
"KRING"
Pedang mereka sama-sama bertemu antara satu sama lain dan itu membuatkan suara yang cukup kuat tetapi memandangkan di dalam istana hanya ada mereka berdua dan orang lain sudah mati.
Jadi tiada siapa yang akan mendengar kan nya,mereka berdua saling bertatap-tatapan
namun salah satu dari mereka tidak mau mengundur ke belakang dan memperbaiki posisi nya.
Melainkan terus menerus menahan pedang lalu memberikan tekanan kepada lawan,Puteri Xeli sekarang sedang melemah bahkan nafas nya sekarang saja tidak teratur akan masalah jika penyakit yang menjadi lagi teruk.
Puteri Xeli sekarang tiada peluang untuk menang jika sahaja dia memiliki Mana magic nya sudah pasti dia akan langsung menyelesaikan Lacial Logical dengan satu serangan.
Namun sekarang situasi nya sudah berubah,Puteri Xeli terlihat masih lagi menahan tekanan yang diberikan oleh Lacial Logical.
Namun satu langkah kaki Puteri Xeli undur kebelakangan kerana dia hampir kehilangan keseimbangan di tambah pula kondisi kesihatan nya sangat menghambat diri nya yang sekarang.
Jika dia tidak segera menyelesaikan Lacial Logical maka dia lah yang akan selesai.
Puteri Xeli kemudian berkata dalam hati sambil undur kebelakangan untuk mengambil ruang dan sedikit bernafas kerana dari tadi dia hanya bernafas mengikut mulut sehingga oksigen tidak di saring terlebih dahulu.
"Sial..dia terlalu kuat atau mungkin aku yang terlalu lemah jika saja aku tidak sakit seperti ini mungkin aku boleh seimbang melawannya jika aku sihat pun teknik pedang aku tidak lah beberapa baik,memang benar kata orang sepatutnya aku tidak pergi ke FreedomLand
tetapi disebabkan aku pergi ramai yang mati."
Sudah jelas mayat yang berada di dekat pintu tersebut yang dia maksudkan tetapi bukan hanya dia kerana bangsawan yang dihantar oleh Lacial Logical ke Paradise sudah semakin menyebar luas.
Itu membuatkan penduduk Paradise kesulitan dan ramai yang akan mati tentu sahaja hal seperti itu akan terjadi di Ibu kota dan ibu kota kecil Xeli Kingdom.
Nafas Puteri Xeli masih lagi tidak teratur kemudian Puteri Xeli mengarahkan pedang tersebut pada Lacial sambil berdiri tegap dan seperti nya dia bersedia untuk menyerang dengan kelajuan yang tinggi.
Lacial Logical kemudian berkata sambil mengarahkan pedang itu juga kepada Puteri Xeli,
"Wah, kau sudah mulai serius ya? tetapi kerana sekarang kau lemah aku tidak akan serius melawan kau..Xeman Xeli!!!."
Lacial Logical kemudian melaju seperti jet pejuang dan pedang nya siap untuk menusuk Puteri Xeli.
Puteri Xeli memang sedang sakit tetapi insting bertarung nya masih lagi berfungsi baik lagi-lagi jika dia menerima serangan mengejut dari musuh.
Lalu seperti kejadian tadi Puteri Xeli menahan nya dan untuk sekarang hanya itu yang dia boleh buat, setidaknya dia dapat bertahan melawan manusia level 80 lebih dengan kondisi seperti itu.
Walaupun kesakitan dan kehilangan 100% Mana nya tetapi dia masih tetap boleh bertahan dan tercipta lah sedikit pecikan api dari hasil pertemuan pedang mereka.
Dan Puteri Xeli terlihat berpeluh apabila menahan tekanan pedang Lacial berikan,dia ingin segera mengambil ruang namun melihat kondisi sekarang rasanya hampir tidak mungkin.
Kerana diri nya dan pedang lebih dekat jika terlalu dekat kemungkinan pedang Lacial Logical akan datang mengenai nya dulu sebelum dia sempat lari.
Puteri Xeli berkata dalam hati sambil menahan tekanan tersebut,
"Sial!! kuat nya aku sampai tidak boleh mengambil ruang sedikit pun memangnya manusia kuat seperti nya ada?? kalau begitu kenapa dia merahsiakan identiti nya selama ini,dasar pengecut!!."
Puteri Xeli mengeluarkan tenaga nya untuk menolak kembali pedang Lacial dan sesuai dugaannya,Lacial tidak mampu untuk menahan tekanan yang diberikan kerana dari tadi dia hanya memberi kan serangan tetapi Puteri Xeli hanya bertahan dan menunggu tenaga pada tangan Lacial habis.
Lacial kemudian sedikit terkejut dan langkah kaki nya mundur satu kebelakang akibat tekanan tersebut,
Puteri Xeli menajam kan mata nya dan dia kemudian berkata dalam hati sambil melepas kan pedang nya dari tekanan Lacial,
"Ini peluang!!"
Lalu Puteri Xeli kemudian undur ke belakang namun tidak semudah itu,
Lacial memberikan tenaga lebih kepada kedua-dua tangannya dan pedang tersebut mengubah haluan nya dan mengenai sedikit perut Puteri Xeli.
Lacial tersenyum kecil sambil itu juga dia berkata dalam hati,
"Rancangan kau memang sampah Xeman Xeli jujur sahaja sekarang aku ada dua perasaan terhadap mu iatu kecewa dan kagum."
Kecewa nya adalah rancangan Puteri Xeli yang senang ditebak lalu kagum nya adalah mampu menolak dan menahan serangan Lacial Logical walaupun tubuh nya di dalam kondisi kritis seperti itu.
Puteri Xeli kemudian mundur 10 langkah dan diri nya hampir mendekati singgahsana milik nya dan darah keluar dari perut nya tentu sahaja nafas nya menjadi semakin tidak teratur jantung nya berdegup kencang.
Darah dari perut nya keluar dan menitis membasahi karpet namun luka tersebut tidak terbuka terlalu besar sehingga Puteri Xeli masih lagi boleh berdiri dan berlawan dengan Lacial.
Lacial yang melihat Puteri Xeli kemudian tersenyum kejam dan sedikit ketawa apabila melihat tindakan Puteri Xeli,
Puteri Xeli menggunakan tangan kiri nya untuk memegang luka tebasan yang berada di dekat perut nya dan baru sahaja menyentuh sedikit tetapi darah nya sudah membasahi telapak tangan kiri nya.
Puteri Xeli hampir menjatuhkan pedang nya,namun apabila mendengar Lacial ketawa dia pun kembali sadar dan memegang kembali pedang nya dengan erat dan kuat sehingga tidak akan terjatuh lagi tetapi kenyataannya dia memang ingin pingsan.
__ADS_1
Namun dia menahan nya kerana dia tidak boleh mati di sini,dia harus meneruskan kerajaan ini jika dia mati maka kerajaan ini tidak akan ada penerus dan kerajaan ini akan hancur.
Negara lain akan huru hara jika itu terjadi kerana Xeli Kingdom adalah salah satu negara yang berpengaruh terhadap segala sektor ekonomi dan juga peradaban umat manusia.
Lacial Logical kemudian berkata sambil memandang ke arah Puteri Xeli,
"Xeman Xeli seperti nya kau tidak ingin mati ya? atau mungkin kau tidak ingin mati cepat jika jawapan mu nombor 1 maka kau memang benar-benar manusia terburuk yang pernah aku jumpa,aku tahu semua yang kau buat selama ini kau menyiksa orang dan memberikan kesakitan luar biasa memang perbuatan kau itu tidak boleh di maafkan."
Puteri Xeli kemudian berkata sambil menutup mata nya sebentar lalu membuka kembali mata nya,
"Tidak ada jawapan mu yang betul lambat laun kita semua akan mati termasuk lah orang yang kau cintai jadi mengatakan tidak ingin mati hanyalah ayat sedap hati supaya kau merasakan bahagia tanpa memikir tentang mati tetapi pada kenyataan nya kita semua akan mati nanti jadi persiapan kan lah diri mu dan satu lagi kau mengatakan perbuatan ku tidak di maafkan aku akui itu namun aku tidak ingin mendengar benda itu dari pembunuh gila seperti mu!!."
Puteri Xeli menjerit pada akhir ayat nya dan itu bermaksud dia menegaskan ayat nya dan dia sekarang benar-benar marah pada Lacial Logical namun dia tidak boleh melampiaskan hal tersebut dengan membunuh Lacial kerana dia yang sekarang tidak mampu untuk melakukan hal itu.
Lacial memasang muka yang masam dan seperti nya dia tidak ingin mendengar hal itu keluar dari mulut orang seperti Puteri Xeli tetapi dia hanya boleh diam dan beberapa saat keadaan menjadi hening lalu Lacial berkata sambil memasukkan tangan kiri nya ke dalam poket seluar.
"Xeman Xeli apabila aku melihat mata kau,mata yang tidak boleh berbohong apakah kau sedang melindungi seseorang atau mungkin benda? dan kenapa kau melindungi nya? apa yang membuat kan kau ingin melindungi nya? rasanya perasaan ini aku boleh memahami walaupun kau tidak mengenal aku tetapi hanya ada satu sahaja yang ingin aku tahu iaitu aku membenci mu Xeman Xeli."
Puteri Xeli kemudian menjawab soalan yang diberikan oleh Lacial,
"Kau tidak perlu tahu yang kau perlu tahu adalah kau akan mati di sini,Lacial Logical!!."
Puteri Xeli berlari dengan laju menuju ke arah Lacial dan itu sedikit membuat kan Lacial terkejut oleh kerana itu lah Lacial juga siap untuk melawan Puteri Xeli,
Mereka masing-masing tidak mengeluarkan suara dan hanya ada tatapan mata yang saling bertemu dan tunggu masa sahaja ingin bertemu kerana dari jauh mereka sudah saling tatap.
Kemudian Lacial berkata dalam hati,
"Memang hebat! memang ini yang diharapkan oleh manusia terkuat yang ada di dunia ini."
Lacial kemudian berlari juga menuju ke arah Puteri Xeli dan kemudian dalam beberapa saat pedang mereka akan bertembung,
Selepas beberapa saat tersebut pedang mereka bertembung kemudian terjadi efek yang cukup kuat di mana terdapat sebuah angin yang menolak semua benda.
Rambut putih Puteri Xeli juga ikut terangkat dan itu memang benar-benar cantik pada saat itu juga Lacial sedikit tertarik dengan rambut putih Puteri Xeli.
Lacial berkata sambil memberikan tekanan kepada Puteri Xeli,
"Rambut putih nya memang benar-benar cantik aku akui itu di dunia ini hanya keturunan Xeman Xiri yang akan mewarisi
rambut putih dan mata merah tetapi keluarga yang memiliki mata merah selain keluarga Xeman Xiri juga ada namun tidak banyak iatu di bawah 0,1%."
Lalu dia menolak pedang Lacial Logical tetapi tolakan tidak lah terlalu kuat sehingga itu tidak menimbulkan damage yang begitu besar pada Lacial Logical.
Lacial kemudian kembali menyerang tetapi kali ini dia menyerang secara random dan dengan kecepatan yang cukup tinggi,Puteri Xeli terpaksa mengikuti corak permainan Lacial Logical kalau tidak dia akan mati di sini.
Penyakit dan luka di perut Puteri Xeli memang benar-benar menghambat nya jika dia terkena damage pada bahagian luka tersebut maka mungkin dia akan mati atau pun pingsan.
Pedang mereka sekarang digerakkan dalam kecepatan yang tinggi terlihat dua reaksi yang berbeza di antara mereka berdua,Lacial terlihat rileks dan santai tetapi lain dengan Puteri Xeli.
Wajah nya berpeluh dan sedang menahan tekanan yang diberikan oleh Lacial Logical,wajah nya terlihat sangat tersiksa dia menahan nya agar kerajaan nya tidak hancur.
Lalu Lacial yang melihat itu pun memberikan Puteri Xeli kesempatan dengan berundur ke belakang lalu berkata,
"Hebat jika kau manusia biasa sudah pasti kau akan mati kan? tapi aku tidak merasakan sepenuhnya hawa manusia daripada mu,apa yang kau lakukan."
Puteri Xeli juga undur beberapa langkah kemudian mulut nya mengeluarkan satu titis darah dan Puteri Xeli menyadari itu namun dia mengabaikan nya dan lebih ingin mendengar kan apa yang dikatakan oleh Lacial Logical,
Puteri Xeli kemudian tersenyum kecil lalu berkata,
"Heh,itu bukan urusan mu!."
Puteri Xeli sedikit marah pada Lacial Logical dan apabila melihat kejadian itu Lacial menjadi sedikit marah dan juga dia berkata sambil menajamkan sorotan mata nya,
"Oi,oi nampak nya kau tidak memahami situasi kau ya? Xeman Xeli kau sekarang diserang penyakit,perut mu terluka dan darah seperti nya masih lagi keluar walaupun tidak sebanyak tadi dan kau memaksakan diri kau,darah keluar dari mulut kau..kau tidak sadar? kau akan menamatkan cerita hidup kau selepas ini,apakah tidak takut mendapat bad ending?"
Puteri Xeli kemudian berkata,
"Tidak,kerana kenangan aku dengan dia sahaja sudah cukup jika aku menghabiskan cerita aku di sini juga tidak apa kerana aku sudah berada di titik tertinggi di dalam cerita aku sendiri."
Lacial tersenyum kecil lalu dia mengeluarkan magic fireboll yang menembak syiling ruangan tersebut dan syiling tersebut hancur lalu rekahan syiling tersebut akan jatuh mengenai Puteri Xeli tetapi nasib baik hanya satu.
Lacial berkata dalam hati,
"Mari kita lihat seberapa hebat kau."
Puteri Xeli kemudian mengelak dengan berlari cepat namun dia terlepas pedang nya dan sekarang dia terjatuh akibat ingin mengelak daripada rekahan tersebut,
__ADS_1
Rekahan itu kemudian meng hantam lantai sehingga terdengar suara yang sangat kuat,Puteri Xeli kemudian bangun untuk mengambil pedangnya tetapi dia tidak menjumpai nya.
Lacial kemudian berkata sambil tersenyum kejam,
"Kenapa?? di mana pedang kau?? lihat lah betapa cuai nya kau ini!."
Lacial menghina nya tetapi Puteri Xeli berjalan kemudian berdiri di antara rekahan itu dan apabila dia memandang ke atas dia dapat melihat langit yang semakin menghitam dan matahari seperti nya tidak hilang kerana terdapat bulan yang akan segera menutup nya,
Lalu Puteri Xeli kemudian berkata,
"Macam tu ya? gerhana matahari seperti nya aku tidak menyesali apa-apa selepas ini tetapi aku akan meminta maaf atas apa yang aku lakukan."
Puteri Xeli memandang ke arah langit yang terlihat hitam itu kemudian dia berkata lagi sambil air mata nya mengalir jatuh ke lantai ruangan,kesan darah yang mengalir dari mulut nya pun masih lagi terlihat,
"Aku minta maaf...aku sadar dosa aku tidak akan dapat di maafkan tetapi aku akan cuba menjadi yang terbaik di kehidupan selanjutnya..Kyrul Agneren aku minta maaf kerana cuba mengambil Hayato daripada mu sekarang dia milikmu tetapi aku tetap ingin melindungi nya kerana itu ialah janji aku...haihhh."
Puteri Xeli kemudian mengeluh lalu dia mengelap air mata nya dan dia memandang ke arah Lacial Logical,dia berkata
"Apakah harus kita mengakhiri ini? kau juga ingin menghancurkan kerajaan ini kan? pasti kau banyak lagi perkerjaan selepas ini."
Lacial kemudian mendekati Puteri Xeli dan perlahan-lahan langkah demi langkah dia semakin dekat dengan Puteri Xeli sambil mengheret pedang nya yang runcing pedang nya seakan-akan membelah lantai tersebut.
Puteri Xeli tidak melawan sekarang terdapat sedikit cahaya yang masuk dan cahaya itu berasal daripada gerhana matahari yang terjadi dan Puteri Xeli memandang ke arah gerhana itu,dia kemudian tersenyum kecil.
Lalu terlihat Lacial berada di hadapannya dan siap untuk menusuk nya dan Puteri Xeli mengalihkan pandangan nya pada Lacial Logical.
Lacial berkata sambil bergerak kan pedang nya kedepan untuk menusuk perut Puteri Xeli,
"Jangan berdendam dengan aku tau,Xeman Xeli."
Puteri Xeli menutup matanya dan waktu di luar nya seakan-akan menjadi perlahan lalu dia berkata dalam hati sambil sedikit tersenyum,
"Rasanya jadi seperti dulu ya kan? andai aku boleh berkawan dengan mereka,Hayato dan perempuan yang bersama dengannya akan seperti apakah dunia aku sekarang? mungkin aku tidak akan pernah ada di posisi ini dan menyerahkan tahta kepada orang lain...tetapi itu hanya pilihan kedua dan sekarang aku memilih pilihan pertama iaitu mati di sini."
Perut Puteri Xeli tertusuk dengan hebat dan dalam beberapa saat perut nya tertembus,lalu terlihat runcip pedang Lacial terdapat darah Puteri Xeli.
Dan perut Puteri Xeli terjadi pendarahan hebat sehingga dia sudah tidak akan selamat lagi,dia pun tersenyum lalu mengubah pandangan ke arah gerhana matahari itu dan benar dugaan nya kalau gerhana matahari tersebut masih belum habis.
Dan Lacial kemudian mencabut pedangnya dengan laju lalu menjauh daripada Puteri Xeli yang sedang terluka parah namun dia masih lagi ingin melihat kematian Puteri Xeli.
Puteri Xeli terjatuh dan pandangan matanya masih lagi dapat melihat gerhana matahari tersebut kemudian dia berkata sambil mengarahkan tangan kanannya pada gerhana matahari tersebut.
"Menatap ke arah langit,aku hanya mahu sebuah kebahagiaan"
Setidaknya itu lah yang dia katakan dalam hati kerana dia sudah tidak memiliki kekuatan untuk berkata-kata,
Darah perut yang akibat dari tusukan Lacial Logical tadi membasahi karpet ruangan dan terdapat banyak darah yang berada di sekitar
Puteri Xeli begitu juga dengan mulut nya,
Tadi mulut nya mengeluarkan sedikit darah tetapi sekarang banyak dan nafas nya semakin perlahan,dia juga berkata dalam hati untuk terakhir kali nya sebelum dia benar-benar meninggalkan dunia ini dan menamatkan cerita hidup nya.
"Haihh...aku...ingin...melihat...Hayato....untuk..
terakhir...kali...nya..."
Kemudian tangan kanannya terjatuh terkena darah yang berada di sekitar nya lalu nafas nya terhenti,dia menghembuskan nafas terakhir nya dengan diringi menutup mata dan dia tidak akan bangun untuk selama-lama nya dengan kata lain,
Puteri Xeli Sudah Meninggal.
Puteri putih dan merah telah meninggal kan segala nya di sini dan tidak akan pernah kembali,kalung yang dipakai Puteri Xeli juga dia tinggalkan dan dia tidak akan pernah kembali.
Terima kasih Puteri Xeli kerana telah mencintai orang seperti Hayato atau Ikaros.
Lacial terlihat memandang tubuh Puteri Xeli kemudian dia berkata sambil berjalan pergi daripada situ,
"Sayang,padahal kau masih muda tapi maaf ajal kau memang sudah di sini Xeman Xeli."
Gerhana matahari sudah berakhir dan sekarang hari sudah benar-benar malam sehingga tiada lagi cahaya yang menerangi tubuh Puteri Xeli.
Puteri Xeli sudah menegaskan nya,
"Aku akan melindungi Hayato"
Maka dia tidak tipu dan hanya melakukan nya sahaja.
Kenangan nya dengan Hayato yang paling dia tidak boleh lupakan lah apabila Hayato meminum darah nya itu memang benar-benar kenangan terindah, dia sampai selalu memegang kesan gigitan Hayato.
__ADS_1
Goodbye The White And Red Princess
TO BE CONTINUE