
Kenny duduk di sofa ruang tamu rumah. Ken juga turut melabuhkan punggungnya ke sofa.
..."Kenny kenapa?"tanya Ken...
..."Saya tak apa-apa cuma mimpi buruk."kata Kenny...
..."Sampai minum ubat?"tanya Ken...
..."Saya mengantuk. Saya pergi dulu."Kenny berdalih...
..."Kenny tunggu."kata Ken...
Kenny menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah Ken.
..."Ubat apa yang Kenny makan?"tanya Ken...
..."Ubat tidur"jawab Kenny...
Ken mendiamkan diri. Tiba-tiba Kenny rebah. Mujur Ken sempat menangkap badan Kenny. Jika tidak, Kenny pasti sudah jatuh ke lantai.
Ken mengangkat Kenny. Dia membawa Kenny ke dalam bilik. Ken membaringkan Kenny di sisi Evy yang sudah tertidur lena.
...****************...
Kenny terjaga dari tidurnya. Ubat tidur yang sepatutnya membuatnya tertidur dalam 7 hingga 8 jam kelihatan tidak lagi berkesan. Kenny hanya tertidur dalam 4jam sahaja.
__ADS_1
Kenny bangun dari katil lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk mandi. Selepas memakai baju, Kenny keluar ke dapur untuk memasak sarapan.
Kenny melihat Ken yang sedang memasak di dapur. Kenny merapatinya dan duduk di sebuah kerusi.
..."Ini sepatutnya jadi tugas saya." kata Kenny...
Ken menoleh ke belakang dan melihat Kenny yang duduk menghadapnya.
..."Kenapa awal sangat kamu bangun? Kamu hanya tidur 4 jam."kata Ken...
..."Ubat tidur tu tak berapa berkesan dengan insomnia saya." kata Kenny...
..."Kamu tak nak tidur lagi? Saya akan kejutkan bila sarapan sudah siap."kata Ken...
..."Tak apa. Saya perlu keluar awal nanti lambat pula."kata Kenny...
..."Saya hanya perlu mencari tempat yang sesuai untuk membuka butik saya. Rasanya saya ada masa petang ni. Kenapa?"kata Kenny...
..."Saya cuma mahu bawa anak-anak berjalan-jalan. Tapi ianya lebih baik jika Kenny ikut sekali"kata Ken...
..."Saya tak janji.. Tapi saya cuba cari masa."kata Kenny...
Di wajah tenang Ken, tersembunyi senyuman yang lebar. Dia pasti Kenny akan ikut sekali. Ken mahu menggunakan masa itu untuk memungut kenangan di masa lalu dan kembali bersama Kenny dan anak kembarnya.
...****************...
__ADS_1
Kenny dan Fian sedang menunggu En. Khaizul yang merupakan pemilik tempat yang dicadangkan oleh bos lamanya. Mereka akan membincangkan tentang pembelian tempat tersebut.
Kenny melihat En. Khaizul tiba bersama dengan Ken. Kenny memandang hairan.
..."Apa yang Ken buat di sini? Apa hubungan Ken dengan En. Khaizul?"tanya Kenny...
..."Dia bekas pesakit saya. Sejak itu kami menjadi kawan."jawab Ken...
..."Ya. Benar Ken"kata En.Khaizul...
..."Ouhhhh!!!"kata Kenny sambil tersenyum...
...****************...
Ken dan Kenny bersama anak kembar mereka berjalan-jalan di sebuah taman. Ray dan Evy berasa sangat gembira kerana dapat bersama dengan Ken.
Kenny dapat merasakan kebahagiaan yang terpapar pada wajah anak-anaknya itu. Kenny menjadi serba salah. Walaupun Kenny mahu bersatu semula dengan Ken, dia tidak mahu mengganggu lelaki itu. Kenny risau jika Ken sudah memiliki kekasih hati.
Dalam diam, Ken memerhatikan Kenny yang hanya mendiamkan diri. Kenny yang dulu sangat ceria tetapi kini kelihatan begitu pendiam.
..."Mama... Saya nak adik boleh?" pertanyaan itu keluar dari mulut Ray...
Kenny dan Ken saling berpandangan. Evy mengetuk kepala Ray. Evy membisikkan sesuatu kepada Ray. Ray memandang Kenny dan Ken.
..."Maaf... Saya tahu salah." ucap Ray...
__ADS_1
..."Tak apa sayang"kata Kenny lalu memeluk Ray....
Evy yang melihat adiknya dipeluk juga mendekati Kenny. Kenny menarik Evy ke dalam pelukkannya. Ken turut memeluk mereka.