
Cerita ini mengisahkan seorang wanita yang bernama Lily, Lily adalah seorang wanita yang sangat lemah lembut dan sopan.wanita ini adalah seorang wanita yang sangat cerdas dan cerdik didalam pembelajarannya. Lily seorang gadis kampung yang agak lurus. Lily mempunya ibu dan Ayah, ibunya bernama Salmah,manakala ayahnya bernama Talhah. Di usia 20 tahun Lily mendapat panggilan untuk sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Semenanjung.
.................. ................ ....................
"Ibu..... ibu..... " jerit Lily kecil memanggil ibunya yang sedang menjemur kain di halaman rumahnya, Lily lalu berlari keanak-anakan untuk mendapatkan ibunya..
"ya nak, ibu disini",jawab ibu Lily sambil tersenyum melihat anaknya berlari keanak - anakan..
Lily langsung mendapatkan ibunya.
"Ibu,, ini, cuba ibu buka dan lihat " sambil Lily menghulurkan sepucuk surat kepada ibunya.
"surat apa ini Lily? "soal ibunya kepada Lily.
"Bukalah ibu "jawab Lily tersenyum malu.
__ADS_1
Lalu ibunya membuka surat tersebut lalu membacanya perlahan.Puan Salmah terlihat terkejut dan menangis kegembiraan, selesai sahaja membaca surat itu lalu dipeluk anaknya erat.
"Tahniah anakku, cita-citamu tercapai nak, ibu bangga denganmu "sambil Puan Salmah memeluk anaknya sambil berbisik perlahan pada anaknya. Puan salmah menangis kegembiraan. Tidak terungkap kata-katanya untuk anaknya.Itulah yang diharapkan oleh Puan Salmah untuk anaknya.
"Dimana ayahmu nak? "soal Puan Salman pada abaknya sambil mengesat air mata yang masih bersisa.
"Ayah ada diatas ibu ",balas anaknya Lily.
"Pergi dapatkan ayahmu lalu tunjukkan surat ini, mesti ayah gembira nak "berkata Puan Salmah pada anaknya.
"ayah tahu, ini tangan anak kesayangan ayah kan " ayahnya berkata perlahan sambil tersenyum melihat gelagat anaknya .
"ala ayah, macam mana ayah boleh tahu",balas anaknya itu.
"mestilah ayah tahu, Lily kan anak ayah "balas ayahnya sambil mengeluarkan tawa halus.
__ADS_1
Melihat ayahnya gembira membuatkan Lily tidak sabar untuk memberitahu ayahnya tentang surat tawaran pembelajaran yang baru diterimanya hari ini.
"Ayah, Lily ada sesuatu nak bagi ayah "sambil tersenyum malu Lily kepada ayahnya.
"apa dia anakku "jawab ayahnya dengan penuh tanda tanya.
"ini ada surat untuk ayah "Lily berikan surat itu pada ayahnya.
"surat apa ni nak? "soal ayahnya lalu membuka surat yang telah anaknya berikan sebentar tadi. Tuan Talhah membaca perlahan.Melihat anaknya sebentar, Tuan Talhah menitiskan air mata kesyukuran. Kegembiraan Kelihatan diraut wajah ayahnya itu.Tangan ayahnya yang sudah agak berkedut menyapu di pipinya untuk memberhentikan air matanya yang mengalir kegbiraan. Jelas di wajah ayahnya kelihatan sangat gembira dengan berita yang baru didapatinya. Bibirnya kelihatan tersenyum dan masih mengeluarkan air mata kesyukuran yang tidak terhingga.
"Alhamdulillah nak, syukur nak "sambil mengucap tahniah pada anaknyya itu.
"Ayah bangga denganmu nak "jawab ayahnya lagi.
"Ayah, Lily berjaya ayah, semua ini berkat doa ibu dan ayah, ayah, terima kasih ayah, kerana doa ibu dan ayah Lily sampai ke tahap ini"balas Lily pada ayahnya.Lily juga turut sama mengalirkan air mata diatas rasa kesyukuran diatas rezekinya pada hari ini.
__ADS_1