
Kenny begitu sibuk dengan urusan butik. Kenny berasa sangat gembira ketika mengetahui bahawa Riko sudah membantunya menyelesaikan masalah itu dan akan segera mendapatkan kelulusan lesen dan membuka butiknya secara resmi
Kenny hanya perlu menyiapkan acara pembukaan. Semua keperluan sudah lengkap. Hanya menunggu pembukaan sahaja lagi.
Kenny menyiapkan rekaan baju pengantin yang sudah lama di rekanya dengan harapan boleh memakainya di samping Ken. Harapan itu disimpan begitu lama.
Kenny merancang suatu rancangan yang akan menentukan masa depannya dan anak-anaknya. Kenny berharap ia akan berjalan seperti yang diinginkan.
...****************...
Majlis pembukaan butik Kenny berlansung dengan lancar dan mula beroperasi. Banyak pelanggan yang masuk sehingga Kenny tidak cukup tangan untuk melayani.
Mujur Anny, Assy, Sunny dan Wenny datang membantu. Kenny dapat bernafas dengan lega. Pesanan yang terhasil pada hari pertama sebanyak 10 pesanan.
Kenny mengadakan makan malam di hotel untuk merayakannya. Semua kawan-kawannya dijemput hadir.
..."Malam ini, kita akan merayakan kelancaran pembukaan dan hari pertama butik beroperasi."kata Kenny...
..."Tahniah Kenny." ucap semuanya....
..."Kamu semua pesanlah apa yang kamu mahu saya belanja."kata Kenny...
Anny, Assy, Wenny dan Sunny bersorak. Mereka tahu Kenny sedang gembira. Walaubagaimanapun, Kenny pulang lebih awal kerana merisaukan Evy dan Ray. Fian akan membayar semua makanan yang dipesan.
__ADS_1
...****************...
Ken tidak dapat menemukan Kenny dan memutuskan untuk pulang ke rumah Kenny. Ken sudah meneka bahawa Kenny akan pulang lebih awal kerana tidak terbiasa dengan suasana yang meriah.
Ken masuk ke dalam rumah dan membuka lampu. Ken melihat Kenny yang mengenakan gaun pengantin. Ken memandang Kenny dengan pandangan yang tak percaya.
..."Ken, kita bersatu semula"kata Kenny lalu belutut di hadapan Ken...
..."Sepatutnya saya yang melakukan ini"kata Ken lalu berlutut di hadapn Kenny dan mengeluarkan cincin...
..."Saya masih simpan cincin saya"kata Kenny lalu mengeluarkan cincin perkahwinan mereka 5 tahun yang lalu...
..."Kamu masih simpan. Tapi...." kata Ken sambil memandang cincin yang dibelinya....
..."Kamu takkan dapat lari lagi"kata Ken...
..."Kamu pun tak boleh lari dari saya"kata Kenny lalu menyarungkan cincin ke jari manis Ken...
..."Kita masih perlu buat pendaftaran dna kahwin lagi?"tanya Ken...
..."Daftar tak perlu. Kita hanya mengadakan majlis perkahwinan. Tapi kita perlu urus di mahkamah tentang status kita. Bagaimanapun, kita belum bercerai."kata Kenny...
Ken memeluk Kenny dengan perasaan gembira. Perasaan gembira yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
__ADS_1
..."Kita tak akan berpisah lagi."kata Ken...
Air mata kegembiraan mengalir tanpa disedari. Air mata kegembiraan.
...****************...
Dr. Mary mendapat jemputan ke hari perkahwinan Ken. Dia merasa sangat sakit. Dia mengambil keputusan untuk menemui Ken dan mengungkapkan perasaannya
..."Ken. Saya tak boleh menahan perasaan ini lagi."kata Dr. Mary...
..."Apa yang kamu cakapkan?"tanya Ken...
..."Saya mencintai kamu."kata Dr. Mary...
..."Mary, saya akan segera berkahwin."kata Ken...
..."Apa kurangnya saya? Saya sudah menunggu kamu begitu lama. Dan dia hanya 5 tahun yang lalu. Dia pernah meninggalkan kamu sekali"kata Dr. Mary...
..."Ya. Disebabkan itu saya tak nak dia tinggalkan saya lagi. Dan saya beritahu kamu kami sudah berkenalan lebih lama daripada kita berkenalan. Dia ialah orang yang saya kenal dari kecil."kata Ken...
Dr. Mary tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan. Namun dia sudah menyusun rancangan yang akan membatalkan perkahwinan Ken dan Kenny.
Beberapa minit kemudian, beberapa orang dari pusat undang-undang datang dan menyerbu rumah Ken.
__ADS_1
..."Kamu berdua melakukan sesuatu yang tak patut."kata seorang dari mereka apabila melihat Dr. Mary dan Ken berduaan....