
kringggg....kringgggg.....(jam loceng Lily berbunyi).
Lily mulai tersedar daripada tidurnya lalu dimatikan jam loceng yang berbunyi. Dilihatnya jam tersebut, lalu Lily pun bersiap -siap untuk menunaikan solat subuh. Rakan sebiliknya sudah sedia bangun untuk solat subuh bersamanya. Selepas selesai Lily menunaikan solat subuh, lalu Lily siap-siap untuk pergi ke kelas pengajiannya untuk yang pertama kalinya.
Selesai saja Lily bersiap, Lily langsung bergegas ke kelas paginya yang akan bermula pada pukul 7.30pagi.Sesampainya Lily di kelas, Lily terlihat ramai mahasiswa dan mahasiswi yang lain yang sudah sedia ada didalam kelas. Langsung Lily berjalan menuju ke tempat duduk yang masih kosong.
Kelas pertamanya adalah kelas kedoktoran. Sejak kecil lagi Lily bercita-cita menjadi seorang doktor. Minatnya yang mendalam dalam bidang kedoktoran membawanya di masa kini. Jauh dalam sudut hati Lily, dia sangat bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.
"Assalamualaikum".tiba-tiba ada satu suara lembut mengejutkan Lily dari sisinya.
__ADS_1
"Waalaikumussalam"balas Lily lalu dipandangnya sosok tubuh yang memberi salam kepadanya. Kelihatan seorang wanita yang mengenakan baju kurung dan bertudung berada disebelahnya sambil tersenyum sopan.
"Boleh saya duduk di sini?"soal wanita yang memberi salam tadi.
"Boleh silakan ".balas Lily.
Lalu wanita tersebut pun langsung duduk di sebelah Lily. Seorang wanita yang sopan dan penuh dengan kelembutan.Kelihatan dari segi pergerakannya,dia terlihat seperti seorang yang pemalu.
"saya Lily ",balas Lily dengan menghulurkan tangannya untuk menyambut salamnya itu.
__ADS_1
Dari pengenalan Lily dan Raudah membuatkan mereka berasa selesa untuk menjadi teman sekuliah bersama. Sambil menunggu pensyarah masuk, Lily dan Raudah berkongsi cerita antara satu sama lain sebagai tanda perkenalannya.
Kelihatan sosok tubuh seorang wanita memasuki kelas tersebut. Lalu diletakkan laptop yang dibawanya di atas meja pensyarah. Kelihatan pensyarah yang baru saja memasuki ruangan kelas tersebut membuatkan kelas sepi. Mata-mata yang ada disitu memperhatikan pensyarah tersebut dalam keadaan senyap tanda hormat seorang pelajar kepada gurunya.
"Assalamualaikum semua, kenalkan nama saya Puan Emilia. Saya akan mengajar kalian semua untuk kelas pagi ini, dan tentunya banyak lagi perkara yang saya akan kongsikan pada kalian semua berkenaan dengan subjek yang akan kita pelajari pada hari ini dan pada kelas yang berikutnya ".jelas Puan Emilia tegas.
"Saya taknak lengahkan masa, Saya akan bukak slide di depan untuk memberi penerangan berkenaan dengan kelas kita pada hari ini ".jelas Puan Emilia lagi.
Puan Emilia kelihatan begitu tegas dalam sesi pengajaran. Namun Puan Emilia adalah seorang pensyarah yang sangat lembut apabila berada di luar waktu pengajaran. Ini membuatkan pelajar-pelajar yang sebelum ini belajar bersama Puan Emilia begitu selesa untuk menjadi pensyarahnya. Sikapnya yang mudah untuk dibawa bincang memudahkan pelajar-pelajar lainnya mudah untuk berkomunikasi dengannya. Setiap penerangan yang diterangkan kepada pelajar -pelajarnya sewaktu sesi pengajaran adalah teliti dan berkualiti serta memudahkan mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih mudah mendalami sesuatu subjek pembelajaran yang diajar olehnya.
__ADS_1
Sikap Puan Emilia yang agak tegas membuatkan mahasiswa dan mahasiswi terus berada dalam keadaan fokus dan bersedia semasa berada didalam kelas dan kuliah. Bidang kedoktoran bukanlah sesuatu bidang yang mudah untuk dibawa oleh sesetengah mahasiswa dan mahasiswi. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi sepanjang sesi pembelajarannya dalam bidang kedoktoran.