
KING TRUE VAMPIRE
BLACK BUTTERFLY KINGDOM
King True Vampire kemudian sampai ke negara kecil ini atau lebih tepatnya dia akhirnya sampai ke negara ini,negara yang duduk berhampiran dengan dua negara hancur,negara ini benar-benar akan segera musnah kerana kebodohan pemimpin nya sendiri.
King True Vampire tentu sahaja ke sini dengan menggunakan teleport lebih tepatnya dia dapatkan daripada God Family selepas dia mengalahkan nya, pertarungan di sana tidak berlaku terlalu lama mungkin kurang dari 2 jam.
Mereka sepatutnya lebih mengutamakan strategi ketimbang ingin terus membunuh atau mungkin mereka ingin segera membunuh King True Vampire tetapi mereka sangat gelabah sehingga mereka tidak mampu untuk melakukan nya secara perlahan-lahan.
Padahal kenyataan nya tidak selalu seperti itu,mereka hanya ingin terus menang di dalam perang kali ini dan ingin membawa makhluk-makhluk lain ke jalan tuhan,tetapi maaf King True Vampire juga memiliki tujuan sendiri iaitu menyelesaikan tugas nya hingga akhir.
Dan demi melaksanakan hal tersebut dia tidak boleh menjadi lemah serta tidak boleh membuat dunia tidak dikuasai oleh diri nya.
King True Vampire tersenyum apabila diri nya melihat istana yang dimiliki oleh Black Butterfly Kingdom,negara mereka sedikit gelap kerana cahaya matahari tidak banyak yang masuk akibat daripada awan yang selalu menutup di sini.
King True Vampire berkata sambil diri nya melayang di atas langit, pandangan mata nya tertuju kepada istana tersebut dan kedua-dua tangan nya bersilang sehingga dia tidak ragu apabila ingin melakukan sesuatu kerana semua makhluk yang hidup di sini sekarang lebih lemah daripada diri nya.
Jadi dia tidak perlu risaukan apa-apa, setidaknya untuk sekarang.
"Black Butterfly Kingdom? ini adalah orang-orang yang menyerang Desa Rance dulu kan? aku sudah tidak mengingat siapa orang yang sudah aku bunuh tetapi orang tersebut sudah pasti berasal dari kerajaan ini..mungkin dia sudah mati tetapi maaf kau harus mati di sini."
Dia maksudkan seluruh penduduk—orang yang berada di dalam istana kerana King True Vampire sudah menghulurkan tangan nya, perlahan-lahan dia menutup mata nya tangan nya yang tertuju pada istana itu pun mengeluarkan sebuah lingkaran magic yang berwarna merah.
King True Vampire mengeluh dan menarik nafas,dengan perlahan-lahan dia berkata sambil melihat ke arah istana tersebut dengan tatapan yang kejam tetapi kali ini tiada sebuah senyuman pun wajah nya sehingga kali ini dia benar-benar menunjukkan tentang apa yang mereka lakukan kepada Desa Rance adalah sebuah tindakan yang bodoh.
"Scale 9,7 Ritcher."
Dengan cepat istana tersebut bergoncang hebat sehingga sesiapa sahaja yang berada di dalam istana tersebut akan langsung panik dan mencari jalan keluar,King True Vampire hanya memandang ke arah istana tersebut yang bergoyang.
Tangan nya juga masih melurus dan mengeluarkan magic nya agar gempa ini tidak segera hilang,gempa ini pasti akan segera menghancurkan istana ini tetapi kali ini sudah berapa saat berlalu namun tiada tanda-tanda akan runtuh.
King True Vampire masih menunggu dan dia hanya menatap istana tersebut bergoyang,dia juga melihat ke beberapa arah di istana tersebut dan dia berkata dalam hati dengan tatapan yang kejam.
__ADS_1
"Arghh.. mengingatkan aku kepada istana seseorang."
Istana tersebut bergegar hebat sehingga King True Vampire tidak mampu untuk benar-benar melihat nya lagi,tanah disekitar menjadi lebih lembut dari biasa nya padahal istana ini tidak terlalu tinggi dari permukaan tanah sehingga sangat tidak mungkin untuk istana ini runtuh dalam keadaan yang sangat cepat.
King True Vampire berkata sambil tangan nya jatuh dan kembali ke posisi nya semula,King True Vampire juga terlihat sudah menghilangkan lingkaran magic yang terdapat di tangan nya tadi, sehingga tanah berhenti bergegar.
"Aku hanya memakai sedikit..ternyata tidak cukup ya? mungkin harus aku naikkan kepada satu peratus?"
King True Vampire kemudian menghulurkan tangan nya kembali ke arah istana tersebut sehingga diri nya kembali ke posisi tadi iaitu posisi yang menghulurkan tangan, lingkaran magic mula terlihat lagi disitu.
Dengan lingkaran magic yang masih sama iaitu warna merah yang sangat pekat serta lingkaran tersebut mengeluarkan sedikit renjatan elektrik,secara jujur ini sedikit berbeza dengan yang tadi kerana dari hal ini sudah terlihat jelas kalau King True Vampire benar-benar serius untuk menaikan kekuatan nya kepada satu peratus.
King True Vampire mengeluh dan dia sedikit menutup mata nya, tetapi arah pandangan nya masih lagi sama seperti sebelum ini iaitu ke arah istana,ini sudah keberapa dia mengeluh? entah lah tiada siapa yang tahu bahkan dia tiada masa untuk mengira nya kerana menurut nya itu bukan lah hal yang tepat untuk dilakukan.
"Tolong...matilah sekarang."
Dengan tiba-tiba istana tersebut bergetar hebat dan goncangan tersebut benar-benar kuat sehingga terlihat tanah-tanah disekitar mula runtuh,King True Vampire kemudian membuka mata nya kerana dia tidak menyangka akan terlalu kuat namun mata nya tertuju ke arah tanah yang runtuh tersebut.
"Nampak nya..kawasan ini tempat yang tinggi ya? benar-benar tempat yang tidak bagus untuk mendirikan sebuah bangunan, terlebih lagi bangunan ini terlihat kuno..menyedihkan."
Pada akhir perkataan nya,King True Vampire menyudutkan pandangan nya ke arah pintu istana yang terlihat di buka oleh seseorang dari dalam,pintu itu terbuka dengan laju.
Dan keluar lah seorang perempuan yang seperti nya masih muda,dia berumur sekitar 10 atau 8 tahun dan dia berpakaian sangat formal,King True Vampire berkata sambil diri nya turun ke bawah namun diri nya masih lagi tidak membatalkan magic nya, sehingga tanah di sekitar dan juga istana tersebut masih lagi bergetar hebat.
"Kanak-kanak? terlebih lagi berpakaian seperti itu? jangan-jangan dia orang kerajaan ini? kalau begitu!"
Kaki King True Vampire kemudian menginjak tanah, sekarang mereka saling berhenti di satu titik apabila jarak mereka sudah dekat,King True Vampire tidak mengenakan topeng nya sama sekali sehingga perempuan tersebut dapat melihat wajah King True Vampire dengan jelas.
Dan wajah yang diberikan perempuan tersebut seperti nya terlihat tidak terlalu terkejut, perempuan tersebut bernama Namaka Yui.
Mungkin dia adalah satu-satu nya orang yang selamat daripada gempa bumi ini, Namaka Yui terlihat sedikit ketakutan dan dia menelan air liur nya saat dia melihat King True Vampire yang sedang menghulurkan tangan nya ke arah istana.
Namaka Yui berkata sambil dia memandang marah ke arah King True Vampire meskipun di dalam hati nya yang terdalam dia sangat takut sehingga dia ingin lari dari situ secepat nya dan tidak ingin lagi berada di dalam situasi tersebut.
__ADS_1
"J-Jadi?? kau punca nya?? orang yang ditakdirkan?? Fake Heroes?"
King True Vampire sedikit ketawa selepas Namaka Yui mengatakan hal tersebut,Namaka Yui tentu sahaja terkejut dengan reaksi King True Vampire,King True Vampire berkata kepada Namaka Yui sambil diri nya tersenyum kejam dan arah pandang nya tidak berubah langsung kepada benda lain selain mata Namaka Yui.
"Hmph!...Fake Heroes? aku tidak begitu faham tentang apa yang mau bicarakan tetapi entah siapapun kau,kau akan tetap mati di sini..jadi bye-bye."
Namaka Yui kemudian terkejut apabila diri nya tiba-tiba jatuh dan mulut nya mengeluarkan darah yang banyak bahkan tak berhenti sehingga tubuh nya kering tidak memiliki darah,darah nya terus keluar.
Tubuh Namaka Yui terlihat mereput dan tidak dapat bergerak lagi,Namaka Yui mati dengan cara yang sangat kejam,padahal seseorang sudah mengorbankan diri nya untuk Namaka Yui tetapi pada akhirnya Namaka Yui benar-benar tidak selamat.
Namaka Yui Meninggal.
Pada akhirnya,mereka semua akan mati—kita semua akan mati,kerana kematian adalah segala nya apa yang kita alami semasa hidup itu hanyalah sebuah kisah yang panjang untuk bertemu dengan kematian meskipun ada orang yang hidup tidak sampai satu jam di dunia ini.
Tetapi tetap sahaja dia hidup dan memiliki kehidupan tetapi kematian lebih dekat kepadanya sehingga dia harus segera pergi.
King True Vampire kemudian berhenti menggunakan magic nya kerana terlihat dengan jelas istana ini sudah benar-benar hancur,King True Vampire lalu terbang lagi ke atas langit lalu diri nya melihat mayat Namaka Yui yang mereput.
"Kesian..padahal masih muda."
King True Vampire kemudian teleport pergi ke satu tempat dan tempat itu entah berada di mana tetapi yang jelas dia kembali ke tempat di mana dia bermula,King True Vampire hanya ingin merasakan hal yang sama dengan diri nya.
Selain itu,di balik timbunan batu terdapat seseorang yang tertindih batu dan orang ini adalah orang yang dimaksudkan Namaka Yui iaitu orang yang melindungi nya.
Terlihat perempuan tersebut mengeluarkan darah dan sebahagian diri nya tertindih oleh batu, dia tidak menghadap ke arah hadapan sehingga diri nya tidak diketahui siapa.
Namun jika dilihat dari sini sudah pasti diketahui kalau itu adalah Lacial Logical yang mati di tertimbun batu akibat menyelamatkan Namaka Yui dan dia menyuruh Namaka Yui untuk terus hidup.
Tetapi Namaka Yui benar-benar tidak mampu untuk mencapai tujuan nya mahupun permintaan Lacial Logical.
Lacial Logical **Meninggal.
TO BE CONTINUE**
__ADS_1