Setia Seorang Isteri

Setia Seorang Isteri
Setia seorang isteri


__ADS_3

"Lily... "panggil Tuan Talhah lembut.


"ya ayah.. "jawab Lily.


"Jaga diri ya, buktikan pada ayah yang Lily boleh berjaya ".sambil Tuan Talhah mengesat air mata dipipi anaknya itu.


"Lily takkan hampakan harapan ibu dan ayah, Lily akan balik membawa kejayaan pada ibu dan ayah suatu hari nanti "balas Lily perlahan.


Tuan Talhah masih kelihatan tenang. Wajahnya itu tidak pernah lekang dengan senyuman. Kedutan diwajah Tuan Talhah kelihatan sangat ketara apabila dia melemparkan senyuman pada anaknya itu.


"Lily, ditempat orang jangan lupa solat, selalu doakan ibu dan ayah ya nak "dengan senyuman dengan penuh ketenangan Tuan Talhah meninggalkan pesan pada anaknya itu.


"Lily selalu doakan ibu dan ayah.Ibu dan ayah jaga diri ya dikampung".balas Lily perlahan.


Sesudah itu, Tuan Talhah dan Puan Salmah meninggalkan anaknya itu sendirian. Kelihatan sosok tubuh ibu dan ayahnya berlalu pergi meninggalkan perkarangan asrama di kediaman Universiti tersebut. Dengan penuh sayunya, Lily mengikuti perlahan untuk menghantar ibu dan ayahnya ke kereta. Setelah masuk sahaja ibu dan ayahnya didalam kereta, kelihatan kereta ibu dan ayahnya berlalu pergi,sambil Puan Salmah dan Lily membalas lambaian dengan penuh kesedihan. Pandangan Kereta Tuan Talhah hilang daripada pandangan Lily. Ibu dan ayahnya sudah pun berangkat pulang ke kampung. Lalu Lily pun masuk kedalam asrama menuju ke bilik penginapannya itu.


Didalam bilik penginapannya itu, Lily tinggal bersama seorang kawannya yang bernama Sara. Sara seorang yang sangat lembut dan Sara juga seorang wanita muslimah.

__ADS_1


knock.... knockkkk.... (Lily mengetuk pintu biliknya itu).


"masuklah, pintu tidak dikunci "balas sara perlahan


Dengan senyuman Sara menyambut kedatangan Lily didalam biliknya itu.Kegembkraan kelihatan di raut wajah Sarah.


"Saya Lily "Lily menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sara. Dengan senyuman yang terpancar di wajah Lily.


"Saya Sara "sambil Sara menghulurkan tangan bagi menyambut salamnya Lily.


"Sara dari mana? ".soal Lily perlahan.


Lily gembira kerana mempunyai rakan sebilik yang baik. Jauh disudut hati Lily berasa sangat bersyukur kerana mempunyai rakan sebilik yang baik.Selesai berkanalan dengan Sara, Lily langsung menunaikan solat dan segera berehat.Lily merehatkan tubuhnya itu diatas katil. Termenung jauh Lily, memikirkan keberadaan ibu dan ayahnya.


Tettt.. tettt.. Setelah beberapa Jam bunyi deringan handphone Lily jelas kedengaran. Dengan senyuman Lily melihat ibunya menelefonnya. Lalu Lily segera mengangkat telefonnya itu.


"Assalamualaikum nak"jelas terpancar suara ibunya di telefon.

__ADS_1


"Waalaikumussalam ibu "jawab Lily perlahan.


"Ibu dan ayah dah sampai rumah nak, macam mana keadaan Lily disana? "soal ibunya lembut.


"Alhamdulillah Lily baik-baik sahaja di sini ibu "jawab Lily perlahan.


"Jaga diri ya nak di sana" pesan Puan Salmah.


"Baik ibu, Lily jaga diri disini. Ibu dan ayah pun sama ya. Lily rindu ibu dan ayah "balas Lily.


"Ibu dan ayah pun rindu Lily, nanti ibu telefon lagi ya nak "jawab Puan Salmah.


"baik ibu "balas Lily .


"Jaga diri baik-baik, assalamualaikum nak "jawab Puan Salmah.


"Baik ibu, waalaikumussalam ibu "balas Lily.

__ADS_1


Jauh disudut hati Lily masih merindukan ibu dan ayahnya. Dan Lily bersyukur ibu dan ayahnya sudah selamat sampai pulang kekampung.


Sambil termenung lagi Lily di atas katilnya mengenangkan hari esok yang akan menjelma tidak lama lagi. Debaran di hatinya semakin terasa.Perlahan-lahan matanya mulai terpejam rapat. Dan akhirnya Lily tertidur diatas katilnya.


__ADS_2