Jalan Cinta Kita

Jalan Cinta Kita
BAB 29


__ADS_3

Kenny menggunakan kepintarannya untuk mencari tahu siapa yang menyebarkan berita palsu itu. Mujur Kenny pernah belajar tentang pengkomputeran ketika di Amerika.


Fian akan menjaga Evy dan Ray sementara Kenny menyelidiki berita palsu tersebut. Kenny tidak mahu melakukan hal tersebut kerana pernah menyebabkan masalah di dalam sebuah data dan menyebabkan semua data terpadam.


Kenny tidak mahu mengulangi kesalahannya itu. Meski dulu dia sangat berminat dan berbakat dalam hal tersebut.


Fian mendekati Kenny yang sedang sibuk untuk memberinya kopi.


..."Nah kopi."kata Fian...


..."Thanks" ucap Kenny tanpa memandang ke arah Fian...


..."Why don't you have a rest? It's been 3 days you don't have a good sleep"kata Fian...


..."Saya tak apa-apa." bohong Kenny...


..."Tapi kamu perlukan rehat yang cukup. Kalau tidak, macam mana Kenny nak tangkap orang itu dan membersihkan nama Kenny?" nasihat Fian...


..."Don't worry. I'm fine. Just help me to take care of Evy and Ray. Saya tak nak mereka merasa terpinggir."kata Kenny...


..."Serahkan kepada saya. Saya akan jaga mereka."kata Fian...

__ADS_1


..."Kalau lapar pergi makan. Saya sudah masak" kata Kenny...


Fian tersenyum lalu berkata. "Saya akan bawa mereka makan"katanya


Kenny hanya mengangguk. Fian mengajak Evy dan Ray untuk makan.


...****************...


Ken berasa sangat sedih dengan berita itu. Apatah lagi dia sering melihat Fian sering ke rumah Kenny akhir-akhir itu. Ken bingung harus bagaimana.


..."Apa sebenarnya yang terjadi? Kenny meninggalkan saya saat itu. Dan kini kembali dengan membawa Evy dan Ray."kata Ken sendirian....


Semua kenangan yang pernah dilalui bersama mereka bermain di benaknya. Mereka begitu baik. Ken tersenyum dengan air mata yang mengalir apabila mengenang kembali kenangan bersana anak kembar itu.


...****************...


Kenny membuka matanya dan menyedari bahawa dia berada di hospital. Kenny pengsan kerana kurang tidur dan gastrik.


Fian, Evy dan Ray memandangnya dengan wajah cemas. Evy dan Ray sedang menangis.


..."Mama.."panggil Ray dengan suara serak...

__ADS_1


..."Dah jangan menangis. Mama okey. Cuma tak cukup tidur sayang."pujuk Kenny...


..."Mama tak perlu selidiki lagi. Kalau papa tak nak kami, tak apa. Kami masih ada mama."kata Evy...


..."Ya. Tapi mama tak boleh tengok sikap tak peduli papa kamu terhadap kanu berdua."kata Kenny...


..."Ray dan kakak tak kesah sangat. Apa kata kalau kita balik Amerika."kata Evy...


......"Ya saya rindu dengan kawan-kawan di sana"kata Ray......


..."Saya akan tempah tiket kalau Kenny nak balik sana. Lagipun dengan keadaan sekarang kita tak dapat nak buka butik lagi. Semua pihak yang terlibat dah batalkan kontrak dan kita tak boleh buat apa-apa"kata Fian...


..."Saya sudah temukan orang itu. Tapi saya perlukan bantuan Fian."kata Kenny...


..."Cakap saja apa yang saya boleh bantu"kata Fian...


..."Semua maklumatnya ada di dalam fail biru di atas meja kerja saya. Saya nak minta tolong Fian untuk cari orang itu"kata Kenny...


..."Serahkan kepada saya."kata Fian...


Fian keluar dari wad Kenny. Kenny meminta kebenaran untuk pulang. Selepas mendapat kebenaran untuk pulang, Kenny membawa Evy dan Ray balik ke rumahnya

__ADS_1


__ADS_2