
Tapak latihan Diuzi...
Sepanjang masa berlatih, Hu Die terus-menerus mengeluh kepada Ling Long tentang mengapa dirinya selalu gagal dalam membuat jampi kecil yang membuat dia sempat meragukan dirinya sendiri sebagai tidak mempunyai sebarang kuasa spiritual. Hu Die yang lemah semangat membuatkan Ling Long merasa simpati terhadapnya dan terus menyokongnya bahawa dia pasti dapat membuat beberapa mantra tidak lama lagi jika dia teruskan berlatih. Hu Die tidak boleh berbuat apa-apa selain terus berlatih dengan harapan dia akan berjaya suatu saat nanti..
Setelah berhempas pulas melatih kuasa spiritualnya, 2 minggu latihan keras akhirnya terbayar.
" Semua orang, lihat!. Saya berjaya!. Saya berjaya menghidupkan semula tumbuhan yang mati ini!. Saya sangat genius!"
"Woahhh...tak tertarik"
"Xuan Xue! Kamu!"
"Xiao Die, tahniah. Anda memiliki kuasa spiritual yang paling jarang iaitu penyembuhan. Namun..kamu perlu tahu yang ia hanya boleh menyembuhkan serta sebagai pertahanan tetapi tidak digunakan untuk menyerang, juga dianggap paling rendah antara semua kekuatan spiritual yang ada kerana ia tidak kuat."
" Tidak mengapa, saya masih tahu beberapa teknik untuk melindungi diri saya. Ibu saya mengajar saya beberapa. "
" Haiyaa~ jangan risau, awak masih ada kami kan?"
"Betul juga ya."
Setelah menghabiskan minggu yang menyeksakan , mereka sepatutnya berjalan di sekitar kota untuk mencari sesuatu yang lazat sebagai pengisi perut tetapi memandangkan Ling Long, Feng fei dan Renling masing-masing berasal dari klan yang berprestij, mereka adalah orang yang sibuk dan selalu meninggalkan Xuan Xue dan Hu Die.
"Xuan Xue~.."
__ADS_1
" Apa "
"Xuan Xue"
Ketika Xuan Xue sedang sibuk membaca beberapa buku untuk latihannya, dia terus memanggilnya. Xuan Xue pun meletakkan buku di tangannya dan memandangnya tetapi apabila dia melihat mata Hu Die yang mulai memerah dan berkaca-kaca, dia berlari ke arahnya dengan cemas.
"Xiao Die! Kenapa?. Jangan menangis, okey? "
Dengan lembut Xuan Xue mengelap air mata yang mengalir jatuh ke pipi Hu Die dengan tangannya sambil menghiburnya.
" Xuan Xue.. Saya.. Saya tidak tahu.. Saya tiba-tiba menjadi begini.. Badan saya sepertinya menggigil dan tidak berdaya.. Ini.. sungguh menyesakkan"
"Tunggu di sana, saya bawa awak jumpa doktor"
" Tak, Tak.. Sepertinya.. Saya.. saya lapar..Sudah dua hari saya tak makan ( perut berkeroncong )"
"mmm"
Restoran Akademi HanYuan...
Selepas tiba di restoran, dia perlahan-lahan meletakkannya dan menyandarkannya ke dinding.
" Xiao Die.. Kita dah sampai.. Xiao Die?.. Xiao Die?.. Jangan mati, Xiao Die "
__ADS_1
"Karut apa yang awak muncungkan?. Cepat.. Suapkan saya.. Saya sudah tidak mempunyai kekuatan."
" ( ketawa kecil ) Baiklah..sini, buka mulutmu, ahhhh~ "
" Ahhh~ umm.. ( kunyah-kunyah )"
Setelah makan sedikit demi sedikit dengan bantuan Xuan Xue menyuapnya, kekuatannya perlahan-lahan kembali normal..Semakin pulih, Hu Die mengucapkan terima kasih kepada Xuan Xue atas penjagaannya. Di sisi lain, mata Xuan Xue nampaknya sentiasa menuju kepada Hu Die dan sering tersenyum manis apabila melihatnya.. Sayang sekali Hu Die seringkali tidak sempat melihat seperti apa pandangan yang dia tujukan kepadanya..
( Apa yang patut saya buat?, dia ada di hadapan saya.. Perlukah saya memberitahunya?.. Tidak, Hu Die.. Bagaimana jika dia menolak kamu?.. Tidak, saya tidak mampu untuk tidak melihatnya lagi.. Beberapa hari ini saya sudah berusaha menahan diri untuk tidak melihat dia tapi ianya tidak berhasil..Hatiku malah sakit..)
Hu Die yang masih dalam pikirannya pun tersedar apabila suara Xuan Xue memanggil namanya terdengar..
"Xiao Die..Ada apa?"
"Xuan Xue, mari kita balik"
"Okey"
"Xuan Xue (saya suka awak)"
" Apa? "
" Oh tiada apa-apa "
__ADS_1
Gagal memberitahu perasaannya kepadanya, dia memutuskan untuk menyimpannya lagi. Terpikir untuk tidak lagi dapat bertemu atau berhadapan antara satu sama lain membuat dia takut dan mungkin secara tidak sengaja akan menyakitinya.
( Kalau difikir-fikirkan, saya tak boleh nafikan bahawa saya jatuh cinta kepada lelaki ini pada pandang pertama. Masa tu, ketika dia mula-mula menanyakan siapa saya, saya terkedu. Cara dia memandang saya dengan senyuman manis yang dia pakai memberi sedikit kehangatan di hatiku, Aku hampir gila dibuatnya ,fikiran aku menjadi begitu tak terkawal sama juga hatiku yang mulai berdegup kencang dan cemas..setiap perlakuan yang saya lakukan terjejas sehingga pada saat itu saya terjatuh...Ah~ Sungguh memalukan.. Saya..perlu menyimpan perasaan ini )