
Hari berganti hari, malam berganti malam tidak sadar bahwa hari ini merupakan hari ahad dan waktunya Malle untuk masuk asrama.
"Dek, lengkap sudah semua keperluan adek untuk tinggal di asrama ? ". tanya Puan Hani kepada Malle yang sedang sibuk mengatur koper dan barang-barangnya.
" Sudah lengkap bun ". jawab Malle
" Dek, sudah siap packing. Kita kena bertolak sekarang takut lambat pergi gereja ". ujar Encik Drey yang sedari tadi sudah menunggu Malle di depan pintu bilik Malle.
" Okay dad, adek siap sudah ni tinggal mahu angkat masuk kereta lagi ". balas Malle.
Setelah itu, Malle pun mengangkat koper dan barang-barangnya yang lain untuk dimasukkan ke dalam mobil. Selesai melakukan semua itu, mereka pun bertolak menghantar Malle ke asrama. Setelah hampir sejam menempuh perjalanan ke asrama, akhirnya mereka tiba di asrama. Malle langsung menghubungi Keylla dan Deayyon memberitahu bahawa ia sudah sampai di asrama. Beberapa minit kemudian, tampaklah Keylla dan sahabatnya serta Deayyon and the geng.
" Welcome to the hostel Malle ". ucap Alvin sebaik sahaja mereka tiba di depan Malle. Malle hanya menangapinya dengan senyuman.
" Hello aunty, uncle ". sapa Andyson dan Elleo bersamaan. Encik Drey dan Puan Hani hanya menganggukkan kepala sambil senyum yang manis.
" Dek, kau sudah tahu kau masuk dorm berapa ? ". tanya Deayyon sambil mengelus lembut kepala Malle.
" Adek satu dorm sama kakak Eylla. Bilang tu penyelia asrama adik-beradik harus satu dorm ". jawab Malle dengan lembut.
Jawapan Malle membuat semua menarik nafas lega kerana Malle pasti akan terkawal dengan adanya Keylla bersamanya. Mereka bukan tidak yakin dengan Malle untuk menjaga jarak dengan lelaki-lelaki di asrama tapi mereka takut Malle akan terpengaruh dengan rakan sedormnya. Yah merekakan tidak tahu sifat-sifat penghuni asrama yang lain.
" Okay dek, sini kakak tolong angkat barang adek masuk dorm ". kata Keylla
" Baiklah kak ". jawab Malle.
Setelah itu, Malle pun berpamitan dengan Encik Drey dan Puan Hani. Mereka berpelukkan dan saling mengucap kata sayang. Selesai berpamitan Encik Drey dan Puan Hani pun berangkat pulang kerana sebentar lagi mereka akan ke gereja untuk sembayang. Deayyon and the geng pun pamit untuk balik ke asrama lelaki tapi tidak dengan Elleo. Ia berdiri dihadapan Malle lalu menundukkan kepalanya agar bisa sejajar dengan ketinggian Malle lalu Elleo mengalihkan kepalanya ke telinga Malle lalu berbisik.
" Ci, tolong jaga hati Kici untuk abang yah ". kata Elleo dengan sangat lembut membuatkan Malle berdebar lalu memandang Elleo dan tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya. Seketika itu, Malle baru tersedar bahawa ia menganggukkan kepalanya mengiyakan permintaan Elleo tertunduk malu menyebabkan Elleo tertawa dan berlalu pergi untuk kembali ke asrama lelaki.
" Dek, jom naik dorm ". pelawa Keylla yang dari tadi berdiri di belakang Malle dan Malle pun mengikut Keylla untuk naik ke dormnya.
Setiba Malle di dormnya, ramai pelajar yang datang ke dorm mereka hanya untuk melihat Malle. Ramai yang memuji Malle cantik seperti Keylla, ada juga yang memandang Malle dengan pandangan tidak suka. Hailah, baru hari pertama di asrama sudah ada yang tidak suka.
" Keylla, ni kah adek kau ? ". tanya salah satu ahli dorm mereka yang bernama Nana.
" Iya Na. Inilah satu-satunya adek saya yang paling manja hahaha ". jawab Keylla dengan tawa.
" Hai, saya Nana ketua dorm ini ". kata Nana memperkenalkan dirinya pada Malle.
" Saya Malle adek Keylla ". jawab Malle dengan senyuman.
Dengan itu, Malle memperkenalkan dirinya kepada semua ahli dormnya mahupun bukan ahli dormnya yang datang tak diundang itu. Malle bukanlah orang yang sombong malah Malle senang untuk diajak berkawan. Selesai memperkenalkan diri, Malle pun duduk diatas katilnya yang sudah pun disiapkan oleh Keylla. Malle dan Keylla bersebelahan kerana Keylla tidak mahu Malle jauh darinya manakala almari pakaian pula mereka berkongsi agar mudah untuk mereka menjaga barang mereka bersama.
" Dek, kakak mahu mandi dulu kejap lagi kita turun ke Pekan untuk membeli makanan sebab biasanya makanan asrama kalau hari ahad tidak sedap wkwkwk ". ujar Keylla sambil berjalan menuju ke bilik mandi yang ada didalam dorm.
Sementara menunggu Keylla siap mandi, Malle mengambil kesempatan itu untuk mengemas pakaiannya ke dalam almari. Setelah siap mengemas, Malle pun duduk kembali di katilnya dan mengambil handphonenya. Semasa mengambil telefonnya tiba-tiba ada sebuah mesej masuk. Mesej itu daripada nombor yang tidak dikenalinya.
π+6019*******: Hai Malle.
Malle mengerut keningnya kerana ia tidak tahu siapa pemilik nombor itu.
πMalle: Siapa ?
__ADS_1
Alvin tersenyum melihat balasan mesej dari Malle. Yah orang yang menghantar mesej itu ialah Alvin.
π+6019*******: Ini abang Alvin Malle. Di save yah nombor abang π.
Setelah melihat mesej balasan dari Alvin, Malle hanya menyimpan nombor Alvin dengan nama 'Abang Alvin '. Sesudah itu Malle tidak membalas lagi mesej dari Alvin.
Hampir sejam dalam bilik mandi, akhirnya Keylla keluar untuk bersiap-siap. Beberapa minit setelah itu, Keylla sudah pun selesai bersiap dan sudah rapih begitu juga dengan Dessy. Malle yang dari tadi menunggu mereka bersiap mengambil beg kecilnya untuk di pakai dan dibawa ke pekan. Mereka dengan segera berjalan turun dari dorm menuju ke gate dimana disana sudah ada Deayyon and the geng yang dari tadi menunggu kedatangan mereka.
" Punya lama kami tunggu kamu siap ". Kata Andyson kerana terlalu lama menunggu para gadis bersiap. Ketiga gadis itu hanya tersengih kerana apa yang dikatakan oleh Andyson itu ada benarnya juga.
Mereka ke pekan harus menumpang dari kereta-kerata yang biasanya akan datang dan menunggu di gate sekolah. Sepanjang menunggu kenderaan yang datang, Malle merasa sedikit tidak selesa kerana terus menerus diperhatikan oleh Alvin. Malle langsung berpindah ke tengah antara Deayyon dan Elleo membuatkan Deayyon aneh dengan Malle.
" Kenapa ? ". tanya Deayyon sambil menatap muka Malle yang sepertinya kurang selesa.
" Adek tidak selesalah abang Alvin dari tadi tengok-tengok adek ". bisik Malle agar tidak terdengar oleh Alvin namun masih didengari oleh Elleo membuat Elleo melirik ke Alvin.
Deayyon hanya mengusap kepala Malle dengan lembut memberikan keselesaan kepada Malle. Deayyon tidak boleh menghalang Alvin untuk menatap Malle kerana itu adalah mata Alvin. Deayyon memandang Elleo dan tersenyum seolah-olah memberitahu sesuatu namun hanya mereka yang mengetahuinya. Tidak lama kemudian, datanglah sebuah kereta tumpangan yang akan membawa mereka ke pekan.
Tidak memerlukan masa yang lama mereka semua pun tiba di pekan. Perjalanan dari asrama ke pekan hanya mengambil masa kira-kira 5minit sahaja. Sesampai mereka di pekan, mereka langsung mencari tempat untuk bersarapan. Selesai sarapan, mereka akan berjalan-jalan mengelilingi pekan sambil melihat jualan-jualan yang ada. Suasana di pekan amat sesak kerana ramai orang yang datang.
" Ci, jalan sebelah abang yah takut Kici hilang hahaha ". gurau Elleo yang berjalan di sebelah Malle.
" Kici bukan budak kecillah abang ". balas Malle dengan tawa kecil.
" Bro tolong jaga adik aku kejap yah. Aku mahu pergi sana kedai fotostat dulu mahu print sesuatu ". pesan Deayyon kepada Elleo.
" Aku juga mahu pergi sana kedai buku dengan Dessy. Kau bawalah dulu c Kyssie jalan-jalan keliling pekan yah nanti kita jumpa jam12 di tempat biasa ". kata Keylla juga memberikan tanggungjawab kepada Elleo untuk menjaga Malle.
Kini hanya tinggal Elleo dan Malle berdua. Andyson dan Alvin seperti biasa kalau sudah turun ke pekan pasti akan ke cyber untuk bermain game dan akan keluar kalau jam balik asrama. Elleo membawa Malle jalan-jalan dan membeli makanan untuk dimakan nanti waktu makan siang diasrama.
**********************************************
Tring tring tring
Loceng diasrama berbunyi menandakan waktu untuk rollcall. Kebiasaan diasrama setiap hari ahad akan ada rollcall untuk mengambil kehadiran dan memberi infomasi. Mendengar bunyi loceng, semua pelajar yang ada di asrama turun ke bilik belajar untuk berkumpul. Rollcall untuk aspura dan aspuri tidak sama tempat kecuali pada masa-masa tertentu. Setelah semua pelajar sudah berkumpul, seorang pelajar senior memberi kata pembuka.
" Selamat petang semua, kamu mesti sudah kenal dengan saya kan ?. Kecuali yang baru masuk, nama saya Bella Aprillia. Saya sebagai ketua aspuri. Kalau kamu ada apa-apa masalah di asrama bolehlah berjumpa dengan saya ". ucap Bella.
" Haish ketua aspurilah pula dia hmm ". batin Malle sambil melihat ke arah Bella.
" Hari ini kita banyak menerima kawan baru. Sama seperti yang lain, kita minta mereka datang ke depan dan memperkenalkan diri. Harus nama penuh yah ". kata Bella lagi.
Malle dan yang baru masuk asrama pun pergi ke depan dan memperkenalkan diri mereka sampai giliran kepada giliran Malle.
" Hai semua, nama saya Malle De Kyss Grey. Saya adik kepada Meggan De Keylla Grey dan Dwayne De Deayyon Grey. Sekian dan terima kasih ". ucap Malle memperkenalkan dirinya.
" Malle De Kyss huh gadis kecil ". tutur Bella dengan sinisnya. Namun Malle tidak perdulikan itu. Malle hanya menganggapnya sebagai angin berlalu dan kembali ke tempatnya semula.
" Okay bagi informasi saya serahkan kepada setiausaha aspuri bagi untuk memberitahu informasi terkini ". ucap Bella lagi.
" Petang semua, Saya Meggan De Keylla kakaknya Malle De Kyss. Saya sebagai setiausaha aspuri. Untuk info semua nanti pada minggu esok hari jumaat sampai ahad kita akan ada orientasi asrama. Semua pelajar wajib ikut tiada yang terkecuali. Kecuali ada emergency kamu akan di benarkan untuk tidak ikut orientasi. Untuk update seterusnya nanti saya nyatakan di papan kenyataan ". ucap Keylla dengan tegasnya.
Setelah beberapa minit, rollcall pun tamat hanya tinggal mengambil kehadiran setiap dorm untuk di hantar kepada warden.
__ADS_1
Waktu berlalu dengan cepat, sekarang Malle sedang bersiap untuk ke sekolah. Malle memang biasanya bangun awal kerana sebelum ke sekolah ia pasti mengulangkaji sedikit. Berhubung hari ini guru matapelajaran addmath mengadakan latihan ujian kepada mereka. Jadi Malle membuka buku addmath dan belajar sehingga jam menunjukkan jam6 pagi, Malle pun naik ke dormnya untuk bersiap ke sekolah. Malle keluar dari asrama pada jam6:10. Sebelum masuk ke kelas, Malle ke kantin dahulu untuk membeli sarapan. Kebetulan Elleo juga berada di kantin lalu Elleo menegur Malle.
" Morning Ci ". ucap Elleo dengan senyuman yang manis.
" Eh, morning abang ". balas Malle tersenyum tidak kalah manisnya.
" Kenapa alone ? mana Keylla ? ". tanya Elleo kerana melihat Malle sendiri dan tiada Keylla bersamanya.
" Oh, Kici cuma mahu datang awal ke sekolah. Kakak masih bersiap semasa Kici jalan. Its okay lah, bukan jauh pun Kici boleh sendiri dan Kici boleh jaga diri dan hati Kici ". jawab Malle memandang Elleo dengan senyuman. Setelah itu, Malle berlalu meninggalkan Elleo untuk pergi ke kelas.
Elleo mendengar jawapan Malle membuatkan hatinya bergetar. Elleo memegang dadanya merasakan getaran hatinya sambil tersenyum lebar sehingga ia tidak sedar bahawa Deayyon sudah pun berada di sampingnya. Deayyon melihat Elleo seperti orang yang tidak waras kerana senyum-senyum sendiri sambil memegang dadanya. Deayyon langsung menepuk bahu Elleo dengan sedikit keras untuk menyadarkan Elleo. Tepukan itu membuat Elleo terkejut lalu melihat di sampingnya dan tertawa bahagia sambil berkata.
" Kalau hari-hari begini aku boleh gila bro hahahaha ". ujar Elleo masih tertawa.
" Gila kenapa ? ". tanya Deayyon kepada Elleo.
" Pujaan hati ". balas Elleo sambil berjalan menuju ke kelas mereka.
" Hati-hati bro hahahaha ". kata Deayyon sambil menepuk-nepuk bahu Elleo. Elleo yang mendengar itu langsung ketawa dengan keras.
Dan akhirnya mereka berdua tiba di kelas masih dengan gelak ketawa dan gurau-gurauan. Namun semua itu terhenti apabila Bella menegur mereka.
" Pagi Leo, pagi Yon ". sapa Bella dengan senyuman gediknya membuat Elleo dan Deayyon merinding geli.
" Pagi ". balas Elleo dan Deayyon serentak. Setelah itu mereka pun pergi ke tempat duduk mereka sebelum drama pagi terjadi haha.
Bella sebenarnya sudah lama menyukai Elleo namun Elleo tidak pernah mahu perduli akan hal itu. Sudah berkali-kalo Bella luahkan perasaannya kepada Elleo tapi Elleo tidak melayan itu. Elleo sudah pernah memberitahu kepada Bella bahawa ia tidak ada perasaan kepada Bella namun Bella tetap mengejarnya. Elleo tidak pernah memberi harapan serta ruang untuk Bella kerana Elleo tahu jikalau ia tidak akan pernah punya perasaan terhadap Bella.
" Bro, kesian juga aku tengok si Bella tu. Tidak pandai putus asa ". kata Andyson yang baru sahaja sampai.
" Macam mana lagi. Soal hati susah mahu cakap. Kalau aku bagi dia peluang bukan bahagia yang dia dapat tapi sakit hati. Hati tidak boleh dipaksa bro. Hati ini hanya satu dan ini untuk si dia ". jawab Elleo sambil memegang dadanya.
" Aku faham bro. Kita semua sama mencintai hanya satu wanita tidak ada yang lain. Bersama kita perjuangkan mereka sampai mereka menjadi milik kita seutuhnya ". sela Deayyon. Diangguk oleh Elleo dan Andyson.
" Guys aku rasa aku sudah jumpa tulang rusuk aku ". kata Alvin tiba-tiba membuat mereka terkejut.
" Siapa ? ". tanya Elleo
" Malle ". jawab Alvin dengan serius. Lagi-lagi membuat mereka terkejut tapi tidak dengan Deayyon ia berasa marah namun ia tahan.
" Vin, aku tahu kau lelaki yang baik. Tapi maaf aku tidak akan izinkan kau dekati Malle. Ada sebab tertentu kenapa aku tidak benarkan kau ambil perhatian Malle ". kata Deayyon dengan tegas.
" Tidak bro. Apapun alasannya aku akan tetap berusaha untuk dapatkan Malle. Sehingga Malle sendiri yang bilang kalau dia tidak menerima aku ". kata Alvin tidak kalah tegas.
Deayyon tidak tahu harus cakap apa lagi untuk menghalang Alvin. Deayyon berdiri dan keluar dari kelas menuju ke tempat mereka selalu lepak diikuti oleh Elleo dari belakang.
" Perkara yang aku takut terjadi Leo. Tapi kenapa harus sahabat kita ? Kalau orang lain kali aku boleh ancam dia macam-macam tapi ini sahabat kita Leo ". luah Deayyon sambil menghela nafas kasar.
" Yon, kita biarkan dulu Alvin begitu nanti tiba masanya kita jujur dengan dia tapi kita harus jujur sebelum rasa Alvin terhadap si Kici makin dalam. Aku tidak mahu dia merebut Kici dari aku Yon. Aku sayang dan cinta dia. Hanya dia dulu dan selamanya ". ujar Elleo sambil menutup matanya dan mendongakkan kepalanya ke langit.
Iya. Orang yang mereka sebutkan untuk Malle itu ialah Elleo. Elleo dan Malle dijodohkan dari Malle baru berumur 1 tahun dan pada masa itu Elleo berumur 4 tahun. Ibu bapa Elleo sangat menyukai Malle oleh sebab itu mereka menandai Malle untuk Elleo. Elleo mengetahui hal itu semenjak ia berumur 12 tahun. Selama bertahun-tahun ia menjaga hatinya untuk Malle kerana semenjak ia mengetahui bahawa ia sudah berpunya Elleo bertekad untuk menjaga hatinya untuk orang itu sampai pada umur 17 tahun, Elleo baru tahu yang orang itu adalah Malle adik kepada sahabatnya sendiri. Elleo pernah sempat menyukai seorang gadis namun ia buang perasaan itu. Sehingga kini, Elleo boleh bertemu dengan Malle hari-hari jikalau ia rindu kerana selama ini ia cuma melihat Malle melalui sebuah gambar.
" Itu sudah pasti Leo. Kita harus jujur dengan Alvin. Jangan risau bro. Malle tetap untukmu. Aku percayakan Malle dengan kau ". balas Deayyon meyakinkan Elleo.
__ADS_1
Sesudah itu, Elleo dan Deayyon kembali ke kelas untuk belajar. Mereka mencari cara untuk memberitahu hal sebenar kepada Alvin sebelum Alvin terlalu jauh.