New World Volume 4

New World Volume 4
Chapter 11 [Bunga Putih Berwarna Merah]


__ADS_3

Hayato menghela nafas lalu dia kembali bangun namun dia benar-benar merasakan letih kerana dia sudah habis memikirkan cara untuk selamat,mungkin ini adalah yang terakhir dan sudah tiada cara lain.


Hayato sekarang berada di dalam posisi duduk dan dia juga tidak tahu harus berbuat apa tetapi secara automatik diri nya berkata dengan suara yang boleh di dengari oleh telinga nya,


"Aku harus... menunggu sampai mereka pergi..kan?"


Dengan kata lain dia—tidak! mereka harus diam dan tidak melakukan sebarang bunyi dan sebagainya kalau tidak maka habis lah mereka.


Memang dari awal itu adalah kebiasaan mereka iaitu senyap jika mereka itu senyap maka mereka akan benar-benar senyap untuk selama-lama nya.


Hayato sudah pasti tidak akan membiarkan hal tersebut menimpa mereka dan dia tidak akan menjadi seperti itu, jika ingin mati maka sekarang bukan lah waktu nya.Ini hanya akan membebani mereka jika mati di sini.


Lebih tepat nya salah satu dari mereka,namun sekarang masing-masing dari mereka tenggelam ke dunia yang lebih gelap dan dunia kegelapan iaitu ruangan besi itu sangat gelap tetapi lelaki yang memiliki rambut putih serta mata merah itu masih dapat melihat sekitar nya.


Hayato dalam posisi duduk,kaki nya terlentang sehingga dia sudah tidak mahu mengerakkan nya tetapi keletihan yang seperti ini bukan lah pertama kali nya


dia sudah merasakan keletihan yang sama.


Hayato tidak peduli dengan orang lain asal kan orang terdekat nya mendapat kan sebuah kebahagiaan, jika sahaja dia harus menghancurkan satu negara maka tidak apa-apa jika itu demi keselamatan Kyrul Agneren.


Hayato bukan lah seorang pahlawan dan bukan juga seorang penjahat,dia bertindak dengan keinginan nya sendiri dan tidak peduli sama ada tindakan nya jahat atau tidak tetapi asal kan benda itu membuatkan orang yang di lindungi bahagia atau selamat maka dia akan baik-baik sahaja.


Hayato tersenyum kecil dan seperti yang di lihat ini bukan lah waktu yang tepat untuk tersenyum seperti itu,dia melengkuk kan kaki nya sehingga dia lutut nya dapat terlihat di mata nya.


Lalu dia meletakkan lengan tangan nya di atas lutut nya dan pada saat itu lah dia mula memikirkan segala kemungkinan untuk keluar daripada sini tetapi kegelapan ini benar-benar menyeliputi diri nya.


Kegelapan ini sama seperti jiwa kosong nya pada saat dulu,saat berada di Cry World sehingga Hayato berkata dalam hati dan hal itu membuat kan dia kehilangan fokus untuk sementara tetapi bukan untuk waktu yang lama kerana ada beberapa orang yang harus dia selamat kan iaitu kawan-kawan nya.


"Kegelapan di sekitar ku ini, mengingat kan aku kepada diri aku yang dulu kehampaan dan kegelapan benar-benar membunuh aku,pada saat pertama kali datang ke dunia ini aku benar-benar berfikiran boleh bahagia di Second New World dan lari dari kenyataan Cry World,namun aku silap jika lama di sini aku mula menyadari sesuatu dan persamaan yang ketara di antara Second New World dan Cry World."


Hayato mengeluh lalu dia memandang ke arah atas namun dia hanya melihat pemandangan yang sama dan tiada beza nya pemandangan yang berada di sekitar nya seperti berada di dalam terowong yang tidak memiliki ruang dan waktu atau ruangan ini memang tidak memiliki waktu sehingga tidak mengetahui apakah waktu benar-benar ada di dalam ruangan ini?


Hayato hanya melihat kegelapan abadi yang meliputi dinding pada bahagian atas dan sekali lagi dia berkata dalam hati dan kornea mata nya mula membesar kerana mata nya cuba untuk menangkap sebanyak mungkin cahaya yang terhasil namun itu terlihat seperti mustahil.


"Pada saat aku mengatakan kepada mereka,Minaya dan juga Kyrul kalau aku adalah orang dunia lain mereka langsung mempercayai aku? itu maksudnya sudah ada orang yang pernah datang ke dunia ini selain aku dan Nine? entah lah aku tidak mengetahui nya jika orang itu benar-benar ada maka dia memang terlambat dan aku mungkin akan membunuh nya,tetapi kepercayaan masyarakat dunia ini kepada dunia lain memang tersebar luas kan? boleh jadi planet bumi dan planet ini berada di dalam universe yang sama."


Tidak,hal tersebut tiada yang tahu dan dia harus mengetahui kalau bangsawan tersebut akan segera menghancurkan pintu tersebut dan dalam beberapa jam kedepan,mereka sudah memiliki apa-apa rancangan untuk lari dari sini.


Namun tidak semudah untuk di katakan kerana Hayato sudah sangat keletihan namun terlihat jelas dia mengatasi keletihan nya itu dengan alasan ingin melindungi mereka.


Namun sudah jelas dia berbohong kepada diri nya sendiri, meskipun Kyrul Agneren terlihat tidak menyadari apa-apa pun namun pada saat ini dia lah yang paling faham tentang posisi Hayato.


Bagaimana rasa nya terpaksa melindungi orang dan orang tersebut dia lebih penting lan dibandingkan nyawa nya,setidak nya itu adalah serba sedikit dari pemikiran Kyrul Agneren.


Pada saat ini mereka tidak boleh melakukan banyak suara, Hayato memandang ke arah samping nya meskipun dia secara jelas dia tidak dapat melihat dinding besi tersebut.


Tetapi dia tahu kalau di samping nya itu adalah dinding besi dan bukannya dinding kayu,Hayato berkata dalam hati sambil bangun dari duduk nya serta dia meregang kan sedikit tubuh nya,


"Dinding besi ya? aku tidak menyadari ruangan ini tiba-tiba ada padahal sudah ku pastikan tiada ruangan besi atau apapun lah di bahagian belakang,tetapi apakah aku terlepas pandang? tidak mungkin kan? tetapi tidak apalah yang penting untuk saat ini kami selamat,kami hanya perlu diam apabila melihat mereka yang berada di sebelah juga diam itu bermaksud mereka memahami apa yang sedang mereka rancang dan aku juga ingin segera memahami nya."


Hayato kemudian berjalan satu langkah demi satu langkah selepas dia meregang kan badan nya,dia menghulurkan tangan kanan nya ke arah hadapan sehingga dia terhenti di satu titik.


Dan sekarang langkah kaki nya berhenti dan kaki nya berdiri di satu posisi yang sama namun tidak pada tangan nya,tangan kiri nya tetap berada di posisi biasa dia berdiri namun tangan kanannya merasakan sebuah dinding atau penghalang dan hal tersebut ialah besi.


Jujur sahaja,Hayato hampir mengeluarkan suara kerama terkejut tetapi dia menahan nya namun posisi nya pada saat ini tidak berubah kecuali kepala nya dan tiba-tiba mengubah posisi menghadap ke arah kiri.


Dan terlihat jelas dia menahan terkejut nya namun sesuai perkiraan kalau di dinding tersebut tidak memiliki apa-apa melainkan hanya dinding besi yang biasa.


Dia seketika merasakan aura yang berbeza pada dinding tersebut dan pandangan nya tertuju kepada dinding itu kembali, Hayato berkata dalam hati.


"Entah kenapa aku benar-benar terkejut dengan hal ini,ruangan ini sudah jelas muncul secara tiba-tiba....sebenarnya siapa yang selamat kan kami? dalam sekejap mampu membuat ruangan sekokoh ini? atau jangan-jangan."


Hayato sempat mengira kalau ini perangkap dan dia melepaskan telapak tangan nya pada dinding tersebut sehingga dia kehilangan kesejukan dinding besi itu dan sekarang dia melupakan rasa nya.


Tetapi pada bahagian tertentu telapak tangan nya ada warna merah dan dia tidak peduli kan hal tersebut kerana hal itu sering terjadi jadi tiada yang pelik,tidak lebih dan tidak kurang hanya itu.


Hayato kemudian menghilangkan perasaan cemas nya dan degupan jantung nya kembali normal,jika dia masih meneruskan kerisauan nya maka dia di dalam bahaya,dia harus menyimpan tenaga untuk rancangan yang lebih tinggi.


Tetapi setakat ini tiada satu pun rancangan yang dapat dia lakukan dan segala yang terjadi di sini adalah murni keburuntungan dan dia juga tidak menafikan hal tersebut,mula daripada kedai ini dan ruangan besi ini.


Apakah mereka berfikir kalau ini juga rancangan daripada Hayato? tentu sahaja tidak dia bahkan tidak tahu apa-apa tentang ini dan sekarang dia hanya tahu duduk di situ.


Di tengah-tengah ruangan mungkin?—tidak,dia hanya duduk di posisi tadi sehingga dia tidak merasakan apa-apa keanehan.


Dia lalu kembali menatap ke arah bawah namun pada kali ini apa yang dia lihat adalah tidak sepenuh nya hitam kerana terdapat lantai besi di situ sehingga dia dapat melihat serta merasakan permukaan yang sama seperti dinding besi tadi.


Namun kali ini Hayato tidak pedulikan hal itu kerana apa yang ingin dia lakukan akan segera dia lakukan dan tidak akan dia tangguh iaitu cara untuk selamat dari tempat ini.


Tetapi Hayato berkata dalam hati sambil posisi kepala yang masih menatap ke arah lantai dan tidak berubah,


"Apakah benar-benar ada?...cara untuk selamat? jika aku menanyakan kepada mereka cara untuk selamat apakah mereka akan memberi solusi? atau hanya mengatakan tidak tahu tetapi..."


Hayato memandang ke arah samping nya dan di situ dinding yang tadi dia sentuh,dia kemudian menyambung ayat nya dengan tatapan yang kosong pada dinding tersebut dan kaki serta tangan nya tidak bergerak daripada posisi awal mereka.


"Jika sahaja...aku mengatakan kita tidak boleh selamat? apakah reaksi mereka? menangis? membenci aku kerana aku tidak boleh diharap? atau pun...bunuh diri? lebih mati di tangan sendiri daripada mati di tangan kotor seperti itu? ini melelahkan,aku tidak ingin kehilangan mereka..aku tidak ingin kehilangan Kyrul Agneren."


Hayato menghapuskan tatapan kosong nya dan sekarang dia mula menyadari sesuatu kalau dia hanya duduk di sini maka,dia memang tidak akan membawa nasib baik.


Jadi untuk selamat dari harus kuat namun tidak juga daripada segi fizikal,Hayato kemudian perlahan-lahan bangun kembali dan sekarang dia berada di posisi biasa dia berdiri, pandangan biasa saat dia berdiri namun keadaan di sekitar agak gelap sehingga dia benar-benar tidak dapat melihat apa yang berada di samping atau pun di hadapan.


Hayato kemudian mengeluh sebentar namun selepas dari itu dia memutar tubuh nya dan sekarang dalam keadaan gelap yang menyeliputi pandangan serta tubuh nya, dia membuka langkah kaki nya melewati segala kegelapan tersebut.


Hayato kesusahan untuk melihat dan dia berkata dalam hati sambil menghulurkan kedua-dua tangan nya ke arah hadapan dan dia akan berhenti sampai dia menjumpai sesuatu yang boleh membuat kan mereka selamat,


"Ini terlalu gelap!!..aku tidak dapat melihat apa-apa!! bukan kah ini terlalu susah untuk aku? apatah lagi mereka,aku yakin mereka memerlukan bantuan tetapi mereka tidak boleh bersuara dan aku juga mengalami hal yang sama! tetapi dalam kondisi ini aku jauh lebih dicorotkan ya? siapa yang menentukan takdir aku? ini lebih menyakitkan daripada apa yang aku bayangkan."


Tepat selepas Hayato menamatkan ayat nya, kedua-dua tangan nya menyentuh sebuah benda namun hal tersebut bukan dinding besi atau sebagainya, apabila tangan Hayato merasakan hal tersebut Hayato mula berkata dalam hati,


"Nanti dulu! ini...bukan besi? aku tidak merasakan haba sejuk yang dipantulkan? jadi ini apa? dan juga struktur benda ini? seperti pernah aku pegang di suatu tempat."


Hayato cuba untuk mengingat nya namun tetap sahaja lelaki yang berambut putih serta yang berambut merah tersebut memerlukan setidaknya beberapa saat untuk mencari file yang sudah dihapus dalam otak nya.


Dan tepat perkiraan nya dalam beberapa saat dia sudah mengingat apa yang dia rasakan dan sewaktu dia cuba untuk mengingat hal tersebut dia menutup mata nya tetapi posisi tangan nya tidak berubah.


Dan sekarang dia membuka mata nya dengan agak luas dan benar dugaan nya itu adalah material yang selalu dia jumpai bahkan di alam liar,


"Ini adalah kayu!!"


Hayato tidak menipu atau pun menyembunyikan fakta kalau apa yang dipegang nya adalah sebuah jendela kayu dan tangan kanannya jatuh ke posisi awal.


Selepas dia menyandar hal ini dia mula berfikir keras sambil duduk kembali dan sekarang bahagian bawah nya iaitu punggung nya dapat merasakan kembali kesejukan besi tersebut.


Jujur sahaja jika dia terlalu lama sini mungkin dia akan mati kesejukan dan dia tidak ingin hal tersebut terjadi serta jika hal itu ingin terjadi maka dia tidak akan pernah membuat hal itu terkabul kan.


Hayato sekarang menyilangkan kaki nya dan sekarang dia duduk seperti orang biasa pada umum nya duduk iaitu duduk bersila tetapi duduk bersila nya lain,dia juga membawa perasaan yang tidak biasa.


Iaitu dia ketakutan.


Dia sudah memiliki rancangan tentang apa yang akan dia lakukan sekarang tetapi dia tidak tahu apakah dia akan berhasil dan tidak ada kemungkinan kalau tiada bangsawan di luar sana.


Hayato berkata dalam hati,


"Jika ruangan ini memiliki tingkap kayu maka tidak mustahil ada juga di ruangan sebelah kan? jika di luar tiada bangsawan maka aku akan cuba masuk ke dalam ruangan sebelah, selepas dari itu aku akan membawa mereka lari dari sini!!"


Hayato bertekad seperti itu saat dia duduk bersila dan jujur sahaja hal itu terlihat sedikit aneh untuk seorang lelaki—tidak! seluruh umat manusia.


Tetapi dia harus berdiri sekarang dan aktiviti yang dia lakukan sekarang benar-benar mengganggu diri nya iaitu dia duduk dan bangun,pada masa yang sama dia ingin berehat sejenak namun pada masa yang sama juga dia ingin segera menyelamatkan mereka.


Apabila melihat secercah harapan dan tingkap ini memberikan harapan tersebut maka dia sekarang tidak boleh duduk diam kerana hanya Hayato yang boleh membawa keselamatan kepada mereka berempat.


Namun sebelum membuka tingkap tersebut, Hayato berkata dalam hati sambil mengingat kepada seseorang yang pernah di temui di masa lalu dan masa lalu itu tidak lah terlalu jauh.


"Xeman..Xeli aku sudah tahu meskipun aku tidak melihat nya,rantai itu benar-benar menghilang kan? sama seperti saat kau mengatakan nya pada waktu itu,tidak apa Xeli berehat lah..meskipun.."


Hayato belum sempat menghabiskan ayat nya namun air mata nya jatuh lagi dan hal ini juga sempat terjadi sewaktu mereka belum memasuki kedai ini dan jujur sahaja perasaan pada waktu itu sama dengan perasaan nya yang sekarang.


Tiada perubahan dan tiada juga sedikit pun kecatatan di dalam emosi dan perasaan nya dia benar-benar memutarkan segala nya dan dia tidak pernah meragukan hal tersebut,jika sahaja dia lebih pergi untuk menyelamatkan Puteri Xeli.


"Apakah...takdir..aku..akan...berubah?"


Dia mengatakan hal tersebut sambil teresak-esak kerana air mata nya keluar lagi dan dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih nya,jika dia mampu menyembunyikan nya maka dia tidak akan kesulitan saat berkata-kata.


Namun sekarang kesusahan dan kepayahan dalam berbicara sambil menangis ini benar-benar menghancurkan emosi nya kerana dia tidak tahu yang mana harus di perbuat dulu,berkata-kata? atau mungkin menangis?—tidak, tidak itu tiada guna nya Hayato memang menangis.


Dan hal tersebut tidak diragukan lagi kerana dia sudah tahu kalau Puteri Xeli sudah mati dan dia tidak akan menjumpai lagi seorang perempuan yang berambut putih serta mata merah.


Kerana di dunia ini hanya ada dia dan tiada orang lain,dengan kata lain keturunan turun temurun Xeman Xiri benar-benar berakhir kerana generasi ke-300,Xeman Xeli sudah benar-benar mati tanpa memiliki anak.


Antara pencipta keturunan dan pengakhiran keturunan,mereka tidak akan saling membenci...kan?


Hanya mengharapkan hal itu sahaja itu akan sudah cukup kerana apapun yang dilakukan segala makhluk di dunia ini pasti akan merasakan mati,kerana kematian adalah adil.


Jika orang lain pernah merasakan nya, apakah diri sendiri berfikir tidak layak untuk menerima nya? sakit kematian adalah penawar untuk racun dunia yang saling merebak.


Hayato kemudian berhenti menangis dan kemudian dia mengelap air mata nya, Hayato kemudian berkata dalam hati sambil memegang pemegang tingkap kayu tersebut.


"Jika Xeman Xeli masih hidup,aku pasti akan melindungi nya! tetapi takdir berkata lain pada akhir hidup nya pun aku benar-benar tidak dapat melindungi nya dan aku tidak akan membiarkan hal tersebut berlaku kepada kami berempat!"


Selepas Hayato berkata seperti itu dia kemudian menolak tingkap kayu tersebut dam sekarang cahaya bulan masuk ke dalam ruangan dan perlahan-lahan kegelapan berjaya di hilangkan.


Tetapi pada saat ini dia sedang berdiri di atas sebuah kayu yang terdapat di tingkap kayu tersebut, dia kemudian berkata dalam hati sambil sedikit menutup mata nya.


"Dari dulu aku berfikir kalau orang-orang baik biasanya memiliki hidup yang buruk.. apakah benar begitu?"


Mungkin benar namun mungkin juga tidak kerana hal itu tidak dapat ditentukan di dunia ini dan untuk menutupi hal tersebut dia harus kembali ke Cry World.


Apakah dia benar-benar menginginkan benda yang semengerikan itu? sudah tentu sahaja tidak, sebenarnya di Cry World juga tiada orang baik bahkan Hayato—tidak! Ikaros juga bukan lah orang baik,dia akan benar-benar menolong saat dia ingin melakukan nya dan hal itu tidak pernah dia lakukan termasuk lah pada Linda.


Linda hanya kebetulan datang kepada nya kan? kebetulan berada di kedai tersebut pada waktu itu? dan kebetulan mereka bertemu? tidak,maaf itu hanya gurauan apa yang mereka alami pada saat itu, rasa apa yang timbul di antara mereka adalah murni takdir mereka sendiri.


Kerana mereka adalah orang yang terpilih yang pernah di jumpai Ikaros.


Xeman Xeli,Kyrul Agneren,Sumirei Linda.


Mereka adalah orang yang akan sentiasa bertahta di hati Ikaros dan hal tersebut tidak akan berubah sampai lah bila-bila.


Hayato tidak berfikir untuk mencintai orang lain dan dia sudah tidak larat untuk hal tersebut,semakin banyak dia mencintai maka semakin banyak pula peluang dia untuk merasakan kesakitan.


Apakah dia benar-benar menginginkan nya? mahu? tidak lebih baik duduk diam di situ itu hanya akan menghambat nya.


Hayato atau Ikaros bukan lah orang yang selalu mencintai orang lain dalam seumur hidup dia,Ikaros mungkin akan mencintai beberapa perempuan sahaja dan tidak lebih dari itu.


Hayato sudah menentukan nya dan ini adalah lebih dari limit nya dia tidak akan lagi mencintai perempuan lain dan apakah masalah ini masih belum selesai? seharusnya nya sudah.


Hayato kemudian dapat melihat di luar ruangan besi tersebut kalau tiada bangsawan di luar dan situasi di sini sangat berbeza apabila di luar, ini benar-benar aneh.


Meskipun terdapat beberapa bangunan dan perumahan di sini tetapi tidak banyak di antara mereka yang benar-benar hancur dan disepanjang jalan di sini tiada bangsawan yang lalu.


Hayato kemudian berkata dalam hati sambil berjalan ke arah hadapan sampai lah dia menjumpai sebuah tingkap kayu di ruangan sebelah.


"Pelik.. seperti tiada tanda-tanda kehidupan di sini? meskipun di sini malam dan tidak semua aku dapat melihat nya, memeningkan."


Hayato menutup ayat nya dengan memeningkan dan apabila dia mengatakan hal tersebut maka dia menang benar-benar memaksudkan nya.


Pening ya? Hayato mengalami hal tersebut beberapa kali tetapi tidak terlalu banyak.


Hayato berjalan melewati ruangan nya dan sekarang dia keluar dari kawasan ruangan nya dan dalam beberapa langkah dia dapat melihat ada sebuah ruangan kayu dan tidak diragukan lagi ini adalah ruangan sebelah.


Hayato berkata dalam hati sambil tersenyum kecil,


"Seperti dugaan ku! di ruangan sebelah ada juga tingkap kayu! jika sahaja ini memang benar maka Minaya,Yumeko, Kyrul Agneren!


kalian akan segera diselamatkan! jadi bertahan lah sedikit lagi."


Mungkin perkataan nya sedikit berlebihan,tiada jaminan kalau mereka di dalam bahaya lagipun tiada suara dari tadi dan itu sedikit mencurigakan meskipun mereka sama-sama diam atas alasan tidak ingin menarik para bangsawan.


KYRUL AGNEREN,HAZRUL MINAYA DAN HAZRUL YUMEKO


Di sisi ketiga-tiga perempuan ini juga turut menjadi masalah,ada banyak masalah nya iaitu Kyrul Agneren yang masih berada di dalam pengaruh magic ke masa lalu Minaya.


Minaya ialah seorang elf dan dia juga memiliki kekuatan tersembunyi dan hal tersebut hanya diketahui oleh beberapa orang iaitu ayah nya,Hazrul Erwe tetapi dia hanya tahu secara garis besar sahaja dan Kyrul Agneren.


Minaya mampu membawa seseorang pergi ke masa lalu namun itu memerlukan Mana magic yang sangat besar tetapi untuk sekarang dia sudah tiada penyesalan, sehingga dia tidak takut jika dia kehilangan magic.


Minaya yang berada di dalam gelap,dia tidak berdiri dan hal tersebut berlawanan kepada Yumeko yang sedang berdiri dan dia terlihat kebingungan kerana dia tidak tahu apa-apa tentang hal ini.


Minaya duduk dengan kaki yang dilipat sehingga bahagian telapak kaki nya tidak dapat dilihat jika seseorang berdiri di posisi belakang nya.


Dan Yumeko berkata dalam hati namun pada hakikatnya dia sedang menghubungkan fikiran nya pada Minaya atau biasa dia sebut sebagai telepati,


"Kak..aku tak sangka kau sembunyikan kekuatan seperti ini, sepatutnya kau memberitahu kepada aku lebih awal."


Minaya kemudian terlihat mengeluarkan eksperesi namun mata nya tertutup dan diri nya masih fokus untuk mengawal jiwa Kyrul dan masa lalu agar tidak terputus, jika mahu memutuskan nya maka Minaya harus melakukan nya dengan perlahan-lahan.


Kalau tidak ada,kemungkinan jiwa Kyrul Agneren akan hilang dan tubuh asli Kyrul Agneren akan mati dan tentu sahaja Minaya tidak menginginkan hal tersebut.


Hal tersebut boleh dilihat dari raut wajah nya yang sangat fokus tetapi fokus nya itu diganggu oleh adik perempuan nya sendiri iaitu Yumeko.


Minaya berkata kepada Yumeko dengan menggunakan telepati,


"Yumeko,jangan kacau aku lebih baik diam sahaja,jika tidak Kyrul akan mati."


Yumeko kemudian diam dan dia dengan segera memutuskan telepati dengan Minaya dan dia mengeluarkan eksperesi datar kepada Kyrul Agneren yang sedang terbaring dan terdapat lingkaran sihir hijau yang mengelilingi tubuh Kyrul Agneren.


Yumeko kemudian berkata dalam hati dan tentu sahaja segala perkataan nya yang tidak diucapkan secara suara tidak akan didengar oleh Minaya.


"Kyrul..Agneren..kakak aku ialah seorang yang periang dulu tetapi setelah ibu kami meninggal kami kehilangan arah tujuan kami dan di dalam keluarga kami hanya tersisa ayah dan abang kami..namun abang kami juga pergi meninggalkan kami,tetapi Kyrul Agneren kau mengubati luka besar yang ada pada kakak aku..kau memang hebat."


Yumeko tersenyum kecil dan dia menutup sebentar kedua-dua mata nya lalu membuka nya kembali kerana dia masih ingin melihat tentang apa yang terjadi dengan Kyrul.


Namun apabila dia membuka mata nya dia hanya melihat pemandangan yang sama iaitu

__ADS_1


Kyrul yang masih terbaring di sana iaitu di tengah-tengah lingkaran sihir hijau dan posisi Minaya iaitu mata,kaki serta tangan nya yang masih tidak menunjuk sebarang perubahan.


Berbalik kepada Minaya yang berada sedikit di hadapan daripada Yumeko yang sedang berdiri dan dia seperti nya sudah cukup tinggi namun seperti biasa,Minaya sedang berada di dalam posisi duduk jadi tidak boleh membuat perbandingan.


Minaya masih menutup mata nya,sejak Kyrul meminta diri nya untuk dihantar ke masa lalu meskipun Minaya tidak tahu secara spesifik di mana Kyrul ingin mendarat.


Kerana hal tersebut hanya akan diketahui oleh sang korban,di dalam ritual ini Minaya adalah sang pengguna dan Kyrul adalah sang korban meskipun Kyrul tidak akan dikorbankan di sini tetapi Minaya selalu menyebut nya seperti ini agar senang untuk diingat.


Minaya kemudian berkata dalam hati tetapi


diri nya masih fokus,dia hanya akan merasa terganggu apabila Yumeko atau siapa-siapa pun itu yang cuba untuk berbicara dengan nya tetapi apabila ingin merespon kekacauan yang diberi tidak bermakna dia akan merepson nya dengan negatif.


Justeru dia hanya akan sedikit meninggi kan suara nya meskipun tidak bermakna dia akan marah,dia hanya ingin memperingati orang tersebut kalau Hazrul Minaya sedang sibuk dan jangan sesekali mengacau.


Tetapi nasib baik, perempuan yang berada di belakang nya iaitu Yumeko mengenal kakak nya dengan baik dan benar jadi Minaya tidak perlu banyak berbicara dan boleh terus fokus untuk mempertahankan jiwa Kyrul Agneren.


"Aku tidak akan membiarkan Kyrul mati!! aku tidak akan membenarkan dewa mengambil nyawa nya!!"


Rasanya perkataan nya terlalu berlebihan dia sendiri mengatakan nya kan? kalau dia tidak akan membiarkan Kyrul Agneren mati maka dia memang akan melakukan hal tersebut,Minaya tidak akan menjilat kembali air liur nya.


Dan itu bermaksud mustahil untuk dia membiarkan Kyrul Agneren mati.


Yumeko kemudian melihat hal tersebut dan maju sedikit ke hadapan dan pada kali ini dia dapat melihat apa yang dia pijak dan apa yang berada di hadapan nya.


Ini semua diakibatkan daripada cahaya lingkaran sihir tersebut meskipun cahaya nya hijau tetapi disebabkan hal tersebut, Yumeko dapat berjalan tanpa perlu terlalu hati-hati.


Yumeko sekarang berada di samping kakak nya dan berada di hadapan Kyrul Agneren dan pemandangan nya benar-benar tidak berubah sampai-sampai Yumeko berkata dalam hati sambil duduk mencangkung,


"Membosankan.."


Yumeko memang merasakan perasaan nya padahal dia ingin melihat sesuatu yang lebih gila lagi namun ini jauh di luar dugaan nya iaitu sesuatu yang membosankan.


Secara jujurnya,Yumeko juga tidak ingin seseorang yang mengubah hidup kakak nya iaitu Kyrul Agneren mati bodoh di sini,hanya kerana kakak nya tidak dapat fokus dan seterusnya Kyrul malah mati di sini.


Dia tidak akan membiarkan lawak itu benar-benar terjadi tetapi itu lebih kepada situasi yang paling bodoh dan jika itu memang terjadi maka Minaya adalah seseorang yang akan paling disalahkan.


Meskipun ada benda,Yumeko atau apapun lah itu yang mengacau nya tetapi pada akhirnya dia tetap salah,kerana apa? kerana dia sendiri tidak dapat fokus.


Tidak perlu ragu kan? jika memang Kyrul Agneren akan mati pada bahagian ini maka memang dipastikan kalau ini ialah salah Minaya kerana ketidakfokusan nya sampai membunuh orang lain.


Yumeko kemudian melihat situasi Minaya iaitu kakak nya yang sedang fokus dan menutup mata nya namun hal tersebut terlihat asing di mata Yumeko.


Yumeko yang berada dalam posisi mengcangkung serta berada di samping Minaya pun berkata dalam hati dan dia menatap wajah Minaya tanpa eksperesi,


"Ini pertama kali nya..aku melihat kakak seperti ini."


Itu mungkin sahaja bohong dan mungkin sahaja tidak atau boleh saja menjadi kedua-dua nya,Minaya ialah seorang yang tidak bersosial sejak kematian ibu nya dan dia selalu sahaja di benci oleh orang lain.


Namun Kyrul Agneren adalah orang yang paling memahami nya,oleh kerana itu Minaya ingin melindungi Kyrul Agneren lebih dari siapa-siapa pun di dunia ini.


Yumeko tidak dapat merasakan perasaan yang sama dengan kakak nya kerana dia tidak pernah memiliki seseorang yang dia sukai tetapi dia mempunyai seseorang yang dia sayangi,sejak kematian abang kesayangan nya serta ibu nya.


Dia sudah tidak memiliki apa-apa melainkan kesakitan dan kesakitan yang merajai hati serta pemikiran nya.


Yumeko berkata dalam hati sambil bernafas namun apa yang dilakukan oleh diri nya tidak diketahui oleh kakak nya,


"Haihhh,bila kah ini segera berakhir? lagipula Kyrul Agneren sebenarnya apa yang kau cari di saat-saat seperti ini? aku tidak menyalah kan mu jujur sahaja aku ingin kekuatan kakak,tetapi apa yang disembunyikan kakak? sebuah kuasa terpendam? dan dia tidak memberitahu aku? kenapa kakak selalu seperti itu? menahan kesakitan seorang diri ialah perbuatan yang kejam."


Yumeko menyatakan hal yang sebenar nya sehingga dia tidak boleh dikatakan sebagai seorang pembohong,namun di sini Minaya adalah seorang yang sangat banyak menyimpan rahsia.


Betul kan? wahai Ratu Bencana,Hazrul Minaya.


Ratu Bencana adalah sebuah bencana besar dan merupakan salah satu makhluk 300 tahun sekali.


Tidak banyak buku yang boleh memberikan fakta yang tepat dan banyak di antara buku-buku tersebut adalah teori namun hal tersebut sudah di kaji oleh pakar-pakar yang menyelidiki bencana 300 tahun.


Persoalan nya siapa yang mencipta konsep bencana 300 tahun? sudah tentu lah Ratu Bencana, namun kenyataan sedikit lebih kejam iaitu Ratu Bencana sangat lah lemah.


Bahkan dia tidak akan lepas meskipun melawan Hayato apatah lagi Puteri Xeli.


Dengan tiba-tiba Minaya batuk dan hak tersebut tersebut cukup kuat untuk didengar namun besi disekeliling nya benar-benar menghambat suara nya,jadi Hayato yang berada di disebelah tidak mampu untuk mendengar kan diri nya.


"Huk...huk.."


Dan mata nya sedikit terbuka tetapi dengan cepat dia menutup nya kembali dan adik nya iaitu Yumeko yang berada di samping nya menyadari akan hal tersebut.


Dengan bergegas berkata dan wajah nya benar-benar panik,hal tersebut juga menandakan dia tidak ingin melihat Kyrul mati di sini tetapi jika diteliti lagi Yumeko tidak menyentuh kakak nya itu kerana kakak nya terlihat kembali fokus dan perlahan-lahan cahaya hijau dari sihir tersebut mula memadam.


"Kak! kenapa kak!"


Setelah mengatakan hal tersebut,Minaya terlihat sangat keletihan dan beberapa saat kemudian sihir yang terdapat di kelilingi Kyrul Agneren menghilang serta sihir yang terdapat pada tangan Minaya juga hilang.


Dan Minaya terbaring di atas lantai besi, hal tersebut benar-benar meletihkan sehingga dia tidak tahu harus mengeluarkan reaksi yang seperti apa ketika selesai melakukan hal ini.


Minaya terbaring namun tidak pingsan kerana dia masih membuka mata nya hanya saja pernafasan nya tidak teratur dan hal tersebut benar-benar mengacau Yumeko yang terlihat panik.


Dia dengan segera mendekati Minaya dan sekarang dia memegang pinggang kakak nya dan dia menggoyangkan Minaya dengan perlahan tetapi hal tersebut mungkin akan membuat Minaya bangun dengan segera.


"Kakak!! kakak!!"


Wajah risau Yumeko yang tiada dua nya,dia sangat tidak ingin kehilangan Minaya kerana ini adalah keluarga terakhir nya dan sudah dipastikan Elf Kingdom benar-benar sudah musnah.


Kemudian terdengar suara yang tidak asing di telinga Yumeko dan hal tersebut membuat kan wajah panik Yumeko seketika sedikit menghilang meskipun pada perasaan nya masih ada.


"Yumeko...jangan..risau..aku..hanya....sedikit..


letih.."


Dan selepas itu Minaya bangun dan hal tersebut membuat kan Yumeko sedikit menjauh daripada Minaya kerana dia ingin memberi Minaya bernafas dan ruang.


Dan perlahan-lahan pernafasan Minaya teratur dan ini semua berkat Yumeko.


Yumeko kemudian berkata kepada Minaya yang sedang memandang Kyrul yang masih tidak kunjung bangun,


"Kakak..macam mana dengan Kyrul?"


Minaya kemudian menjawab nya dengan berkata,namun arah pandangan nya masih lagi tidak berubah,


"Jangan risau.. Kyrul Agneren dia okay dan dia akan segera bangun."


Dan tepat setelah dia mengatakan hal tersebut Kyrul Agneren benar-benar bangun


dan seperti nya sekarang dia berada di dalam posisi duduk sehingga dia dapat melihat dengan jelas tentang apa yang terjadi.


Dan dia memegang kepala nya dan sudah tentu dia menggunakan tangan kanan nya kerana tangan kiri nya sudah tiada.


Mungkin itu sedikit gelap tetapi tidak mengapa lah kerana ini juga yang terbaik dan tiada siapa yang akan menyadari serta mempermasalahkan hal tersebut.


Minaya kemudian mendekati Kyrul Agneren yang sedang pening dan Minaya berkata,


"Macam mana?? apakah kau menemui nya? atau lebih tepatnya apakah kau menjumpai masa lalu yang ingin kau lihat??"


Dengan sekejap,Kyrul Agneren membuang wajah senyum nya dan dia tersenyum kecil pada Minaya meskipun di sana agak gelap tetapi mereka masih dapat melihat antara satu sama lain.


Minaya kemudian sedikit terkejut dan dia lalu bangun dari duduk nya,


"Begitu ya? luka nya sangat buruk pada waktu itu? akan kah dia sembuh?"


Kyrul Agneren kemudian bangun dan mengikuti pergerakan Minaya dan dia berkata sambil ketawa kecil dan juga tersenyum,


"Hahahaha,sudah tentu lah.."


Dan kemudian dengan cepat hal tersebut hilang dan wajah nya penuh dengan kerisauan namun di dalam hal ini dia hanya boleh berharap kepada Kyrul Agneren yang berada di masa lalu.


Kyrul Agneren yang berada di masa sekarang tidak akan dapat melakukan apa-apa melainkan hanya melihat dan berteori namun seperti yang diketahui dan dia sendiri juga mengetahui hal tersebut.


Kalau Minaya dan dia di masa lalu akan datang ke istana dan selamat nya Hayato tetapi...


Kyrul Agneren memutar tubuh nya sehingga pandangan dan juga arah tubuh nya berlawan dengan Minaya dan juga Yumeko, Kyrul berjalan beberapa langkah ke hadapan sehingga apabila Minaya ingin mendekati diri nya,dia juga harus melakukan tindakan yang sama.


Kyrul Agneren berada di sebuah hadapan tingkap kayu dam hal tersebut berada di juga di dalam ruangan Hayato namun disebabkan keadaan gelap dan jarak nya dengan tingkap itu masih agak jauh jadi dia tidak menyadari nya.


Dia berhenti pada satu situasi dan dia berkata dalam hati sambil tangan kanan nya berada di dada kiri nya dan kepala nya tertunduk,


"Pada diri ku di masa lalu,tolong selamat kan Hayato—"


Dia belum menghabiskan ayat nya kerana tepat di hadapan nya sudah jelas tingkap kayu di buka dan cahaya bulan mula menyinari ruangan mereka.


Hal tersebut membuat kan Kyrul Agneren,Minaya dan juga Yumeko kehilangan posisi mereka dan Minaya dan Yumeko menutup mata mereka serta menghalang cahaya bulan tersebut dari menyinari mata mereka.


Jika tidak,mereka akan sangat kesakitan atas cahaya yang tiba-tiba muncul itu.


Namun Kyrul Agneren tidak merasakan hal tersebut kerana diri nya terkejut melihat sosok yang baru tadi dia temui dan lelaki itu ialah Hayato.


Hayato berdiri di antara pembatasan ruangan tersebut dan juga bahagian luar ruangan,dia juga berada dalam keadaan mengcangkung


dan dia menghulurkan tangan kiri nya pada Kyrul Agneren.


Kemudian dia berkata dengan senyuman indah terukir di wajah nya dan di belakang Hayato juga terdapat cahaya bulan yang menyinari,antara sebab mata Kyrul tidak sakit saat terkena cahaya bulan ialah ada sosok yang menghalang cahaya tersebut,


"Aku datang untuk menyelamatkan kau!! Kyrul! orang yang waktu itu kau..kan? maka dari itu akan ku balas budi..aku pula yang akan menyelamatkan mu—tidak! aku akan menyelamatkan kalian!! jadi bersabar lah!!"


Kyrul Agneren tersenyum dan senyuman nya juga terukir dengan indah di wajah nya dengan cepat dia meraih tangan Hayato dan dia berkata dengan ekspresi muka yang masih tidak berubah,


"Kau terlambat menyadari nya,bodoh."


Meskipun Kyrul Agneren berkata seperti itu namun pada hakikatnya segala ayat nya berlawan dengan apa yang dia katakan dan tiada alasan lain.


Minaya dan Yumeko kembali dapat melihat tentang apa yang terjadi,namun mereka sedikit tidak memahami situasi ini.


Minaya berkata dengan apa yang dia lihat dan mata nya sudah mula terbiasa kembali dengan cahaya,


"Hayato? kau datang menyelamatkan kami ya?? dan juga aku tidak menyadari langsung tentang tingkap kayu itu."


Hayato mendengar suara tersebut dan dia langsung tahu kalau itu adalah suara Minaya,dia dengan cepat berkata sambil memandang ke arah Minaya,


"Ouh tidak apa,yang lebih penting sekarang kita harus keluar dari sini sebelum mereka menemukan kita!!"


Minaya tersenyum dan Yumeko yang melihat Hayato kemudian berkata sambil membuka langkah kaki nya dan mendekati mereka berdua serta pada waktu itu juga Hayato sedang menarik Kyrul keluar daripada ruangan besi.


"Hebat Hayato dan juga terima kasih."


Wajah nya sedikit memerah dan dia benar-benar memaksudkan perkataan nya tetapi dia tidak mampu jujur pada perasaan nya.


Hayato memandang ke arah Yumeko dan diri nya juga sudah berada di posisi luar dari ruangan besi,Hayato berkata


"Sama-sama Yumeko,dan juga sampai bila kalian akan berada di dalam situ? kita harus segera pergi."


Minaya dan Yumeko tersenyum kecil mereka berjalan secara bersamaan dan mereka mendekati ke arah Hayato dan juga Kyrul Agneren yang sudah berada di luar.


Selepas mereka keluar, sekarang mereka sudah benar-benar keluar daripada kegelapan tetapi kegelapan malam ini menyeliputi mereka meskipun tidak terlalu gelap kerana di terangi oleh cahaya bulan.


Minaya pun berkata kepada Hayato yang berada di hadapan nya,


"Hebat Hayato,kau menyadari tingkap itu di dalam gelap,aku bahkan tidak menyadari nya!"


Dia memuji Hayato dan Hayato memandang ke arah nya dengan senyuman yang kecil, Hayato berkata sambil menyilangkan kedua-dua tangan nya,


"Hahahaha, terima kasih,Minaya tetapi pujian itu simpan lah selepas ini kerana.. dibelakang kita terdapat sebuah mimpi ngeri."


Hayato memandang ke arah belakang dan terdapat pemandangan yang mengerikan tetapi mereka berdua tidak langsung memandang ke arah belakang.


Iaitu Yumeko dan juga Minaya.


Kerana Yumeko dengan secara tiba-tiba menggunakan telepati serta dia berkata kepada Minaya,


"Tadi kakak fokus untuk membawa Kyrul ke masa lalu kan? jadi wajar—"


"Diam!"


Minaya mengatakan hal tersebut dengan cepat untuk menghentikan ayat Yumeko dan mereka saling bertatapan,tetapi reaksi mereka malah tertawa kecil.


Kyrul Agneren tidak memandang ke arah mereka melainkan ke arah yang dipandang sama dengan Hayato iaitu di belakang mereka.


Kyrul Agneren berkata berdasarkan penglihatan mengerikan yang dia lihat,


"Apa..itu"


Wajah nya sedikit memucat tetapi dia tidak takut kerana dia tahu Hayato pasti ada idea untuk membawa mereka keluar daripada situasi ini.


Dan Hayato berkata kepada mereka bertiga tetapi pandangan nya masih lagi tidak berubah kerana apabila mahkluk itu bangun dan salah satu dari mereka tidak menyadari nya maka mereka di dalam masalah besar.


"Aku tak sangka...bangsawan itu mereka di sini? tetapi seperti nya mereka tidak menyadari keberadaan kita?"


Minaya kemudian memerhati ke arah bangsawan tersebut dan dia berkata dengan pandangan nya yang masih tidak berubah,


"Tidak,kau salah jika dilihat lebih teliti mereka seperti nya sedang tidur..? itu agak aneh tetapi bukan kah ini kesempatan emas untuk melarikan diri?"


Kyrul Agneren kemudian berkata sambil memandang ke arah Minaya dan dia terlihat menyetujui apa yang dikatakan oleh Minaya,


"Itu betul!! Hayato mari segera pergi!"


Dia tidak menjerit,di dalam radius 100 meter mungkin jika mereka mendengar jeritan Kyrul Agneren maka mereka akan bangun tetapi nyata nya Kyrul Agneren tidak menjerit namun dia hanya berkata dengan suara yang sedikit lebih kuat daripada sebelum ini.


Hayato kemudian berkata dan diri nya memutar arah tubuh nya,dia juga memulakan kembali langkah kaki nya sehingga dia sekarang berada di hadapan Kyrul,


"Ya,kau benar kita harus pergi dari sini tetapi jangan lari kerana kemungkinan itu akan membangunkan nya atau bahkan lebih buruk mengundang bangsawan yang berada di hadapan datang."


Selepas mengatakan hal tersebut Hayato memegang tangan kanan Kyrul Agneren lalu mengajak nya untuk pergi dan hal tersebut di lihat oleh Minaya dan juga Yumeko.


Wajah Kyrul Agneren sedikit memerah tetapi dia masih dapat menyembunyikan perasaan nya itu,

__ADS_1


"Eh..Hayato?"


Dia memandang ke arah Hayato dan Hayato juga melakukan hal yang sama,tetapi Hayato berkata sambil membuka kembali langkah kaki nya dan Kyrul mahu tidak mahu harus mengikut Hayato dengan tangan kanan nya yang ditarik.


"Kita harus pergi, Kyrul."


"Baiklah.."


Kyrul hanya boleh tertunduk dengan wajah yang memerah dan emosi nya mula tidak menentu.


Minaya hanya menatap mereka dengan tatapan kosong dan kemudian dia memulakan langkah kaki nya sambil melihat telapak tangan kanan nya,dia berjalan dan hal tersebut diikuti oleh Yumeko yang berada di samping nya,


Minaya berkata dengan tatapan kosong yang semakin meluas,


"Aku cemburu...tetapi...aku ingin kan seseorang yang aku sayang secara perasaan berlawan jenis namun..."


Minaya kemudian memandang ke arah hadapan dan dia menggenggam tangan kanan nya lalu tangan nya berada di posisi awal.


Yumeko melihat hal tersebut dan dia berkata dalam hati dengan pandangan yang tertuju pada Hayato dan juga Kyrul Agneren.


"Mereka benar-benar dekat kan? dari reaksi mereka sudah jelas..mereka saling memiliki perasaan..tetapi kakak seperti nya tidak menyukai Hayato,dia hanya cemburu melihat kemesraan mereka..kan?"


Yumeko sebenarnya meragukan ayat "Minaya tidak menyukai Hayato" dan kenapa Minaya boleh percaya dengan cepat kalau Hayato ialah orang dunia lain? sejak saat diketahui nya identiti sebenar Hayato.


Hayato selalu berfikir kalau logik "dunia lain" di Second New World memang benar-benar ada,banyak reaksi mereka yang boleh menerima keberadaan mahluk dunia lain.


Itu bermaksud mereka pernah berjumpa dengan makhluk dunia lain selain Hayato? itu sedikit meragukan tetapi mereka mempercayai Hayato dengan senang kerana Hayato terlihat sangat mencurigakan dan itu adalah pemikiran mereka pada waktu itu.


Satu langkah demi satu langkah dan apabila mereka melihat ke langit seakan-akan bulan itu berjalan mengikut mereka namu. pada kenyataan tidak,bulan itu berjarak 384,000 jauh nya tetapi pada planet atau dunia ini.


Seperti nya jarak bulan akan lebih jauh dan hak tersebut mempengaruhi sistem pasang surut air tetapi bulan di dunia ini 2 kali lebih besar daripada bulan di Cry World.


Hayato selalu melihat bulan tersebut dan bulan itu benar-benar indah, tidak dapat di gambarkan oleh siapa-siapa pun dan Hayato menyukai nya.


Namun ini tidak akan bertahan lama kerana dengan tiba-tiba mereka mendengar suara bunyi suara orang menjerit dari arah belakang mereka dan dengan cepat mereka memandang ke arah belakang.


Dan dalam radius 100 meter mereka benar-benar dapat melihat nya iaitu ada lima bangsawan yang memegang pedang hitam sedang mendekati mereka.


Dan salah satu daripada mereka menghulurkan tangan kanan nya sambil lari menuju ke arah mereka berempat dan Hayato dengan cepat berkata,


"Lari!! lari!! lari!!"


Dia menjerit untuk memberi orang-orang di saja sedar kalau ini bukan lagi situasi yang bermain-main,Hayato dengan cepat lari dan menarik Kyrul Agneren,Minaya dan Yumeko juga melakukan hal yang sama meskipun tidak berpegang tangan.


Namun baru beberapa langkah,mereka benar-benar terhenti kerana di hadapan mereka terdapat sebuah dinding dan tanpa Mana magic mereka tidak akan dapat menghancurkan dinding tersebut.


Antara sebab kenapa seluruh rakyat Xeli Kingdom tidak dapat lagi menggunakan magic kerana mati nya sumber magic mereka iaitu Xeman Xeli dan generasi ke-300 dan kerajaan yang didirikan oleh Xeman Xiri iaitu generasi pertama.


Generasi pertama di antara generasi ke tiga ratus.


Hayato terhenti kerana dinding tersebut dan dia berkata sambil memandang ke arah bangsawan tersebut,


"Sial! ada dinding!! kalau diteruskan seperti ini kita tiada pilihan lain! bertarung lah Minaya!"


Hayato melepas kan tangan Kyrul Agneren lalu dia mengeluarkan sebuah pedang dari magic penyimpanan nya dan terdapat pedang perak yang ada dua bilah.


Dia lalu melemparkan satu pedang lagi kepada Minaya dan dengan cepat Minaya menyambut pedang tersebut dengan kedua-dua tangan nya.


Minaya mengarah kan pedang nya itu kepada bangsawan-bangsawan tersebut dan itu adalah tanda-tanda perlawanan dan mereka menunggu sampai bangsawan itu berhenti untuk menghadapi mereka.


Dan tepat dugaan mereka tetapi di sini jumlah mereka hanya 3 orang dan rupa mereka begitu mengerikan,2 orang bangsawan lagi hilang entah ke mana mungkin mereka berdua ketakutan.


Minaya kemudian berkata sambil maju ke hadapan untuk menebas kepala bangsawan tersebut dan dia mengayung kan pedang perak nya.


"Mari kalah kan mereka!! Hayato!"


"Mari!!"


Hayato juga melakukan hal yang sama dan hal tersebut memang terlihat sangat epik dan masing-masing di antara mereka sudah bertemu pedang antara pedang.


"Kling"


Bunyi ini ialah hasil tabrakan kedua-dua pedang dan hal tersebut cukup bising tetapi mereka berdua bertarung dengan sangat bagus, sehingga Kyrul Agneren dan juga Yumeko yang berada di belakang mereka di buat terkagum-kagum dengan teknik pedang mereka.


Yumeko berkata dalam hati dengan ekspresi terkejut dan dia juga sedikit mendekat kan diri kepada Kyrul Agneren,


"Hebat..kakak dan juga Hayato menyembunyikan kemampuan yang seperti ini? ini memang luar biasa."


Yumeko sedikit tersenyum dan dia juga berkata kepada Kyrul Agneren yang berada di samping nya dia mengatakan hal tersebut atas alasan dia juga adalah penonton rancangan ini.


"Kita sudah dipastikan menang kan? Kyrul Agneren."


Kyrul Agneren juga tersenyum sedikit tetapi selepas beberapa saat dia membuang reaksi wajah nya itu dan menggantikan nya dengan wajah datar sambil melihat pemandangan pertarungan mereka,


"Tidak juga..Hazrul Yumeko, kita tidak tahu kesudahannya dan aku tidak meragukan teknik berpedang Minaya dan juga Hayato kerana mereka benar-benar sama-sama hebat."


Yumeko kemudian berkata dalam hati sambil pandangan nya tertuju kepada mereka yang sedang bertarung,


"Hayato..rambut putih dan mata merah..2007 benar-benar bencana 300 tahun kan? meletihkan aku sepatutnya tidak lahir seawal ini, setidaknya berikan lah aku lahir lebih lambat."


Di sisi lain,Kyrul Agneren berkata dalam hati dan arah pandangan nya masih sama dengan Yumeko iaitu kepada mereka yang sedang bertarung,


"Bertahan lah Haya—"


Dia belum sempat mengatakan apa-apa dengan tiba-tiba dia merasakan kesakitan yang luar biasa yang datang daripada belakang nya dan hal ini memang secara tiba-tiba.


Bahkan Hayato tidak menyadari nya dan juga Minaya kerana mereka sibuk bertarung dengan bangsawan itu tetapi sekarang tidak diragukan lagi ada dua bangsawan yang menggunakan sihir ilusi.


Atau lebih tepatnya sihir persembunyian.


Disebabkan kematian Puteri Xeli iaitu sumber Mana di negara ini sudah mati,Kyrul Agneren juga tidak dapat menggunakan magic kerana hal tersebut jadi dia tidak dapat melihat bangsawan tersebut.


Dan rasa sakit yang Kyrul Agneren alami sekarang tidak semua dia dapat rasakan, setidaknya untuk 2 saat ke hadapan kerana situasi nya sekarang berada di dalam keadaan terkejut sehingga rasa sakit itu tidak dirasai.


Kyrul Agneren mengatakan ayat perlahan dan diri nya seakan-akan mahu jatuh ke hadapan kerana sebenarnya Kyrul Agneren ditusuk oleh pedang hitam dari belakang dan apabila pedang itu menembusi perut Kyrul Agneren


pedang tersebut mengeluarkan sebuah aura hitam


Aura hitam menyebar ke seluruh tubuh Kyrul Agneren.


"Eh?"


Sebuah perkataan yang memiliki banyak makna kerana hal ini memang secara tiba-tiba, Kyrul Agneren tidak tahu harus beraksi seperti apa.


Kyrul Agneren kemudian terjatuh ke lantai namun posisi nya masih dia dapat pertahanankan kerana terlihat dengan jelas kalau bahagian depan badan nya tidak terkena lantai.


Dan hanya telapak kanan kanan nya serta kedua-dua lutut nya sahaja lah yang terkena lantai.


Dan terlihat bangsawan tersebut mencabut pedang nya daripada perut Kyrul dan dia melakukan hal tersebut dengan laju sehingga darah dari perut Kyrul Agneren laju keluar.


Dan keluar seakan-akan paip yang sudah bocor dan itu benar-benar menyakitkan tetapi di eksperesi Kyrul Agneren hanya tersisa ketakutan dan juga panik, setidaknya untuk sekarang dia tidak mampu untuk mengeluarkan suara.


Kyrul Agneren kemudian mengubah sudut pandang nya iaitu ke arah hadapan nya,dia melihat Hayato yang berada di hadapan nya.


Dan yang seperti nya Hayato dan Minaya sudah dapat menjaga jarak dengan mereka,semua itu dapat dilihat daripada ketiga-tiga bangsawan tersebut yang seperti nya sudah terluka parah diakibatkan serangan pedang yang berterusan,yah.. setidaknya Minaya melawan dua orang.


Minaya berkata dalam hati sambil nafas nya keluar dan masuk dengan cepat dan posisi tangan nya masih lagi memegang pedang nya serta arah mata pedang yang tajam tersebut ditujukan kepada mereka bertiga,


"Bagus! mereka terluka parah!! dengan ini kami boleh menang."


"Kakak!! tolong."


Suara itu memotong ayat seterusnya yang ingin di berikan oleh Minaya dan suara itu tidak asing bagi mereka berdua,Hazrul Yumeko.


Yang sedang menggunakan magic pertahan,Yumeko berada di belakang sebuah perisai yang berwarna hijau dan di arah berlawanan diri nya terdapat dua orang bangsawan yang menumbuk serta menghayunkan pedang nya pada perisai Yumeko.


Dan sudah tentu Hayato dan Minaya seketika panik melihat hal tersebut apatah lagi pandangan Hayato tertuju kepada Kyrul Agneren yang perut nya sudah berdarah dan terbaring tidak jauh dari Yumeko.


Namun Yumeko sendiri dalam bahaya,Minaya kemudian berkata sambil berlari maju ke hadapan,


"Hayato selamat kan Kyrul Agneren!"


Tanpa berkata lagi mereka melaju dengan cepat dan sudah tentu Minaya sudah bersedia dengan pedang nya dan dalam beberapa saat.


Minaya menebas bahagian tepi tubuh salah satu bangsawan tersebut dan bangsawan tersebut tidak memiliki pedang, bangsawan itu menjerit kesakitan,


"Arghhh!!!"


Kesakitan membaluti diri nya sehingga dia tidak dapat lagi merasa kan apa-apa.


Di sisi lain, Hayato melempar pedang nya ke arah lain sehingga pedang tersebut sekarang berada agak jauh daripada diri nya tetapi agak dekat dengan Yumeko dan juga Minaya.


Hayato berkata sambil memegang Kyrul,


"Kyrul!! aku mohon!! jangan!! jangan!!"


Air mata Hayato jatuh dan hal tersebut tidak perlu di ragukan lagi,ini memang benar-benar terburuk dan hal ini sepatutnya tidak pernah terjadi kan? tetapi entah siapa yang membawa mereka ke dalam situasi ini?


Hayato sempat memikirkan hal yang sama tetapi dia tidak niat untuk memikirkan hal itu pada situasi ini.


Hayato kemudian mengangkat Kyrul Agneren layak nya seorang pengantin.


Dan sekarang Hayato benar-benar dapat merasa berat badan asli Kyrul Agneren dan dengan tegap dia berkata kepada Kyrul sambil air mata nya yang tiba-tiba jatuh dan ada di antara air mata tersebut membasahi tangan Kyrul.


"Aku..minta..maaf"


Minaya kemudian berkata kepada Hayato tetapi Hayato tidak memandang ke arah nya dan juga dia masih lagi bertarung dengan mereka dan terlihat dengan jelas di situ,Yumeko bertarung juga dengan menggunakan pedang yang dibaling oleh Hayato,


""Tolong...tolong bawa Kyrul pergi tetapi benarkan aku berkata dulu, Kyrul Agneren terima kasih untuk segala-galanya tolong jangan lupakan diri ku kerana aku juga tidak akan melupkan mu sampai bila-bila!"


Kyrul Agneren mendengar hal tersebut tetapi nafas nya masih lagi tidak teratur sehingga dia tidak mampu menjawab banyak dan hanya berkata,


"Y-ya"


Dengan tenaga yang sangat sedikit,Hayato kemudian berkata sambil memandang ke arah Kyrul tetapi pada hakikatnya dia memandang ke arah Hazrul Minaya,


"Aku meminjam sedikit Mana mu,Minaya


Fly!"


Dengan cepat Hayato terbang dan membawa Kyrul Agneren di pangkuan nya dan hal itu benar-benar menyedihkan,Minaya kemudian berkata dalam hati dan dia merasakan seakan-akan kawasan di sekitar nya menjadi putih,


"2006,aku menjumpai seorang perempuan yang sangat pelik dan dia seorang manusia..sejak bersama nya aku perlahan-lahan mengenali dunia ini..yup! orang itu adalah diri mu! Kyrul Agneren."


Minaya dengan cepat menolak bangsawan tersebut dan selepas melakukan hal tersebut, terlihat dengan jelas Minaya mengundurkan langkah kaki nya.


Dan dengan tiba-tiba dia dapat merasa bahagia belakang tubuh nya di langgar oleh seseorang dan orang tersebut adalah Yumeko yang memiliki arah yang sama dengan diri nya,kerana pada sisi ini Yumeko juga sedang bertarung.


Minaya kemudian berkata dengan posisi pedang yang masih sama,


"Apakah kau masih boleh bertarung? Yumeko?"


Yumeko kemudian berkata sambil maju ke hadapan dan dia mangayuhkan pedang nya dan hal tersebut sangat ceroboh tetapi nasib baik dia tidak mati.


"Sudah tentu lah!! Kakak!!"


Minaya kemudian tersenyum kecil sambil melakukan hal yang sana dengan Yumeko,


"Adik perempuan yang gegabah,kau akan mati."


Kemudian mereka akan melanjutkan pertarungan mereka yang tadi.


SISI HAYATO DAN KYRUL AGNEREN


Kyrul Agneren sedang sekarat dan nafas nya benar-benar tidak teratur namun sekarang terlihat kalau mereka sendiri berada di sebuah taman bunga dan disekeliling mereka terdapat bunga merah dan nama bunga tersebut adalah


HIGANBANDA atau RED SPIDER LILY.


Bunga ini memang benar-benar melambangkan apa yang sedang terjadi sekarang,darah Kyrul yang keluar pun membasahi bunga merah tersebut.


Tetapi warna merah nya tidak dapat lihat kerana warna bunga itu sendiri.


Hayato yang masih berada di situ dan diri nya terlihat menggunakan magic penyembuh pada luka Kyrul Agneren namun ia nya sia-sia.


Kerana setiap kali dia menggunakan nya dengan tiba-tiba lingkaran magic nya pecah seakan-akan ada satu sistem yang menghalang nya.


"Sial!!! KENAPA TAK BOLEH!!!!"


Dia begitu marah dan tidak diragukan lagi namun dengan tiba-tiba kemarahan nya cuba untuk diredakan,Kyrul Agneren berkata sambil tangan kanan nya naik dan menyentuh pipi Hayato.


""Kita akan tamat kan mimpi ini…tidak..mimpi ini yang akan segera tamat…terima kasih..Hayato..terima kasih kerana tetap berada di sisi ku sampai nafas aku berhenti untuk selama-lamanya."


"Jangan cakap macam tu!! Kyrul! aku akan segera sembuhkan kau!! selepas itu mari kita pergi dari sini!! dan jalani hidup bahagia!!"


Hayato menangis dan emosi nya tidak menentu kerana wajah nya tersenyum pucat tetapi air mata nya tidak menunjukkan dia merasakan bahagia sekarang.


Hayato masih ingin menggunakan magic tersebut namun Kyrul Agneren menahan Hayato dengan memegang tangan Hayato dan berkata dengan suara yang perlahan


dan wajah Kyrul mula pucat.


Serta kaki Kyrul mula berubah menjadi batu dan selepas sahaja bahagian tersebut menjadi batu dia akan segera menghilang.


"...tidak...apa...Hayato...dengan...begini...saja... sudah...cukup...terima...kasih.."


Kyrul masih ingin berkata-kata lagi namun wajah nya kemudian ditutupi oleh batu serta dengan cepat tubuh Kyrul Agneren hilang dan menjadi abu.


Hayato kemudian menangis dengan keras lalu dia menutup muka nya dengan mendekat kan tanah dengan wajah nya,


"HAHAHAHAHAHAHAHAHAH"


Dia ketawa tetapi hakikatnya dia sudah sangat sedih.

__ADS_1


TO BE CONTINUE


__ADS_2