Permaisuri Handalan

Permaisuri Handalan
Yang Mulia Permaisuri...


__ADS_3

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Hari dimana Xu Emeranda akan memulakan rancangannya.


"Kakak, apakah tak mengapa kalau kakak keseorangan?" tanya Xi Moyui dalam nada cemas.


"Jangan terlalu risau, aku bukan keseorangan kok. Bukankah aku bersama Xiang Den, Kaisar dan teman dari tim cadangan." kata Emeranda sambil mengenakan pakaian barunya.


"Warna pakaian ini memang tidak sesuai denganku. Hahahaha." kata Emeranda lagi.


"Iya, warna merah jambu memang tidak sesuai buat kakak. Warna putih yang suci dan warna biru laut yang luas barulah padan dengan kakak." kata Xi Moyui sambil tersenyum nipis.



"Baiklah aku akan ke Istana dahulu." kata Emeranda selepas dia yakin kelengkapannya sudah sempurna.

__ADS_1


Dia berjalan dengan penuh keyakinan. Semua yang melihat Emeranda terpukau dan terus tunduk hormat. Emeranda tersenyum lalu duduk di takhtanya. Dia melihat semua pejabat tinggi kerajaan sedang membimcangkan permasalahan yang melanda negara.


"Apakah ada soalan mahupun masalah kalian bisa berbicara kepadaku" kata Permaisuri Emeranda.


"Di mana Yang Mulia Kaisar?" kata Dong'e Lu


"Yang Mulia Kaisar sedang ada urusan di luar. Dia akan sedikit lambat" kata Permaisuri Emeranda sambil tersenyum.


"Oh, kalau begitu kami akan memulakan perjumpaan ini." kata salah seorang pejabat tinggi kerajaan.


"Apa?! Sekarang tentera kita tersisa berapa?" tanya Emeranda. Dia tahu ayahnya selama ini keras dengannya kerana dia merupakan anak perempuan dan tidak dapat mengikut menjadi prajurit negara. Ayahnya adalah orang yang baik hati dan sangat menyayangi anaknya. Dia tidak mahu ayahnya disalahkan atas kekalahan ini. Dia tidak mahu ayahnya dianggap sengaja kalah sewaktu peperangan,sehingga dianggap musuh dan inilah salah satu punca kaisar mengahwini nya dulu.


"Tentera kita hanya tersisa 400 daripada 600."kata Jenderal Xu Juan.

__ADS_1


" Baiklah, kita harus memberi bekalan makanan yang secukupnya kepada prajurit agar mereka bertenaga. Selain itu, biarkan Komandan Xu Guan menjadi komandan kali ini. "kata Emeranda apabila mengingat dia mempunyai seorang kakak yang handal dalam peperangan tapi jarang dihantar ke medan perang kerana kaisar mencurigai keluarga mereka.


" Yang Mulia Permaisuri bukankah sepatutnya segala hal ehwal ini ditentukan dan disetujui oleh Yang Mulia Kaisar sendiri?" tanya Dong'e Lu.


"Pejabat Tinggi Kerajaan anda lancang sekali menyampuk dalam perbincangan antara aku dan Jenderal Xu!"kata Emeranda. Dia tahu Dong'e sudah tidak sabaran untuk berbincang mengenai kaisar.


" Yang Mulia Permaisuri sebenarnya beberapa hari yang lalu aku melihat seorang pembunuh di majlis kaisar. Apakah kaisar sekarang sedang sakit? Dan beberapa hari selepas itu, aku melihat Putri Xiang Den sepertinya sedang sedih." kata Dong'e Lu memancing perbualan ini.


" Yang Mulia Kaisar sihat sahaja. Kamu mungkin salah faham. Beberapa hari ini Putri Xiang Den sedih kerana binatang peliharaannya sedang sakit. Selain itu mengapa kamu tidak melapor pada kami bahwa ada pergerakan pembunuh upahan?" kata Emeranda sambil tersenyum. Dong'e Lu sudah masuk perangkap.


" Oh aku ada tetamu yang ingin berjumpa dengan kalian. Bawa dia masuk! "arah Emeranda kepada pengawal yang berjaga di situ.


Bum... Selir Feixi dihumban.

__ADS_1


" Tolong hamba,. Hamba tidak bersaah. Ini semua Dong'e Lu. "kata Selir Feixi.


'eh kata anak ku si ****** ini sudah mati, dasar anak tak berguna!' kata Dong'e Lu dalam hatinya.


__ADS_2