
Selesai pembentangan para fasilitator, fasilitator aktiviti memberitahu aktiviti mereka pada malam ini.
" Selamat malam semua, untuk malam ni kita tidak akan tidur di dorm melainkan kita akan tidur di padang. Tapi sebelum kita ke padang, malam ni kita akan ada malam penyesalan. Untuk nanti di padang kamu harus pakai baju yang panjang dan bolehlah bawa bantal. Kami akan sediakan setiap kumpulan alas untuk kamu duduk dan tidur. Saling menjaga antara ahli kumpulan yah. Ketua kumpulan ambil peranan. Fasilitator kumpulan juga harus berada di dalam kumpulan untuk memerhati kumpulannya ". jelas Dessy dengan terang.
Seusai Dessy memberi penerangan bagi aktiviti malam ini, malam penyesalan pun dimulakan.
" Hello semua, akan ada kertas kecil yang sedang diedarkan kepada kamu semua. Nanti dalam kertas tu kamu tulis harapan ibu bapa kamu untuk kamu. Lepas kamu tulis nanti kumpul tempat ketua kumpulan dan ketua kumpulan hantar tempat saya. Faham jugakan semua ". ucap Keylla sebagai pelaksana aktiviti malam penyesalan.
Semasa peserta sedang menulis harapan ibu bapa mereka, beberapa orang warden asrama datang memantau mereka. Warden-warden tersebut duduk disebuah tempat yang telah disediakan di belakang dewan agar warden bisa melihat semua pelajar dari belakang dewan. Selesai peserta menulis harapan-harapan ibu bapa mereka, ketua kumpulan kumpukan dan menyerahkan semua harapan itu kepada Keylla. Setelah Keylla mendapat semua harapan itu tiba-tiba semua lampu dalam dewan mati yang ada hanya cahaya daripada projector membuatkan semua pelajar fokus ke arah itu dan sebuah video pendek mengenai pengorbanan ibu bapa ditayangkan. Selama video itu berjalan tiada satu pun peserta yang bersuara sehingga video itu habis dan sebuah bunyi lagu yang menyentuh perasaan dimainkan.
" Kamu pernah tanya sama bapa kamu yang dia penatkah cari makan dan duit ? Kamu pernah tanya mama kamu yang dia penatkah jaga dan kasih besar kamu ? saya rasa tidak pernahkan sebab kita sama haha.. ". kata Malle berkaca-kaca.
" Pernahkah kamu bilang mama papa saya sayang kamu ?. Mesti tidakkan sebab yang ada kita selalu bilang saya mahu itu mahu ini. Tapi bila tidak dipenuhi, kita mesti marah sama diorang sampai sanggup tidak balik rumah ". tambah Dessy.
" Pernahkah kamu bilang mama papa aku minta maaf atas semua yang sudah kuperbuat hingga aku membuat hatimu terluka ". kata Bella dengan air mata mengalir di pipinya.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Keylla, Dessy dan Bella, membuat ramai peserta tunduk menangis meratapi semua yang pernah mereka lakukan terhadap ibu bapa mereka. Lama mereka dalam keadaan begitu sehingga sebuah lampu menyorot ke arah Keylla yang sedang memegang kertas-kertas harapan itu.
" Kamu tengok ni. Inikan harapan ibubapa kamu yang kamu tulis. Apa perasaan kamu kalau harapan ibubapa kamu dibuat begini ". kata Keylla menguntingkan kertas-kertas harapan itu di depan semua peserta dengan air mata yang mengalir. Perbuatan Keylla itu membuat salah seorang pelajar aspura marah.
" Kenapa kau gunting tu harapan ibubapa saya ". kata pelajar itu menumbuk lantai dewan dengan kuat.
" Kenapa kalau saya gunting ? Harapan ibubapa kau takkan setakat di kertas ja kamu harus berjuang untuk mencapai harapan ibubapa kamu ". ujar Keylla
Selepas Keylla berkata demikian lampu kembali terpasang. Sesaat selepas lampu terpasang dengan tiba-tiba petikan gitar terdengar dari arah belakang dan sebuah suara mengalunkan sebuah lagu yang menyentuh hati.
*Satu.. kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
__ADS_1
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
__ADS_1
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya*
Hidup ini sementara...
Mendengar alunan lagu tersebut membuatkan seluruh jiwa yang ada di dalam dewan itu menangis terkenangkan sikap dan kelakuan mereka terhadap ibubapa mereka. Situasi seperti itu mempunyai banyak aksi mengharukan contohnya seperti adik beradik berpelukan menangis, ada juga yang berpelukkan dengan sahabat-sahabatnya dan ada yang menangis sendiri. Itu membuatkan Malle yang dari jauh melihat itu mendekati budak yang menangis sendirian itu.
" Hai manis, kau kenapa sendirian ? ". tanya Malle sambil mengusap lembut kepala budak tersebut.
" Kak, saya sama kakak saya tiada ibubapa. Kami tinggal dengan nenek dan datuk saja. Saya sedih sebab saya belum bahagiakan diorang lagi tapi diorang sudah jalan jauh dan tidak akan pulang lagi ". tanya budak itu dengan tangisan yang penuh kecewa.
" Dek, kalau adek mahu bahagiakan ibubapa adek, adek perlu berjaya dan sentiasa doakan mereka. Mereka pasti akan bahagia disana yah dek ". balas Malle dengan senyuman untuk menceriakan budak itu kembali.
Sedang Malle memberikan budak itu semangat, dengan tiba-tiba kakak kepada budak tersebut menghampiri mereka dan langsung memeluk adiknya dengan erat disertai tangisan yang memilukan.
" Thank you Melly ". ucap kakak budak tersebut.
" No problem Lilly ". balas Malle.
Sesudah nangis menangis, keadaan dalam dewan kembali tenang. Semua peserta sudah pun berkumpul mengikut kumpulan semula.
" Okay, sebelum kita ke aktiviti yang seterusnya kita dengarkan dulu sepatah dua patah dari ketua warden kita iaitu cikgu Faruk. Dipersilakan ". kata Bella selaku pengerusi bagi orientasi asrama ini.
" Terima kasih adik pengerusi. Selamat malam semua. Pertama-tama cikgu mahu ucapkan tahniah kepada pengawas-pengawas asrama kerna sudah membuat aktiviti yang seperti ini. Jujur cikgu katakan selama adanya orientasi asrama baru kali ini yang terbaik. Banyak pengajaran dan motivasi yang diberikan kepada pelajar-pelajar semua. Untuk aktiviti selepas ini, saya harap kamu semua jaga diri baik-baik. Itu seja lah okay ". ucap cikgu Faruk.
" Terima kasih atas ucapan cikgu Faruk sebentar tadi. Untuk penerangan aktiviti kita selepas ini saya meminta bahagian aktiviti yang menjelaskan ". kata Bella lagi.
" Okay, untuk aktiviti kita yang seterusnya, kita akan ke padang. Di sana kita akan duduk hanya bercahayakan unggun api. Tujuan kita tidur di padang malam ini adalah untuk membangkitkan keberanian dalam diri kita masing-masing. Tapi jangan risau kerana semuanya akan selamat selagi kamu masih berada dalam kumpulan. Kalau kamu mahu pergi ke tandas pastikan berdua dan ditemani oleh kakak abang fasilitator kamu. Sepanjang malam kamu tidak boleh berjalan-jalan ke sana ke sini kerana takut ada kejadian yang tak diinginkan berlaku ". terang Dessy dengan tegasnya.
Setelah mendengar penerangan mereka semua pun bergerak menuju ke padang dengan setiap kumpulan di tempatkan di sudut padang yang berbeza-beza namun tidak terlalu jauh antara kumpulan.
__ADS_1