
Ken membawa Kenny dan anak-anaknya berserta Fian ke sebuah rumah sederhana di dalam hutan. Rumah itu milik keluarga Ken. Mereka akan mengunjungi rumah itu sekali sahaja dalam setahun. Ken membawa Kenny dan anak-anak ke rumah itu untuk melawat dan melihat rumah itu.
Kawasan rumah itu sangat cantik dan nyaman. Kenny, Evy dan Ray suka berada di tempat itu. Udaranya juga segar dan jauh dari pencemaran.
..."Kenapa kita tak tinggal sini pa?"tanya Evy...
..."Sebab papa ada kerja. Mama pun sama. Jadi tak boleh tinggal kat sini. Tapi kalau Evy dan Ray suka, kita boleh sering melawat di sini."kata Ken...
..."Kami suka.. "kata Ray...
..."Sini lebih baik. Tenang dan nyaman. Pemandangan pun cantik."kata KenSaya"Waktu kecil, saya dan keluarga tinggal sini. Tapi sejak saya bersekolah, kami perlu pindah sebab sini jauh dari sekolah. Tapi kami sering ke sini waktu cuti."kata Ken...
..."Rasanya saya nak tinggal sini lama sikit. Tapi cuti Ken seminggu je lagi. Dan saya perlu siapakan kerja yang tertunda dulu. Tak pe lain kali boleh datang lagi."kata Kenny...
..."Kalau Kenny nak, kita boleh tinggal sini. Saya berhenti kerja."kata Ken...
..."Saya tak nak Ken berhenti kerja. Biarlah kita tinggal di sana."kata Kenny...
..."Tapi saya nak habiskan masa bersama keluarga saya."kata Ken...
__ADS_1
..."Dah jangan nak mengarut."kata Kenny lalu pergi meninggalkan Ken...
...****************...
Riko membantu Kenny menyelesaikan masalah butik bagi tanda berterima kasih sebab memaafkan mamanya. Riko belum memberitahu Kenny tentang hal itu. Apalagi mamanya.
Riko berurusan dengan pemilik tempat butik yang dahulu membatalkan kontrak bersama Kenny. Riko juga mengurus permohonan lesen dari kementerian tetapi mengalami kesusahan untuk meminta tandatangan Kenny.
...Riko bercadang untuk menemui Kenny tetapi Kenny tiada di rumah. Riko menunda hasratnya sehingga kepulangan Kenny....
...****************...
Wajah Ken yang ceria mendapat perhatian. Ken yang sebelumnya muram dan masam bertukar ceria dalan 2 minggu.
..."Rasanya dia sedang jatuh cinta."kata seorang jururawat...
..."Takkanlah. Saya dengar dia ada seorang bekas isteri yang kembali dengan membawa anak kembar."kata seorang lagi jururawat...
..."Kamu semua tak ada kerja ke? berkumpul bergosip di sini?"kata seorang doktor wanita yang bernama Mary...
__ADS_1
..."Dr. Mary.. Saya nak tanya. Betul ke yang Dr. Ken dah ada anak?"tanya jururawat tadi...
..."Kalau Dr. Ken dengar kamu berbual tentang dia, kamu rasa kamu masih boleh berdiri di sini?"kata Dr.Mary...
Semua jururawat itu bubar. Hanya tinggal Dr. Mary yang berdiri di situ.
...****************...
Gosup panas di hospital beredar dengan sangat cepat. Ken hanya membiarkannya sahaja tanpa mengambil peduli. Dr.Mary yang diam-diam menyimpan perasaan kepada Ken menjadi tak keruan.
..."Nampaknya Dr. Ken semakin terkenal. Betulkah apa yang sedang hangat sekarang ini?"kata Dr.Mary...
..."Betul. Saya sydah mempunyai sepasang anak kembar. Tapi saya belum dapat bersama dengan mereka kerana suatu masalah."kata Ken dengan senyuman....
..."Siapa dia? Dia wanita yang bagaimana? Anak itu bagaimana mereka dilahirkan?"tanya Dr.Mary...
..."Dia ialah seseorang yang istimewa. Saya sudah menunggunya terlalu lama. Anak itu lahir seperti biasa. Hasil dari cinta kami"kata Ken. "Mereka lahir dari perkahwinan kami" sambung Ken...
Dr. Mary terkejut mendengarnya. Dia tidak pernah tahu tentang perkahwinan Ken.
__ADS_1