Setia Seorang Isteri

Setia Seorang Isteri
Setia seorang isteri


__ADS_3

Tiba waktu yang dinantikan.Hari ini adalah hari permulaan dimana Lily terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya. Jauh disudut hatinya sedih kerana inilah pertama kalinya Lily terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya.

__ADS_1


Setelah Lily siap mengemaskan beg pakaian dan barangan keperluan lain yang harus dibawanya untuk meneruskan hidupnya sebagai seorang mahasiswi, dia lanjut dihantarkan oleh ibu dan ayahnya untuk ke Universiti. Walaupun Tuan Talhah sudah tua, tetapi Tuan Talhah kuatkan diri untuk memandu supaya dapat melihat anaknya memasuki Universiti tersebut. Setelah beberapa jam keluarga kecil ini meneruskan perjalanannya untuk menuju ke lokasi yang hendak ditujui. Masuk sahaja kereta milik Tuan Talhah di perkarangan Universiti ini, maka terlihatlah paparan "Universiti Kebangsaan Malaysia".Dalam perjalanan memasuki Universiti tersebut, kelihatan mahasiswa dan mahasiswi di setiap sudut jalan dengan berpakaian lengkap normal sebagai seorang pelajar. Lily merasakan debaran disaat dirinya sudah sampai di trmpat belajarnya itu. Pertama kali dirinya berjauhan daripada ibu dan ayahnya. Dan inilah pertama kali dirinya harus mengharungi cabaran hidup seorang diri. Segala hal yang akan terjadi akan dilaluinya sendiri. Debaran demi debaran.Kereta sudah diparkirkan di tempat parkir. Lalu Lily melanjutkan perjalanan untuk ke dewan pendaftaran untuk mendaftarkan diri untuk memasuki tempat belajarnya itu. Sesudah siapnya Lily mendaftar, lalu Lily pun mengangkat beg pakaian dan barangan keperluannya daripada kereta.Dengan debaran didalam hati Lily, tetapi jauh disudut hati Lily dia sangat bangga kerana dapat membahagiakan ibu dan ayahnya. Lily yakin dirinya boleh untuk berjaya. Sesampainya Lily disini, Lily telah menanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan sebagai seorang graduan suatu hari nanti. Selesai sahaja Lily mengangkat barang keperluannya,Lily mendekati ibu dan ayahnya. Dengan perasaan sayu melihat ibu dan ayahnya ,Lily langsung memeluk erat ibunya dan tanpa disedari air mata Lily mengalir keluar daripada kelopak matanya itu. Air mata nya mengalir membasahi pipi. Dibelai lembut belakang tubuh ibunya itu.

__ADS_1


"Ibu... maafkan Lily ibu,Lily terpaksa berjauhan dengan ibu untuk sementara waktu. "kata Lily yang masih dalam kesedihan.

__ADS_1


Kelihatan air mata mulai membasahi pipi Puan Salmah dan Tuan Talhah. Berat hati Puan Salmah dan Tuan Talhah untuk melepaskan anaknya pergi. Demi masa depan anaknya itu, Puan Salmah dan Tuan Talhah harus menguatkan diri didepan anaknya itu.Tuan Talhah kelihatan tenang dengan senyuman. Jauh disudut hati Tuan Talhah dia juga merasa kesedihan yang sama.Begitulah hati seorang ayah, harus kelihatan kuat didepan anaknya, tetapi jauh didalam hati sangat berat untuk melepaskan anaknya duduk jauh daripada keluarga. Lily perlahan -lahan mendekati Tuan Talhah.

__ADS_1


"Ayah, Lily minta izin untuk sambung belajar disini ya ayah".sambil Lily mengambi tangan kanan ayahnya, lalu Lily kucup tangan ayahnya. Air mata Lily membasahi tangan ayahnya itu. Tidak sanggup Lily melihat wajah ayahnya kerana Lily tahu ayahnya juga sedih tetapi ayahnya tidak mengungkapkan kesedihan itu. Begitulah sikap Tuan Talhah, sesedih mana pun dan selemah mana pun Tuan Talhah, Tuan Talhah tidak pernah menunjukkan pada isteri dan anaknya itu. Dengan perlahan Tuan Talhah membelai kepala anaknya itu. Lily masih lagi bersalaman sambil mengucup tangan ayahnya itu.

__ADS_1


__ADS_2