Jalan Cinta Kita

Jalan Cinta Kita
BAB 12


__ADS_3

Kenny dan Ken mulai menjalani hubungan suami isteri tetapi masih tidur di bilik yang terpisah. Keduanya tidak tahu bagaimana untuk membicarakan hal tersebut.


Suatu malam, Kenny mengalami mimpi ngeri. Kenny menjerit dan Ken terbangun mendengar jeritan Kenny. Ken terus berlari ke arah bilik Kenny.


Ken melihat Kenny yang duduk di atas katil dengan wajah yang pucat. Peluh juga membasahi mukanya yang terlihat sangat terganggu.Ken duduk di sebelah kenny dan memeluk Kenny.


..."Kenapa? Mimpi buruk?" tanya Ken...


Kenny hanya mengangguk lemah. Ken berasa risau melihat Kenny yang hanya mendiamkan diri. Ken ingin berdiri untuk mengambilkan Kenny air minum tetapi Kenny menahannya.


..."Jangan pergi. Saya takut." kata Kenny...


..."Saya tak akan pergi. Saya cuma mahu ambil air" kata Ken...


..."Ok. Jangan lama."kata Kenny...


Ken berdiri lalu keluar dari bilik Kenny.Kenny hanya mendiamkan diri. Disebabkan rasa takut, Kenny mengejar Ken yang sedang berada di dapur.

__ADS_1


Ken hairan melihat Kenny yang kelihatan begitu ketakutan. Kenny duduk di sebuah kerusi yang menghadap Ken.


..."Kenapa?"tanya Ken...


..."Saya takut. Ken lama sangat."kata Kenny...


..."Saya baru saja keluar."kata Ken...


Kenny hanya mendiamkan diri. Hal itu membuatkan Ken bertambah risau.Dia tidak sanggup melihat keadaan Kenny yang sedemikian.


..."Malam ni Kenny tidur dengan sayalah"kata Ken...


..."Tidur di bilik saya. Saya akan jaga kamu dengan baik."kata Ken...


...****************...


Pada pagi itu, Kenny dan Ken terbangun dari tidur bersama. Kenny memeluk erat Ken. Kenny menarik tangannya lalu turun dari katil lalu berjalan ke biliknya semula.

__ADS_1


Ken hanya melihat kelakuan Kenny itu. Dia masih risau dengan keadaan Kenny yang hanya berdiam diri. Ken berdiri dan menuju ke dapur selepas mencuci muka untuk memasak sarapan.


...****************...


Melisa berasa tidak puas hati mendengar bahawa Kenny dan Ken tidur sebilik kerana jika Kenny mengandung,dia akan mendapatkan semua harta suaminya. Kenny memang akan bermimpi ngeri sekali dua dalam sebulan dan tidak akan dapat tidur untuk beberapa hari kerana terganggu dengan mimpi tersebut.


Namun, kali ini Kenny masih boleh tidur dengan tenang disebabkan oleh Ken. Melisa mahu Kenny datang ke hotel dengan keadaan yang mengantuk dan kerjanya tidak selesai tepat waktu.


Melisa berasa sangat geram. Peluang untuk anaknya menggantikan Kenny di hotel tersebut.Kenny memang wanita yang tegar dan kuat berusaha.Tidak hairanlah jika Kenny mendapat kepercayaan dari Papanya untuk mengurus hotel itu.


...****************...


Kenny dan Ken sedang bersiar-siar di tepi pantai. Kenny ingin menenangkan fikirannya. Meskipun Kenny kelihatan lebih tenang dari yang sebelumnya, dia masih diganggu oleh mimpi buruknya di malam itu.


..."Kamu okey?"tanya Ken kepada Kenny apabila melihatnya hanya mendiamkan diri....


..."Saya okey. Saya cuma tak tahu kenapa setiap bulan saya mesti mengalami mimpi buruk. Setiap bulan mengalami mimpi buruk dan selalunya saya tak akan dapat tidur dalam masa seminggu kerana bayangan mimpi itu."kata Ken...

__ADS_1


..."Kenny tak pernah alami apa-apa seperti kemalangan? Mungkin saja mimpi kamu ada hubungan dengan kemalangan itu?"kata Ken...


..."Saya pernah alami kemalangan 2 tahun yang lalu. Kata Papa, ingatan saya hilang. Saya tak tahu apa-apa yang saya tahu hanyalah saya sedarkan diri di hospital."kata Kenny.....


__ADS_2