
Hari berganti hari, jam berganti jam tibalah hari yang dinantikan oleh seluruh pelajar asrama iaitu hari orientasi asrama. Orientasi asrama bermula pada hari jumaat malam selepas pelajar muslim solat sekitar jam8 semua harus berkumpul di dewan serbaguna sekolah. Biasanya kalau orientasi banyak peraturan yang harus dipatuhi oleh semua pelajar. Salah satunya adalah penampilan. Bagi aspuri baju haruslah sopan dan berkolar serta untuk rambut harus kemas dan tidak boleh berponi manakala penampilan untuk aspura dari segi pakaian berkolar dan baju perlu dimasukkan ke dalam seluar serta rambut yang kemas.
" Kak, macam mana penampilan adek ? okay sudah ". tanya Malle kepada Keylla
" Okay sudah tu dek. Mari cepat kita turun pergi dewan nanti kita lambat kena denda tu ". kata Keylla meminta Malle untuk cepat.
Malle pun bersiap cepat. Setelah selesai bersiap-siap Malle, Keylla dan Dessy bersama turun ke dewan serbaguna untuk berkumpul. Sesampai di dewan belum ada seorang pun peserta orientasi yang ada pun para pengawas asrama yang sedang berbincang. Memandangkan Malle baru seorang yang turun Malle tidak langsung masuk ke dalam dewan malah Malle menunggu yang lain di tempat duduk yang tersediakan dipejalan kaki. Sedang Malle duduk sendiri tiba-tiba Malle merasakan ada seseorang di sampingnya, Malle pun menoleh ke samping dan terkejut kerana di sampingnya ada Alvin yang sedang tersenyum ke arahnya.
" Hai Malle ". sapa Alvin
" Hai abang Alvin ". balas Malle
" Kenapa tidak masuk dalam dewan ". tanya Alvin
" Oh tiada. Malle saja mau duduk sini ambil angin sambil tunggu kawan ". jawab Malle
" Malle ada boyfriend ? ". tanya Alvin lagi
" Malle belum terfikir untuk ada boyfriend kalau sekarang. Lagipun abang Eayyon marah kalau Malle fikir pasal boyfriend ". jawab Malle selamba
" Oh, Kalau abang Vin mau dekat dengan Malle boleh kah ? ". Alvin bertanya dengan serius membuat Malle terkejut.
" Lawaklah abang ni. Sudahlah Malle mau cari abang Eayyon dulu yah. Bye. ". jawab Malle lalu ia pergi meninggalkan Alvin sendiri di situ.
Elleo yang melihat Alvin mendekati Malle berasa marah dan cemburu. Ingin sahaja ia memukul Alvin kala ini namun ditahan oleh Deayyon. Deayyon dan Andyson hanya mampu menghela nafas melihat kesungguhan Alvin mendekati Malle walaupun sudah di beritahu untuk jangan terlalu berharap dengan Malle namun bukan di dengarnya malah diacuhnya saja.
" Abang Eayyon ". panggil Malle kepada Deayyon sebaik sahaja ia menemui Deayyon.
" Kenapa dek ? ". tanya Deayyon
" Abang Alvin tu mengarutlah. Adek tidak selesalah bila dia selalu mau cuba dekat-dekat dengan adek. Adek kurang nyaman ". adu Malle pada Deayyon.
" Dek, Alvin tu suka sama adek sebab tulah dia selalu cuba untuk dekat-dekat dengan adek ". jelas Deayyon sambil menatap Malle lembut.
" Tapi adek tidak suka abang Alvin hurmm. Adek sedang jaga hati adek untuk seseorng bang ". jawab Malle melirik ke arah Elleo lalu Malle meninggalkan Deayyon, Elleo dan Andyson.
Jawapan Malle membuat bukan sahaja Elleo malah Deayyon dan juga Andyson tersenyum. Kini mereka tahu hati Malle untuk siapa. Andyson dan Deayyon menepuk-nepuk bahu Elleo kerana mereka tahu Elleo pasti akan lega selepas mendengar jawapan dari Malle sendiri.
" Tahniah bro ". ucap Andyson sambil tertawa
" Thank you, thank you haha ". balas Elleo
**********************************************
Kini suasana dewan serbaguna dari senyap menjadi riuh kerana para peserta orientasi sudah pun berkumpul dan berbaris mengikut tingkatan. Sebelum pembahagian kumpulan, setiap ketua tingkatan diarahkan untuk mengambil kehadiran bagi mengetahui jumlah pelajar yang tinggal di asrama ketika ini. Seramai 350 pelajar asrama 200 daripadanya adalah aspuri manakala 150 adalah aspura. Mereka akan dibahagikan kepada 10 kumpulan berarti 1 kumpulan ada 35 orang. Mereka akan dipisah-pisahkan. Selesai pembahagian tugas, kini mereka diminta untuk melantik ketua dan mencipta logo kumpulan serta motto kumpulan.
Malle berada dikumpulan ke-8, di dalam kumpulannya hanya Malle dan dua orang pelajar aspuri yang paling besar manakala pelajar aspuri yang lain dibawa Malle. Malle baru berumur 16 tahun. Manakala pelajar aspura di kumpulan Malle paling besar yang banyak, mereka rata-rata berumur 17 tahun. Yang lain merupakan juniornya Malle. Di dalam setiap kumpulan pasti ada 20 aspuri dan 15 aspura.
__ADS_1
" Siapa yang mahu jadi ketua kumpulan kita ". usul salah satu ahli kumpulan Malle.
" Siapa paling tua antara kita ? ". tanya ahli yang lain.
" Okay sebelum tu kita perkenalkan diri dulu lah supaya kita saling kenal. BTW nama saya Rick Chardo, panggil Rick seja ". ucap Rick memperkenalkan dirinya.
" Saya Qwina ".
" Saya Farhan ".
Yang lain pun memperkenalkan diri mereka dengan ahli yang lain sampai tiba giliran Malle kerana dia yang terakhir.
" Saya Malle ". ucap Malle dengan senyuman
" Oh wow sungguh manis sekali kau Malle ". kata Rick dengan menatap Malle.
Setelah selesai memperkenalkan diri, mereka pun berbincang untuk memilih ketua kumpulan mereka. Bincang punya bincang akhirnya Rick dipilih menjadi ketua kumpulan 8 dan penolongnya Qwina. Sesudah memilih ketua kumpulan, mereka pun melaksanakan tugasan yang di berikan oleh para fasilitator. Fasilitator orientasi asrama merupakan pelajar tingkatan 6 atas pelajar paling senior di sekolah mahupun di asrama.
" Selamat malam semua, sambil kamu menjalankan tugasan kamu disini saya akan memperkenalkan kamu dengan fasilitator bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat 2 fasilitator. Untuk kumpulan 1 fasilitator kamu ialah abang Zack sama kakak Lila, kumpulan 2 abang Boy sama kakak Nia, kumpulan 3 abang Eron sama kakak Jes, kumpulan 4 abang Julian sama kakak Wenny, kumpulan 5 abang Saiful sama kakak Sara, kumpulan 6 abang Aidil sama kakak Nurul, kumpulan 7 abang Kevin sama kakak Ketryn, kumpulan 8 abang Elleo sama kakak Bella, kumpulan 9 abang andyson sama kakak Keylla, kumpulan 10 abang Deayyon sama kakak cinta. Cukup jelas sudahkan saya cakap. Oh sebelum lupa nama saya abang Khairul. Ingat yah semua sepanjang orientasi kamu dilarang panggil fasilitator dengan nama mereka sahaja harus ada abang atau kakak di depan. Jikalau kamu gagal mematuhi itu kamu akan di denda. Okay para fasilitator sila ke kumpulan kamu untuk memantau mereka dan beri mereka bantuan. Sekian terima kasih ". ucap Khairul.
Semua kumpulan pun kembali fokus membuat tugasan yang di berikan oleh fasilitator. Dan para fasilitator pun bergerak ke kumpulan masing-masing. Malle melihat Elleo dan Bella berjalan menuju ke kumpulan mereka hanya tertunduk.
" Ihh kenapa harus Bella duhh. Mesti akan macam-macam dia buat nanti ". batin Malle
" Hello guys ". sapa Bella sebaik sahaja ia tiba di kumpulan 8
" Ci, are you okay ? ". bisik Elleo di telinga Malle membuat Malle terkejut kerana tiba-tiba sahaja Elleo berada di sisinya sambil tersenyum.
" Abang Rayyan huh.. Abang ni buat Kici hampir sakit jantung. Tidak bolehkah bagi salam dulu kah hish ". jawab Malle cemberut. Bukan membuatkan Elleo rasa bersalah tetapi membuat Elleo ketawa kecil kerana ia gemes melihat Malle begitu.
" Sorry Ci, abang tidak sengaja ". kata Elleo meminta maaf kepada Malle dan Malle hanya senyum dan menganggukkan kepalanya.
Bella yang melihat kedekatan Malle dan Elleo merasa panas kerana cemburu. Ia memikirkan cara untuk membuat Malle malu.
" Tunggu kau perempuan m*rahan " . batin Bella sambil tersenyum sinis.
Setelah sejam melakukan tugasan, akhirnya semua kumpulan telah siap dan bersedia untuk membentang hasil tugasan pertama mereka.
" Okay memandangkan semua kumpulan sudah siap mari kita teruskan dengan pembentangan setiap kumpulan. Dimulakan oleh kumpulan 1. Silakan ". ucap Khairul.
Kumpulan 1 pun membentangkan hasil tugasan mereka. Selesai kumpulan 1 kini giliran kumpulan 2. Begitu gilirannya sehingga tiba kumpulan Malle memberi pembentangan.
" Malam untuk kakak-kakak, abang-abang serta rakan seperjuangan semua, pada malam ini kami kumpulan 8 akan membentangkan hasil tugasan kami iaitu membuat logo kumpulan dan lain-lain. Logo kumpulan kami berbentuk seperti ini dan bla bla bla bla ..... Sekian dan terima kasih ". ujar Rick memberi penerangan bagi tugasan mereka.
Mereka pun turun dari pentas untuk kembali ke tempat mereka semula. Sedang semua berjalan menuruni tangga pentas dan pada masa itu Malle berada paling belakang dengan sengaja Bella memasang kakinya sehingga membuat Malle tersandung dan jatuh namun belum sempat badan Malle mencium lantai dewan, Elleo yang memang sedari tadi memerhati Malle langsung dengan cepatnya ia menyambut badan Malle agar tidak jatuh. Posisi mereka saat ini adalah saling berpelukan. Agak lama mereka dalam posisi sedemikian hingga mereka melepaskan pelukan itu apabila Keylla meluru ke arah mereka.
" Ya ampun dek, kau tidak apa-apa kan ? Risau kakak ". tanya Keylla cemas.
__ADS_1
" I'm okay kak don't worry ". jawab Malle sambil tersenyum manis.
Sesudah itu Malle pun kembali ke dalam kumpulannya. Pembentangan pun berterusan sehingga kumpulan yang terakhir.
" Okay semua sekarang adalah waktu rehat. Rehat 30 minit jam10 kumpul balik dalam dewan ". kata Khairul yang bagaikan papan kenyataan.
Masa rehat ini Malle manfaatkan untuk berkumpul bersama Deayyon and the gengs. Malle memcari keberadaan mereka namun tidak ia temui sampailah ia di tegur oleh Dessy.
" Dek, cari siapa ? ". tanya Dessy
" Ehh kak Des. Ni Malle mau cari diorang abang ". jawab Malle
" Oh, jom ikut kak Des. Kakak pun mau ke tempat mereka ". balas Dessy.
Mereka pun berjalan menuju ke tempat Deayyon dan yang lain. Tempat mereka lepak agak jauh sedikit dari dewan namun masih dalam kawasan sekolah. Tempat itu kalau dilihat dari luar agak menyeramkan namun apabila masuk ke dalam memukau penglihatan.
" Hello semuanya ". sapa Malle sebaik sahaja ia masuk ke dalam.
" Hai adek ". jawab Deayyon dan Keylla serentak.
" Leo tidak mahu sambut pujaan hati kau ". ucap Deayyon membuat Keylla, Dessy dan Andyson menahan tawa.
Elleo tidak menjawab namun ia bergerak mendekati Malle yang berdiri kaku lalu ia memeluk kepala Malle lalu ia bawa ke dadanya. Elleo menghela nafasnya dengan kasar lalu memejamkan matanya dan berkata.
" Jangan sampai terjadi macam yang tadi lagi yah Ci. Abang risau. ". keluh Elleo lalu mencium lembut kening Malle.
Malle yang diperlakukan begitu hanya diam terpaku. Dia tidak bisa cakap apa-apa, perasaanya kacau bilau. Elleo yang melihat Malle diam membisu tersenyum lalu ia menepuk lembut pipi Malle menjadikan Malle kembali ke dunia nyata sambil tersengih-sengih.
" Leo ". Deayyon memanggil Elleo
" Hmm ". balas Elleo
" Tiadalah tidak jadi wkwkwkwk sengaja jak panggil-panggil kau bosan ". kata Deayyon sambil ketawa.
Mereka menhabiskan masa rehat dengan bergurau-senda. Banyak hal yang mereka lakukan contohnya bermain permainan tradisional seperti gasing, congkak, dan banyak lagi. Mereka bermain-main sehingga jam menunjukan jam10, mereka pun bersiap-siap untuk kembali ke dewan. Sepanjang perjalanan Elleo dan Malle jalan berdampingan. Elleo meraih tangan Malle dan menggenggam tangan Malle erat membuat hati Malle berdegup laju. Malle tidak pula menarik tangannya, ia membiarkan sahaja Elleo memegang tangannya sehingga mereka tiba di dewan pun Elleo masih memegang tangan Elleo.
" Abang ". panggil Malle
" Yes baby ? Why ? ". jawab Deyyon
" Lepas dulu tangan Kici yah. Kici mahu ke kumpulan dulu ". pinta Malle. Lalu Elleo melepaskan genggaman tangannya dan merelakan Malle balik masuk kumpulannya. Tapi sebelum Malle masuk ke kumpulannya Elleo memberikan pesanan.
" Ci, tolong jaga hati Kici untuk abang seorang sahaja pliss dan jangan duduk dekat lelaki kerna jujur abang jelaous hihi ". kata Elleo dengan serius.
" Percayalah sama Kici yah ". jawab Malle lalu ia pergi bergabung bersama sekumpulannya.
Setelah itu, orientasi berjalan sehingga jam12 malam dan mereka menyuruh para peserta orientasi untuk bersurai naik ke dorm masing-masing.
__ADS_1