
HAYATO KELUAR DARI 24 DEMENSI
Ini sudah pagi,ya semalam terjadi pertemuan antara Puteri Sarayana Ina dengan Raja Erwe dan tentu sahaja aliansi mereka tidak berhasil atau lebih tepatnya aliansi Raja Erwe yang tak berhasil.
Perkara itu sudah habis,Hayato sudah terkurung di dalam 24 demensi selama sehari
dan Hayato sendiri juga sudah tidak tahan dengan apa yang terjadi pada nya di dalam 24 demensi.
Kemudian terlihat di sebuah ruangan Puteri Xeli.Puteri Xeli seperti nya berdiri dan melihat batu yang mengurung Hayato,dia terdiam beberapa minit tapi pada akhirnya dia berkata-kata juga,
"Maaf di sana menyakitkan bukan? jangan risau kau tidak akan lama."
Puteri Xeli lalu memecahkan batu tersebut dengan membaling batu itu ke arah dinding ruangan dan batu tersebut jatuh dan pecah.
Batu pecah itu mengeluarkan asap dan asap itu terbang tidak tentu arah,Puteri Xeli diam dan hanya melihat.
Lalu keluar seorang lelaki dari asap tersebut yang tak lain dan tak bukan adalah Hayato, memang mengikut dunia asli Hayato berada dalam 24 demensi 1 hari namun jika berbeza jika di tanya waktu di 24 demensi.
Kalau ikut 24 demensi Hayato sudah duduk dalam batu itu sekitar 1,000 tahun itu di kerana kan graviti di dalam batu itu yang tersangatlah kuat yang membuat waktu seakan berhenti.
Hayato kemudian bangun dan melihat Puteri Xeli,Hayato kemudian berkata dengan serius dia tiada permulaan,
"Xeli! benda yang kau katakan kepada aku sebelum aku masuk ke dalam batu tu! boleh kau ulang sekali lagi! dan juga sudah berapa tahun aku tinggalkan dunia ni?"
Hayato kemudian mendekat dan memegang bahu Puteri Xeli,dia pun membuat muka murung dan berkata sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Aku tak faham dengan apa yang kau kata dan juga kau baru satu hari masuk ke dalam batu tersebut."
Hayato lalu memegang keras bahu Puteri Xeli dia juga meninggikan suara dengan nya,
"Katakan kepada aku!! macam mana kau tahu!!"
Puteri Xeli kemudian menunduk,lalu terdengar suara Puteri Xeli yang sepertinya ingin menangis suara nya kali ini lembut langsung tiada tipu atau kebohongan di dalam nya.
"Aku pun mula-mula tak percaya!! tetapi melihat diri aku melemah dan melihat itu,melihat ini aku mula percaya dan menerimanya!! sebab itu aku memasukkan kau dalam 24 demensi Hayato.Tapi aku tak sanggup melihat diri mu terseksa disebabkan aku.Aku bukannya seperti dulu lagi Hayato sekarang yang aku ingin buat hanyalah melindungi mu tapi."
Puteri Xeli menghentikan ucapan nya,Hayato melepas tangan nya dari bahu Puteri Xeli memang benar kata Puteri Xeli dirinya sedikit berubah,mula dari muka nya yang terlihat stress.Hayato kemudian berkata,
"Maaf."
Puteri Xeli berkata lagi
__ADS_1
"Tidak apa,tapi aku dah tak mampu lindungi kau diri aku sudah melemah."
Puteri Xeli kemudian maju lalu memeluk Hayato,Hayato terdiam dan dia berkata sambil mengalirkan air mata,baju Hayato sedikit demi sedikit basah
"Maaf kerana aku berubah maaf kerana aku dah tak dapat lindungi kau.Aku minta maaf banyak-banyak Hayato, diri aku yang sekarang sedang melemah aku tak boleh buat apa-apa aku hanya boleh berpura-pura kuat!"
Puteri Xeli menangis pelukan nya pada Hayato semakin erat,
"Argghhh!!"
Itu pasti menyakitkan tidak dapat melindungi orang yang kau sayangi dan tidak boleh berbuat apa-apa.Hayato kemudian berkata sambil dia memeluk kembali Puteri Xeli dan itu membuatkan suara Puteri Xeli sedikit perlahan dari sebelum ini.
"Tidak apa,kau pasti risaukan aku kan Xeli? aku minta maaf walaupun pertemuan pertama aku dengan kau tidak betapa baik dan awalnya aku menganggap kau orang jahat.Tapi aku silap kau memang hebat Xeli tiada wanita hebat seperti kau.Tak perlu kau lindungi aku.Aku boleh menjaga diri aku sendiri sebagai gantinya biar aku yang lindungi kau pula Xeli aku tak boleh menjamin kau akan tetap selamat tetapi aku akan lindungi kau dari jauh."
Hayato kemudian melepaskan pelukan pelukan Puteri Xeli dan Puteri Xeli mengelap air mata nya lalu memandang ke arah Hayato,dan Puteri Xeli berkata
"Pergilah Hayato aku takkan buru kau lagi,kau sekarang sudah bebas."
Hayato tersenyum dia kemudian berjalan menuju ke arah tingkap,pada saat dia membuka tingkap dirinya memandang ke arah dan dia mengeluarkan sesuatu dari poket nya.
"Ambil lah ini Xeli,ini akan berguna untuk kau dan aku."
Hayato melempar sebuah rantai dengan permata putih di dalam nya lalu Puteri Xeli menangkap nya, Puteri Xeli lalu berkata,
Hayato kemudian berkata
"Itu rantai yang dapat membuatkan kondisi pemakainya di ketahui oleh orang lain,lihat lah aku ada satu."
Hayato kemudian memakai rantai yang sama dengan Puteri Xeli di leher nya, Puteri Xeli tersenyum lalu dia dengan cepat memakai nya.
Puteri Xeli kemudian berkata,
"Terima kasih Hayato! sekarang kita seperti satu orang yang sama."
Hayato kemudian berkata lagi
"Ya kau memang betul Xeli eh tak apa perlu aku memanggil Puteri Xeli?"
Puteri Xeli lagi-lagi tersenyum dan Hayato melanjutkan perkataannya.
"Rambut putih kita sepertinya bukan kebetulan belaka kan?"
__ADS_1
Puteri Xeli berkata dengan tersenyum lagi
"Ya,kau betul Hayato selamat tinggal semoga jumpa lagi Hayato."
Hayato menundukkan sedikit kepala nya dan melompat dari tingkap lalu dia menggunakan magic fly dan pergi menjauh dari sana.
Puteri Xeli yang masih di dalam ruangan itu pun memegang batu putih yang terdapat pada gelang itu.
"Takdir dan kebetulan takkan pernah sama."
Hayato kemudian terbang menjauh dan ingin menuju ke arah Paradise,dia tidak ingin mencari masalah dan terus balik ke rumah Linda.
Tetapi dia mendengar suara yang tidak asing dan di dengan cepat memandang ke arah suara itu,ya Hayato tersenyum apabila mendengar suara nya dan benda itu mendekat pada Hayato.
Hayato berkata
"Sudah lama tak jumpa Black Armor Girl atau patut aku memanggil Lenax Lui?"
Ya itu adalah Black Armor Girl dan dia sedang menjaga kawasan Xeli Kingdom,dia kebetulan bertemu Hayato.
Black Armor Girl berkata
"Ya sudah lama ya? apa khabar kau sekarang"
Hayato berkata
"Ya aku baik-baik sahaja,hanya saja ada hal yang tidak patut terjadi akhir-akhir ini."
Black Armor Girl berkata,
"Hal apa itu?"
Hayato lalu berkata dengan sedikit menunduk sehingga dia dapat melihat dengan jelas apa yang berada di bawah nya.
"jika aku suatu hari nanti buat benda yang salah tolong tegur aku,jika aku degil maka cari lah cara untuk membunuh aku kerana aku juga tidak mempercayai diri ku sendiri."
Black Armor Girl kemudian berkata
"Macam tu ya? aku mungkin akan ragu-ragu tapi aku akan cuba,sampai jumpa ya Hayato aku perlu pergi sekarang."
Black Armor Girl pergi dari sana,perbualan mereka sangat singkat kerana masing-masing dari mereka memiliki kesibukkan masing-masing.
__ADS_1
Hayato terbang menjauh dari situ lalu pergi menuju ke Paradise.
TO BE CONTINUE