Jalan Cinta Kita

Jalan Cinta Kita
BAB 3


__ADS_3

Sudah sebulan Kenny menjadi pengerusi di hotel milik papanya, mulai banyak cerita tentang Kenny. Kenny hanya mendiamkan diri dan tidak mahu mengambil serius hal tersebut.


Kenny masih menyelidiki Ken yang sudah menyelamatkannya sebulan yang lalu. Kenny berencana untuk menyelidiki hal tersebut sendiri memandangkan orang suruhannya tidak dapat melakukannya. Apatah lagi keadaan hotel semakin stabil dan Kenny tidak punya banyak kerja.


Kenny berencana untuk mendekati Ken. Kenny membuat keputusan untuk menyumbangkan dana ke hospital tempat Ken bekerja dengan alasan ingin beramal.


...****************...


Kenny masuk ke dalam hospital itu untuk bertemu dengan kakak iparnya yang baru sahaja bersalin. Kenny sangat gembira melihat bayi yang berada di katil bayi.


..."Kenny tak nak dukung?" pelawa Debora kakak ipar Kenny...


..."Tak payah kak saya takut nanti terjatuh.. Atau menangis saya tak pandai" kata Kenny...


..."Kenny tolong jagakan baby ya.. Kakak nak pergi sekejap" pinta Debora...


..."okey" kata Kenny...


Debora meninggalkan Kenny bersama dengan bayinya. Kenny mengulas-ulas pipi bayi itu dan tangannya dipegang oleh bayi itu. Kenny menarik tangannya. Bayi itu menangis. Kenny memberikan tangannya kembali tetapi bayi itu masih menangis.


Ken yang kebetulan melalui bilik itu melihat Kenny yang kelihatan sangat bingung melihat bayi itu menangis. Ken masuk ke dalam bilik itu dan menyapa Kenny.

__ADS_1


..."Hai," sapa Ken...


Kenny menoleh ke belakang dan melihat Ken sedang berdiri di belakangnya.Kenny memberi senyuman kepada Ken


..."Saya tak tahu nak jaga budak menangis. Kamu tahu tak?" kata Kenny...


..."mari"kata Ken lalu mendukung bayi itu dan bayi itu berhenti menangis...


..."Kalau bayi menangis dia perlu didukung. Biar dia berasa selamat" kata Ken...


Kenny hanya tersenyum


..." nak dukung?" tanya Ken...


Ken meletakkan bayi itu kembali ke tempat tidurnya. Tanpa disedari, Debora telah mengambil gambar perilaku Kenny dan Ken sedari tadi.Kenny yang menyedari kehadiran Debora segera menjarakkan diri dari Ken dan memanggilnya.


..."Kenapa diam di depan pintu. Kenapa tak masuk? "tanya Kenny...


..."Tak nak kacau daun" jawab Debora...


..."Saya cuma kebetulan melalui bilik ini dan melihat bayi ini menangis jadi saya masuk memandangkan dia kelihatan tak pandai pujuk bayi menangis" kata Ken."saya masih ada pesakit lain yang perlu diperiksa. saya pergi dulu" kata Ken lalu keluar dari bilik itu.....

__ADS_1


...****************...


Ken sedang menukar bajunya apabila Kenny tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Kenny melihat badan Ken yang sasa dan tegap. Ken hanya menyedari kehadiran Kenny apabila telefon Kenny berdering..


Kenny hanya memberikan senyuman kepada Ken.


..."Jangan risau saya akan keluar sekarang"kata Kenny selepas matikan panggilan...


Baru sahaja Kenny mahu membuka pintu, kedengaran suara Dr. Lian memanggil nama Ken. Ken segera menarik Kenny ke sebuah bilik kecil di dalam bilik Ken. Tubuh mereka begitu dekat.


Jantung Kenny berdegup dengan kencang. Mahu saja dia berlari keluar saat itu namun Dr. Lian masih berada di luar. Tiba-tiba pintu bilik kecil itu terbuka dan Dr. Lian melihat Kenny dan Ken.


..."saya tak nampak apa-apa"kata Dr.Lian lalu keluar dari bilik itu....


Kenny keluar dari situ dengan mukanya yang memerah..


...****************...


Sunny dan Kenny sedang berada di sebuah restoran ketika melihat seorang lelaki yang kacak. Dia mendekati mereka dan menyapa Kenny.


..."Hai lama tak jumpa" katanya.....

__ADS_1


......................


__ADS_2