Dia Milikku, Hanya Untukku

Dia Milikku, Hanya Untukku
Bab 6 ( Kematian Sun Yue )


__ADS_3

" Yeah, akhirnya hari liburan datang juga "


Dengan datangnya hari liburan, semuanya merasa gembira kerana masing-masing dibenarkan pulang ke rumah mereka selama sebulan.


" Xuan Xue "


Feng fei pun memanggil Xuan Xue untuk menanyakan sesuatu tetapi Xuan Xue tidak mendengarkannya malahan mendapat respon dari Hu Die..


" Apa?. Feng Fei? Adakah awak yang memanggil saya sebentar tadi? "


" B..bukan.. Yang saya panggil itu, Xuan Xue, bukan kamu."


" Ehh? "


" Hu Die.. Kenapa kamu merespon Feng Fei?( ketawa )"


Perpisahan selama sebulan itu akhirnya bermula dengan gelak tawa yang mesra sebelum masing-masing dari mereka mengucapkan selamat tinggal.


Setelah beberapa hari menaiki kapal pengangkutan khas untuk pelajar akademi, Hu Die akhirnya melihat dan merasakan suasana yang telah lama ditunggu-tunggunya iaitu suasana tenang di rumahnya dan Sun Yue, ibu angkatnya.


" Ibu! Xiao Die datang! "

__ADS_1


Dengan suara keriangan, Hu Die memanggil ibu angkatnya.


" Ibu? Ibu?, ini Hu Die "


Seiring memanggil ibu angkatnya, Hu Die kunjung tidak mendapatkan balasan darinya. Perlahan-lahan Hu Die membuka pintu rumahnya. Senyuman di mukanya mendadak berubah ketika melihat ibu angkatnya sudah terbaring di lantai rumah dengan bergelumuran darah. Seketika, seluruh tubuh Hu Die menggeletar lalu jatuh ke lantai. Dia mencoba menggapai tubuh ibunya yang sudah terbaring dan sudah tidak bernyawa.


" Ibu, Sun Yue! Bangunlah! Saya tidak ke sini hanya untuk melihatmu terbaring seperti ini! "


Ibu angkatnya kunjung tidak memberikan sebarang respon walaupun berkali-kali digoyangkan olehnya. Hu Die hanya boleh menangis kerana tidak tahu harus berbuat apa. Pembunuh ibunya juga langsung tidak diketahuinya.


" Kamu semua!, cari di sekeliling. Pastikan kamu menemuinya! "


Seketika suara sekumpulan orang misterius di luar rumah mengejutkannya. Dengan membawa tubuh ibu angkatnya yang sudah tidak bernyawa, Hu Die menggendongnya dan melarikan diri melalui pintu belakang. Dia berlari sekuat tenaganya sambil menggunakan mantra yang dipelajari untuk memulihkan ibu angkatnya namun tidak berhasil. Tindakannya telah menghabiskan tenaganya yang membuatnya ditemui oleh sekumpulan orang misterius itu.


( Mereka siapa? Kenapa pergi ke sini? Adakah mereka ingin mencari Sun Yue? )


Walaupun Hu Die berusaha menutupi jejaknya namun sekumpulan orang misterius itu cuma mengambil beberapa minit untuk menemui jejak Hu Die yang melarikan diri.


" Semuanya! Kejar wanita itu sampai dapat! Pastikan kamu mengambil tubuh yang digendongnya itu! ( Aku hanya meninggalkan kamu sebentar namun siapa sangka bahawa orang seperti Sun Yue itu mempunyai pembantu? )


" Baik! "

__ADS_1


" Takkan kubiarkan kamu mengambil tubuh ibuku! "


" Cakapmu besar sekali! Tangkap dia! "


Seiring berjalannya waktu, Hu Die hampir kehabisan nafasnya kerana sudah berjam-jam berusaha melarikan diri daripada kejaran sekumpulan orang misterius itu. Hu Die yang berlari tercungap-cungap sudah tidak mampu berlari laju lagi dan membuat dirinya dikepung oleh musuh.


" Wanita itu sudah mulai lambat, itu pastinya dia sudah kelelahan. Kepung dia! "


" ( Tercungap-cungap ) Hei tuan-tuan sekalian, bolehkah kamu biarkan saya bernafas sebentar?"


Mendengar katanya itu, musuh berhenti sebentar seperti dungu. Mereka melihat sesama kerana tidak tahu hendak berbuat apa. Melihat suasana itu, Ketua kumpulan misterius itu menjadi marah.


" Apa kamu dungu?!. Kenapa kamu berhenti?!. Pergi! Bunuh wanita itu dan ambil tubuh yang ada di belakangnya! "


" O.. Oh..baik Tuan! "


" Berhenti! Jika kamu berani melangkah, saya..."


Mendengar perkataannya itu, pemimpin kepada sekumpulan orang misterius itu menjadi semakin marah..


( Misi ini tidak boleh gagal. Kutukan di tubuhku masih belum dibuka dan isteriku masih menunggu.Saya harus menyelesaikan ini dengan cepat. )

__ADS_1


( Jika sekumpulan orang ini tidak tertipu dengan muslihatku, apa yang harus saya lakukan? Hu Die, kamu perlu tenang. Orang-orang itu pasti tidak akan berani mengambil sebarang risiko. Nampaknya, saya hanya boleh bertaruh. )


__ADS_2