Jalan Cinta Kita

Jalan Cinta Kita
BAB 30


__ADS_3

Kenny membuat wawancara untuk membersihkan namanya. Semua bukti sudah dikumpulkan.


..."Hari ini saya membuat wawancara ini untuk memberi penjelasan kepada hberita yang sedang menyebar saat ini. Kamu semua boleh bertanya apa pun."kata Kenny...


..."Adakah berita tentang perselingkuhan puan Kenny itu benar?"tanya seorang wartawan...


..."Saya dan Ken sudah lama berpisah. Tiada istilah selingkuh di antara kami. Tetapi anak kembar saya adalah anak yang saya lahirkan selepas perpisahan kami. Saya melahirkan mereka sebelum saya pergi ke Amerika dan bertemu dengan Fian"kata Kenny...


..." Bolehkah puan Kenny buktikannya"tanya seorang lagi wartawan...


Kenny mengeluarkan beberapa lembar kertas dari fail yang dibawanya. Kenny mengangkatnya untuk memperlihatkannya kepada semua yang ada di situ. Semua mata tertumpu ke arah lembaran kertas yang ada di tangan Kenny.

__ADS_1


..."Ini ialah dokumen yang membuktikan bahawa Fian tiada pertalian darah dengan anak kembar saya. Kumpulan darah anak kembar saya ialah O dan Fian ialah A."kata Kenny...


..."Itu belum boleh membuktikan bahawa mereka ialah anak En. Ken."kata wartawan itu...


..."Saya tahu kamu akan mempersoalkannya kerana kumpulan darah saya juga sama. Begitu juga dengan Ken. Tapi saya sudah membuat ujian DNA walaupun sebenarnya tak perlu."kata Kenny...


..."Mengapa Pn. Kenny berkata begitu?"tanya wartawan itu lagi...


..."Melihat dari sijil lahir mereka sahaja sudah membuktikan bahawa mereka lahir sebelum saya ke Amerika. Untuk pengetahuan semua, saya terbang ke Amerika 4 tahun yang lalu kerana saya mendapati bahawa saya mengandung."kata Kenny...


..."Saya harus menunggu anak kembar saya cukup umur sebelum membawa mereka menaiki kapal terbang. Lagipula, awalnya saya tak bercadang untuk pergi ke luar negara. Tetapi saya mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Amerika setelah saya menyertai pertandingan fasyen di sebuah syarikat."kata Kenny...

__ADS_1


..."Mengapakah Pn. Kenny berpisah dengan En. Ken?"tanya seorang wartawan wanita...


Keadaan senyap seketika. Kenny mengumpulkan keberanian untuk menyatakan kebenaran itu. Melihat keadaan itu, Fian mencuba untuk melewatkan soalan itu tetapi dihentikan oleh Kenny.


..."Perpisahan kami berdua tidak melibatkan apa-apa konflik atau pergaduhan di antara kami berdua tetapi..."Kenny menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan. "Lebih kurang 14 tahun, saya mempunyai kakak yang sangat baik. Dia kakak kembar saya, Kellyn. Dia seorang kakak yang baik dan prihatin." air mata Kenny mulai mengalir. "Selepas satu malam, kami terpisah dan tak akan pernah bersama kembali. Kami mengalami kemalangan dan kakak saya mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan saya. Saya selamat dari kemalangan itu tetapi kehilangan ingatan. 9 tahun kemudian iaitu 5 tahun lalu, ingatan itu kembali dan membuat saya tak dapat mengendalikan emosi. Saya meninggalkan Ken tanpa mengetahui bahawa saya mengandungkan anaknya. Setelah saya mengetahui bahawa saya mengandung, saya masih dalam bayangan masa lalu dan hampir mengugurkan kandungan saya. Tetapi apabila menyedari bahawa mereka ialah hasil dari cinta saya dan Ken maka saya memutuskan untuk melahirkan mereka"kata Kenny mengakhiri ceceritanya...


..."Sangat mengharukan.. mengapa tidak memberitahukan En Ken tentang mereka?"tanya wartawan wanita itu...


..."Saya tak mahu merosak kebahagiaannya. Apa lagi dia ke Eropah untuk melanjutakn pelajaran. Saya tak mahu menganggunya."kata Kenny...


...****************...

__ADS_1


Ken memecut keretanya membelah jalan raya yang agak lengang itu. Ken mahu menemui Kenny. Ken sudah melihat wawancara yang Kenny adakan.


Ken menyesal kerana telah mengesyaki Kenny. Ken mahu meminta maaf kepada Kenny dan bertekad untuk melamarnya.


__ADS_2