Jalan Cinta Kita

Jalan Cinta Kita
BAB 28


__ADS_3

Media sosial gempak dengan berita tentang Kenny yang menghilang selama 5 tahun yang tiba-tiba kembali dengan membawa anak kembar. Berita itu menyatakan bahawa anak kembar Kenny ialah anak luar nikah.Kenny menghilangkan diri kerana mengandungkan anak itu.


Kenny yang membaca berita itu terpaku. Air matanya mengalir. Betapa kejamnya dunia kepadanya.


Anny, Assy, Sunny dan Wenny datang menemui Kenny. Mereka tidak percaya dengan berita tersebut.


..."Kenny, betulkah?"soal Anny...


..."Evy dan Ray ialah anak yang sah. Anak saya bersama dengan Ken."kata Kenny sambil menangis...


..."Tapi kenapa..." Anny kehilangan kata-kata...


..."Kami percayakan Kenny tetapi ada gambar Kenny dengan seorang lelaki. Siapa lelaki itu?"tanya Anny...


..."Lelaki itu ialah Fian. Rakan kerja saya. Kami yak ada apa-apa hubungan pun."kata Kenny...


Kedengaran bunyi pintu dibuka. Semua menoleh ke arah pintu. Ken masuk dengan wajah yang serius.

__ADS_1


..."Cuba Kenny jelaskan. Berita itu betul ke?"kata Ken...


Kenny hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Lidahnya kelu.


..."Evy dan Ray anak saya atau bukan?"tanya Ken...


..."Kamu pun tak percayakan saya."kata Kenny lalu tersenyum sinis....


..."Tolonglah Kenny. Saya perlukan penjelasan" kata Ken...


Kenny hanya mendiamkan diri dan mendengar ken menghina dirinya. Betapa sakitnya hati Kenny dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ken.


..."Dah habis cakap? Kalau dah tolong keluar. Semuanya keluar. Kalau Ken tak percaya Evy dan Ray ialah darah daging Ken, tak apa. Saya boleh jaga dorang sendiri. Selama 5 tahun ni pun saya jaga dorang sendiri."kata Kenny."Semua keluar"jerit Kenny...


Hati Kenny bagai dihiris-hiris melihat ketidakpercayaan kawan dan orang yang dicintainya.


...****************...

__ADS_1


Telefon Kenny tidak berhenti-henti berdering. Kenny mematikan kuasa telefonnya. Kenny tetap berpura-pura kuat di hadapan Evy dan Ray.


..."Mama.. saya minta maaf. Kalau saya tak balik diam-diam, semua ni tak akan terjadi."kata Ray yang mulai menangis...


..."Mama tak salahkan Ray. Lagipun, Ray dan Evy berhak tahu siapa papa kamu. Mama yang salah sebab tak berterus terang dengan kamu berdua. Maafkan mama"kata Kenny....


Air mata Kenny mulai mengalir. Kenny menyembunyikannya dari anak-anaknya. Tetapi mereka sangat pintar. Mereka tahu kalau Kenny sedang menangis tetapi hanya mendiamkan diri.


...****************...


Ken merenung rumah Kenny. Dia berasa kecewa tetapi hatinya berkata bahawa hal itu tidak benar. Ken menghabiskan masanya di hospital. Ketika senggang, datang ke rumah Kenny tapi tidak masuk ke dalam tetapi hanya merenung dari luar.


Ken merasa terbohongi. Apalagi melihat setiap hari Fian akan datang ke rumah Kenny. Rasa cemburu dan marah menguasai hatinya.


Setiap hari dilalui tanpa gurau tawa Evy dan Ray. Perasaan rindu kepada kedua anak ini semakin membuat Ken resah. Ken mengambil cuti dari hospital dan menghabiskan masa dengan berkurung di dalam bilik.


Mama Ken berasa sangat risau dengan keadaan Ken. Tetapi tiada apa yang dapat dilakukan. Keluarga Ken tidak tahu apa yang patut dilakukan dan menyalahkan Kenny. Semuanya kesalahan Kenny.

__ADS_1


Mereka mulai menyesali penerimaan anak kembar Kenny. Walaubagaimanapun, perasaan rindu tetap ada untuk Evy dan Ray. Mereka adalah anak yang lucu dan comel


__ADS_2