
"Gadis kecil...Gadis kecil"
Suara orang memanggilnya membuatkan dia sedar dengan pandangan yang kabur. Apabila penglihatannya kembali jelas, dia tercengang melihat pemandangan yang berbeza dan dua orang pasangan muda duduk di sebelahnya. Dia kembali melihat sekeliling dan menyedari dirinya sedang terbaring di atas sebuah katil. Tubuhnya dipenuhi luka dan balutan, lalu dengan muka penuh kehairanan, dia memandang ke arah pasangan muda itu. Pasangan itu kemudian memberitahunya segala-galanya tentang mengapa dia berada di sana.
Ternyata setelah dia jatuh dari langit ke tebing itu, dia jatuh berdekatan dengan sampan nelayan pasangan itu. Mereka melihat apa yang mungkin jatuh berdekatan mereka dan muncullah seorang gadis kecil yang cedera sedang terapung di atas permukaan air lalu mereka pun dengan segera menyelamatkannya.
"Gadis kecil, doktor datang pagi ini setelah kami memanggilnya ke sini. Dia berkata bahawa anda telah melalui sesuatu yang membuat anda menjadi bisu sementara. Bahkan dengan sihir sekalipun, itu tidak dapat disembuhkan. Hanya apabila anda sendiri membuka dinding penghalang yang membuat anda bisu akan kamu dapat sembuh."
Perkara sebegitu sudah menjadi perkara biasa bagi Hein jadi dia hanya boleh menghembus nafas keluhan dan menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata itu.
__ADS_1
" Apapun gadis kecil, mana ibu bapa awak. Bagaimana awak boleh jatuh dari langit ke tebing itu. Awak mungkin mati jika kami tidak pergi ke sana hari ini tetapi ia benar-benar satu keajaiban kami dapat merawat awak tepat pada masanya"
Mendengar pertanyaan yang diutarakan membuatkan dia naik angin dan kemudian kembali berbaring lalu meliputi dirinya dengan selimut. Dia tidak mahu mendengar atau menjawab apa-apa soalan berkenaan keluarganya kerana dia akan sedih setiap kali dia mengingati kejadian itu. Melihat betapa degil dan sedihnya Hein apabila mereka bertanya apa-apa soalan tentang ibu bapanya, mereka berhenti menyoalnya.
"Gadis kecil, berapa umur awak?. Oh, Sayang, boleh awak hulurkan pensel dan kertas di atas meja?"
"Gadis kecil, kamu boleh tulis jawapan kamu di sini"
Sekali lagi, Hein memandang pasangan itu selama seminit membuatkan pasangan itu dengan mudah menebak yang dia tidak tahu menulis.
__ADS_1
" Nampaknya kami perlu mengajar kamu menulis supaya saya boleh mengetahui tentang kamu tetapi pertama sekali, kamu mesti ingat nama saya, okey?. Nama saya Sun Yue dan pakcik di sana adalah suami saya. Nama dia Hua hou."
Buat kali ketiga, Hein hanya dapat mengangguk mendengar kata-kata Sun Yue kepadanya. Selepas beberapa hari berbaring di atas katil, Hein akhirnya sembuh dan sudah dibolehkan berjalan di luar. Dia tentunya sangat gembira kerana dia masih dapat berjalan dengan kedua kakinya. Dalam keriangan, Hein menginjakkan kakinya keluar. Seketika senyumannya menjadi pudar apabila melihat pemandangan di luar berbeza dengan bandarnya ketika itu. Dengan cemas, dia membawa Sun Yue ke luar dan menuding jarinya ke arah pemandangan yang baru dilihatnya tetapi Sun Yue langsung tidak memahami maksudnya dengan menudingkan jari. Pada saat itu, Hein menyimpulkan bahawa dirinya dalam dunianya telah mati selepas jatuh ke tebing dan tubuhnya sekarang bukanlah tubuhnya yang asal tetapi orang lain dan kerana itulah dia sering berasa agak pelik apabila melihat dirinya berubah dengan begitu drastik.
Entah bagaimana dia tiba di tempat seperti itu di mana orang-orang memakai pakaian yang begitu berbeza dan kuno. Ikan besar, dan kapal angkasa juga terapung di mana-mana di atas langit.
Pemandangan yang dilihat Hein pastinya merupakan bukti yang jelas bahawa dia tidak berada di dunianya lagi tetapi dunia dimana sihir masih wujud dan orang-orang yang memakai pakaian kuno adalah bukti bahawa dia telah kembali pada kehidupan ratusan tahun yang lalu. Hein juga merasa pelik tentang mengapa dirinya dapat memahami bahasa dan perkataan mereka. Satu-satunya perkara yang dia tahu ialah namanya bukan Hein lagi tetapi Hu Die. Dia mengetahuinya daripada ingatan bekas pemilik tubuh yang sebenarnya. Walaupun begitu, dia tidak mendapat ingatan lainnya.
Pada mulanya, Hu die berasa sangat takut setelah menyedari bahawa dia kini berada di dunia lain yang sangat asing baginya sehingga dia langsung tidak mahu keluar dari rumah tetapi di bawah bantuan Sun Yue, dia akhirnya dapat membiasakan diri dengan kehidupan di sana sehingga membuat dia tidak mempedulikan dunia lamanya lagi kerana sudah merasakan kebahagiaan di dunia barunya..
__ADS_1