Setia Seorang Isteri

Setia Seorang Isteri
Setia seorang isteri


__ADS_3

"Ibu..... ibu..... "panggil Lily sambil mencari ibunya di ruang tamu.Ditoleh kanan dan kiri, bayangan Puan Salmah masih lagi tidak kelihatan. Lalu Lily berjalan menuju ke dapur, sambil memanggil ibunya.


"Ibu....ibu..."panggil Lily lagi.


"Ibu dekat sini nak. "jawab Puan Salmah lembut.


Jelas senyuman dibibir Puan Salmah sehingga kedutan dipipi dan matanya kelihatan kerana faktor usianya yang sudah semakin dimakan zaman. Inilah wajah kebangaan anaknya. Puan Salmah yang telah membesarkan Lily dengan penuh kasih sayang .Lily satu satunya anak tunggal didalam keluarga ini yang membawa keceriaan pada keluarga kecil ini.

__ADS_1


"Ibu... "Lily memanggil ibunya sambil berjalan menghampiri ibunya.


"ya anakku, kenapa sayang "jawab ibunya lembut.


"Sedapnya bau masakan ibu, nanti Lily mesti rindu masakan ibu di rumah "kata Lily sambil berdiri disebelah ibunya yang sedang memasak.


"Ibu,lapar lah,Lily tak sabar nak makan masakan ibu "Lily mengusik ibunya sambil mengambil pinggan dan meletakkannya diatas meja makan.

__ADS_1


"Sabar anakku, sikit lagi siaplah masakan ibu"sambil tersenyum Puan Salmah menjawab pertanyaan anaknya itu.


Selesai saja Puan Salmah memasak, lalu Lily hidangkan diatas meja makan yang tersedia di dapur rumahnya itu. Dibersihkan pinggan dan semua peralatan memasak yang telah ibunya gunakan. Begitulah Lily, Lily seorang yang rajin membantu ibunya tanpa suruhan ibunya. Lily sudah dididik dari kecil untuk berdikari .


Sesudah makan terhidang, Tuan Talhah pun datang ke dapur selepas dipanggil oleh isterinya untuk makan. Lalu keluarga kecil ini duduk bersama-sama dimeja makan untuk menjamu makanan yang telah dihidangkan. Walaupun keluarga ini kecil tetapi inilah nilai kekeluargaan yang bahagia.


Jauh disudut hati Lily sangat sedih apabila melihat wajah ibu dan ayahnya.Inilah pertama kalinya Lily akan berjauhan dengan ibu dan ayahnya. Wajah ibu dan ayahnya lah yang akan dirinduinya disaat dirinya jauh daripada keluarga. Lily mahu meneruskan pembelajarannya tetapi jauh didalam fikirannya sangat risaukan keadaan ibu dan ayahnya yang sudah lanjut usia.Bagaimana mungkin Lily sanggup pergi meninggalkan ibu dan ayahnya sendiri dirumah.Tetapi Lily terpaksa juga meneruskan pembelajarannya. Demi masa depan dirinya dan ibu dan ayahnya. Lily nak buktikan pada diri yang dia mampu mengubah nasib keluarganya itu. Sejak kecil Lily hidup dalam kesusahan. Dalam sehari-hari kadang-kadang Lily makan dan kadang-kadang Lily, ibu dan ayahnya terpaksa menahan lapar kerana tiada wang untuk membeli bahan keperluan harian untuk dimasak. Walaupun Lily hidup dalam keadaan susah, sekalipun Lily tidak pernah merungut akan kesusahan yang dialaminya. Lily bersyukur, hidupnya masih ada tempat tinggal dan masih diberi peluang untuk merasa kebahagiaan bersama ibu dan ayahnya. Lily tahu cabaran hidup yang harus dialaminya semakin mencabar kelak. Sebab itulah Lily bertekad untuk meneruskan pembelajarannya dan ingin mengubah nasib keluarganya ini. Lily sedar, dialah satu-satunya yang boleh mengubah nasib keluarganya di kampung.

__ADS_1


__ADS_2