
Perlahan-lahan mata Deandra dibuka.Perkara pertama yang dia lihat ialah siling kamar tidur Kylin.
Terasa berat di pinggang ramping milik Deandra lalu dia menoleh untuk melihat ke sisi dan Deandra berasa amat terkejut pabila melihat wajah tidur Kylin.
Dalam keadaan tidur meniarap tanpa memakai sebarang pakaian dan hanya dibaluti comforter. Deandra kembali memandang diri sendiri dan mula menekup mulut tidak percaya.Tubuhnya juga tidak mengenakan sebarang pakaian.
Deandra baring kembali kemudian mata dipejam cuba mengingati semula kejadian semalam namun tidak ada yang dapat dia ingat.Matanya kembali terbuka sebelum comforter diselak sedikit untuk melihat cadar di belakang punggungnya dan Deandra menarik nafas lega kerana tiada kesan darah pada cadar bermakna dia masih suci.
Tidur Kylin sedikit terganggu dan dahinya sedikit berkerut manakala lengannya memeluk pinggang Deandra dengan lebih erat.Dendra sedikit kaget namun cepat saja dia berasa tenang.Tubuh kembali berbaring dan mata mula ditutup semula.Deandra kini akhirnya kembali tertidur.
Mata Kylin perlahan-lahan terbuka dan pandangannya kini hanya tertumpu pada wajah Deandra.Dilihatnya Deandra sudah tertidur senyuman mula terbentuk dibibir.Badan Kylin kini sedang baring mengiring dengan tangan kanan menongkat badan.
"Deandra"gumamnya dan tersenyum nipis
__ADS_1
Rambut hitam perang panjang milik Deandra dielus lembut.Mata Kylin memerhati setiap sudut wajah polos Deandra.Kylin mula bangun dari pembaringan dan mencapai tuala.Diikat tuala di pinggangnya sebelum berjalan menuju ke pintu kamar.
Pintu dibuka sebelum Kylin keluar dari kamar meninggalkan Deandra yang masih tertidur polos di kasur.Pintu kamar ditutup perlahan oleh Kylin sebelum dia turun kebawah.
Kylin duduk di sofa dan mula membuka tv.Kylin mencari filem yang mahu ditonton sehinggalah dia terjumpa satu filem yang bertajuk 'MULAN'.
Senyuman mula terukir di bibirnya sebelum menyimpan filem itu di dalam tv.Tv ditutup sebelum dia bangun dari duduk dan teleport ke atas dalam kamarnya.
Di dalam kamar Kylin
Beberapa minit kemudian
Terdengar bunyi air dari kamar mandi buatkan Deandra perlahan-lahan membuka matanya. Deandra memandang sekeliling kamar tidur mencari kelibat Kylin dalam keadaan mamai. Tersedar yang Kylin berada dalam kamar mandi dia mula duduk tegak.
__ADS_1
Dia mencapai kemeja Kylin yang berada di lantai dan memakainya.
Selesai memakai pakaian Kylin dia terus ke balkoni kaca bilik itu.Tirai dibuka luas sebelum matanya memerhati permandangan indah dan sunyi taman yang sekelilingnya ada tembok tinggi yang melindungi kawasan perumahan Kylin dari pandangan luar.Deandra duduk di birai balkoni itu untuk memandang terus permandangan cantik dan indah itu.
Selang beberapa minit,Kylin terus keluar dari kamar mandi dengan tuala yang melilit di pinggangnya dan tangannya sedang mengelap rambut basahnya menggunakan tuala kecil.
Mata Kylin tertumpu pada sosok Deandra yang masih ralit memandang ke luar tingkap kaca. Senyuman kecil terlakar dibibir Kylin sebelum langkah diarah ke arah Deandra.Kylin kini berdiri tepat dibelakang tubuh kecil Deandra. Tuala kecil di tangan Kylin dilempar ke meja solek berdekatan balkoni kaca itu.
Tangan dihulur menekan tingkap kaca dan mematikan lamunan Deandra.Deandra menoleh kebelakang dan bibir Kylin mendarat dibibir lembut Deandra.Deandra terkejut dan mula menjarakkan diri dari Kylin.Senyuman dibibir Kylin terlakar membuatkan Deandra benggong seketika.Wajah cantik Deandra kelihatan merona merah dan dia segera membuang mukanya kearah lain.
__ADS_1
"Malu?"soal Kylin berbisik di tepi telinga Deandra kemudian mengigit manja cuping telinganya.
"Ahh,apa yang anda lakukan?"soal Deandra sambilan cuba menjarakkan diri dari Kylin. Senyuman Kylin bertukar sinis.