
Hari demi hari Lily berada di Universiti. Dan setiap hari Lily tidak lupa untuk menelefon ibu dan ayahnya yang berada di kampung. Lily semakin terbiasa dengan suasana di Universiti tersebut. Selain dariapda kemudahan yang disediakan disitu, Lily juga mengenali ramai rakan yang turut sama melanjutkan pembelajarannya di situ.
Setiap hari minggu Lily akan pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan ayahnya di kampung. Oleh kerana Lily satu-satunya anak tunggal yang dimiliki oleh ibu dan ayahnya, Lily berasa bertanggungjawab dalam memastikan kesihatan ibu dan ayahnya yang berada di kampung.
Pelbagai jenis orang yang Lily jumpa semasa di Universiti. Oleh kerana mahasiswa dan mahasiswi berasal daripada berlainan negeri dan negara, Lily mendapat sedikit sebanyak mengetahui budaya mereka.
"Lily.... Lily... "panggil Raudah sambil berlari keanakan menuju ke arah Lily.
"Ya, disini".jawab Lily sambil tersenyum melihat gelagat rakannya itu.
"Jom pergi masjid".ajak Raudah kepada Lily.
__ADS_1
"Jom, saya baru nak pergi masjid, jomlah pergi sama-sama".jawab Lily.
Sesampai mereka berdua di masjid,langsung mereka menunaikan solat asar di masjid tersebut.Oleh kerana Lily dan Raudah mempunyai program yang harus diikuti pada malam hari, Lily dan Raudah tidak dapat pulang ke bilik kerana kesuntukan masa. Jadi mereka berdua menghabiskan masa di masjid sebelum berangkat ke program tersebut.
Sambil mereka duduk-duduk menunggu azan maghrib, mereka mendengar tazkirah yang disampaikan oleh seseorang ustaz .Tajuk tazkirah tersebut adalah berkenaan "kesabaran ".Sambil mendengar tazkirah, tidak Lama kemudian azan maghrib pun berkumandang. Lily dan Raudah segera menunaikan solat maghrib tersebut.
Selesai sahaja mereka menunaikan solat maghrib, mereka bergegas pergi ke program yang akan berlangsung di dewan kuliah berdekatan.
Satu sosok tubuh lelaki yang tidak dikenali, namun sering dilihat semasa berada didalam kuliah pada bidang yang sama. Lelaki tersebut memandang tepat pada arah Lily.
"Raudah, dekat muka saya ada apa-apa ke? "soal Lily pada Raudah.
__ADS_1
"Ada. ada mata, hidung,bibir".balas Raudah sambil tersenyum mengusik temannya itu.
Lily sangat mengenali Raudah dengan sifatnya yang suka bergurau. Apabila program sudah bermula Lily mula menumpukan perhatiannya pada program tersebut. Sehinggalah program tersebut sudah tamat, Lily dan Raudah langsung beredar daripada program tersebut langsung pulang ke bilik masing-masing.
Sesampai saja Lily dibilik, Lily langsung bersiap untuk merehatkan diri.
Tettt... tetttt (handphone Lily berbunyi menandakan whatssap masuk ke dalam handphonnya) .
Namun Lily tidak sedar kerana Lily sudah tertidur akibat kepenatan seharian di kelas.
Sampailah keesokan harinya, Lily bersiap-siap seperti biasa untuk berangkat ke kelas. Sesudah Lily duduk di kerusi di dalam kelasnya, langsung Lily melihat handphonnya. Lily memerhatikan nombor yang tertera di skrin telefonnya yang menghantar whatssap kepadanya malam tadi. Namun Lily abaikan kerana Lily sama sekali tidak mengenali nombor tersebut. Lily belajar seperti biasa pada hari itu.
__ADS_1
Adat mahasiswa dan mahasiswi pada pertengahan sem memperolehi assignment yang banyak. Seperti biasa Lily tidak akan melengahkan kerja yang telah didapatinya itu. Lily tidak lupa akan azamnya untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan buat ibu dan ayahnya.