
GIN NOURSE
Gin Nourse adalah salah satu manusia terkuat dan dia berasal dari Gyin Kingdom,jika di tanya apakah dia mengenal Kyrul Agneren dan Hazrul Minaya?
Maka dia akan menjawap ya, sebab dia pernah ke Xeli Kingdom dan berjumpa dengan mereka dan itu terjadi pada tahun 2006,Gin orang yang sangat setia hanya saja dia sedikit pemalu tetapi apabila dia serius.
Dia bahkan lebih berkarisma seperti seorang raja atau ratu,dia juga genius dia adalah orang penting di Gyin Kingdom tidak boleh biarkan dia mati begitu sahaja.Dia jarang di turunkan di medan perang atas sebab-sebab tertentu.
Seperti nya Puteri Sarayana Ina memang betul-betul ingin melindungi nya kerana ada sebab tertentu yang membuatkan Gin Nourse terlihat istimewa di mata Puteri Sarayana Ina.
Salah satu sebab kenapa Puteri Sarayana tidak datang pada pertemuan antara raja dan ratu negara di Xeli Kingdom adalah kerana ketidak sukaan diri nya pada Puteri Tiara dari Fixith Kingdom itu memang wajar kerana,
Hubungan Gyin Kingdom dengan Fixith Kingdom tidak lah terlalu baik,Raja Erwe sudah mengetahui alasan tersebut namun dia masih menanyakan lagi.Itu kerana dia ingin menguji Puteri Sarayana.
Puteri Sarayana sendiri bukanlah orang baik, dia orang yang memandang pangkat tetapi dia tidak pernah melaksanakan hukum mati kepada rakyat.Ini terbalik dengan Puteri Xeli.
Lorong laluan menuju ke arah tahta itu di bentangi karpet biru dan lorong itu sedikit gelap
dan di tengah-tengah laluan itu terdapat seorang lelaki yang berjalan menuju ke arah berlawan dari bahagian yang gelap itu
Sebenarnya tiada apa pun yang mencurigakan di situ, banyak orang lalu di situ dan mereka tidak mempermasalahkan nya,nama lelaki itu adalah Gin Nourse,
Orang-orang memanggil nya Gin tetapi dengan tambahan "tuan".
Gin kemudian berkata dengan wajah datar dan tidak berekspresi,
"Puteri Sarayana Ina berkata kalau aku perlu datang ke ruangan tahta,memangnya ada apa?
bukan sahaja tidak menghadiri pertemuan antara raja dan ratu negara bahkan dia kurang melakukan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin dan itu menyusahkan orang-orang di dalam kerajaan,aku sendiri juga tidak tahu kenapa dia tak datang pada hari kejadian di Xeli Kingdom."
Gin membuka langkah nya lagi,kanan kiri dan kanan kiri.Kaki nya terus berjalan menuju ke arah ruang tahta,Gin berkata lagi
"Kalau aku disuruh untuk ke Xeli Kingdom,sudah tentu jawapannya adalah tidak.Aku tidak menyukai Xeli Kingdom sejak tahun lepas pada 2006 ada orang berbahaya di sana.Topeng itu topeng yang tidak ketahui tapi ia nya tetap sahaja berbahaya.Aku takkan ke Xeli Kingdom lagi apatah Elf Kingdom.Aku memang benci kedua-dua wanita itu aku tidak peduli apa yang akan terjadi pada negara mereka asalkan Gyin Kingdom selamat itu sahaja sudah cukup."
Dan tidak lama Gin berjalan dia sekarang berhenti di sebuah pintu besar yang berwarna emas Gin tidak peduli akan hal itu.Dia kemudian mengetuk pintu itu.
"Tok,tok,tok"
Tiga ketukan di beri kepada pintu emas itu,pintu mungkin bernilai lebih dari 1 juta sins jika di new world.
Kemudian terdengar suara seorang perempuan yang lembut dan seperti nya Gin sudah tahu suara siapa itu.
"Ya!,silakan masuk"
Gin diam dia memulakan dengan membuka pintu lalu memasuki ruangan itu apabila pintu sudah terbuka, sekarang Gin sudah dapat melihat apa yang berada di dalam ruangan.
Ruang tahta Gyin Kingdom mirip Xeli Kingdom tapi tetap saja punya nya Puteri Xeli lebih cantik.
Sekarang Gin sudah berada di dalam ruang tahta,dari kejauhan dia dapat melihat seorang perempuan yang sedang duduk sopan di atas tahta.
Dan mereka saling bertatapan dan itu terjadi dari kejauhan,mereka berdua tidak melepaskan tatapan mereka.Ruangan itu juga membuatkan situasi sedikit tegang tapi disebabkan senyuman Puteri Sarayana situasi tersebut menjadi lebih cair.
__ADS_1
Gin menghentikan langkah kaki nya dan sekarang dia berada tepat di depan tahta Puteri Sarayana, Puteri Sarayana sendiri menantikan kedatangan Gin.
Kerana Gin adalah sosok penting di Gyin Kingdom,Gin kemudian berkata,
"Ada apa anda memanggil saya ini?, apakah ada tugas yang perlu saya siapkan? atau perlu saya buat? jangan risau beritahu saja kepada saya dan saya akan buat."
Puteri Sarayana tersenyum dan berkata kepada Gin,
"Ouh,tiada yang perlu kau buat hanya saja aku ingin kau mendengar pembicaraan aku dengan seseorang."
Gin berkata lagi dengan eksperesi pelik,
"Maaf jika saya bertanya,tapi siapa itu jika anda tidak keberatan beritahu lah kepada saya."
Puteri Sarayana memang tidak keberatan tetapi jika ingin diberitahu mungkin Gin takkan setuju apatah lagi kalau Elf Kingdom ingin menjalin aliansi dengan Gyin Kingdom.
"Ouhh kalau yang itu ya? hmmm bagaimana kalau aku kata dengan Hazrul Erwe"
Gin terkejut dan mengerutkan sedikit muka nya dahi nya mula berubah posisi kepada kerutan jantung nya mula bergerak laju,dia kemudian berkata
"Hazrul? apa jangan-jangan ayah Minaya?, kenapa? kenapa aku mesti lagi terlibat dengan dia.Aku sangat membenci nya."
Puteri Sarayana juga berkata dalam hati sambil mengubah posisi mata nya ke arah tingkap yang terdapat di sebelah kanannya.
"Aku dah agak kau masih tidak berpuas hati ya? dengan Hazrul Minaya dan kawan nya satu lagi kau memang seorang pendendam tapi itu tidak terlalu buruk kerana orang yang berdendam adalah orang yang tidak pernah lupa itu yang terpenting tidak pernah lupa di mana kau berdiri."
Gin kemudian berkata lagi kepada Puteri Sarayana,
"Bila Raja elf akan datang?"
selepas itu Puteri Sarayana berkata sambil menunjuk ke sesuatu di belakang Gin,
"Ouh itu dia,Raja Erwe sudah berada di belakang mu.
Gin terkejut dia terus memandang ke belakang dan benar sahaja,Raja Erwe sudah berada di belakang nya Raja Erwe di mata Gin sangatlah tinggi.
Mereka saling bertatapan dan pada suatu saat Raja Erwe berkata,
"Oi kau menghalangi jalan ku."
Gin menukar posisi nya dari tengah pergi ke kanan kerana ingin memberi jalan kepada Raja Erwe.Raja Erwe kemudian mengalihkan pandangan nya kepada Puteri Sarayana.
Puteri Sarayana berkata sambil tersenyum dan bangun dari tempat duduk nya,
"Anda tidak mahu duduk kah?"
Raja Erwe kemudian berkata
"Tidak perlu,aku hanya ingin berdiri dan ingin cepat menyelesaikan urusan ini."
Puteri Sarayana berkata
__ADS_1
"Ouh begitu ya? saya tidak keberadaan jika beraliansi dengan negara anda tetapi bawahan saya tidak setuju."
Raja Erwe berkata lagi
"Bawahan mu? siapa bawahan kau."
Puteri Sarayana berkata lagi
"Kalau bawahan saya tidak setuju saya juga tidak akan setuju apatah lagi itu adalah orang yang terpenting bagi saya,jadi maaf saya tidak dapat menolong anda."
Raja Erwe mengeluh lalu dia menggunakan teleport nya untuk balik ke Elf Kingdom tanpa berkata apa-apa.
Puteri Sarayana kemudian berkata selepas Raja Erwe sudah pergi
"Kau patutnya bersyukur Gin"
Gin kemudian menunduk dan dia berkata dalam hati dengan posisi kepala ke bawah
"Aku bersumpah akan setia kepada Puteri Sarayana Ina."
Puteri Sarayana Ina tersenyum dan menutup mata nya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
__ADS_1
.
TO BE CONTINUE