harian Malle yang wajib ia lakukan. Sepenat apapun Malle jikalau malam sebelum tidur ia akan mengambil kesempatan untuk belajar agar Malle boleh ingat sedikit pun boleh jadi. Dengan fokusnya Malle belajar tiba-tiba telefon Malle yang sedari tadi senyap berdering menandakan ada mesej yang masuk.


💌Abang Tampanku: Selamat malam Kici.


Malle yang mendapat mesej dari Elleo langsung menutup bukunya dan berlari ke arah katilnya lalu menghempaskan badannya di tilam. Setelah itu Malle lansung membalas pesanan dari Elleo.


💌Gadis Kecilku: Selamat malam juga abang. Kenapa ?


Telefon Elleo bergetar menandakan mesej masuk dan dengan segera ia melihat mesej itu namun bukan di balasnya melainkan Elleo menghubungi Malle langsung.


Elleo: Hello cantik.


Malle: Hallow abang. Ada apa call malam-malam haha.


Elleo: Tiada sengaja jak abang mau dengar suara Kici.


Malle: Dihh mengarutlah abang ni khkhkh.


Perbualan mereka berlanjut sehingga jam menunjukkan jam1 pagi. Terlebih gembira sampai tidak sedar bahawa sudah begitu lama mereka berbual dalam telefon.


Elleo: Ci, bagus Kici tidur sekarang nanti lambat bangun pergi sekolah. Sekarang ni jam1 sudah. Nanti kita berbual lagi esok yah.

__ADS_1


Malle: Okay abang, good night.


Sesudah itu Malle langsung tidur begitu juga dengan Elleo. Namun sebelum tidur mereka akan berdoa dahulu. Tidak lama kemudian Malle sudah pun terlena dalam tidur, berbanding dengan Elleo ia masih berfikir tentang Malle. Oleh kerana terlalu lama berfikir akhirnya Elleo tewas lalu tertidur.


__ADS_2