Permaisuri Handalan

Permaisuri Handalan
The Dark Pheonix


__ADS_3

Xi Moyui memperkenalkan semua ahli kepada majikannya termasuklah ahli beladiri lelaki yang diminta saat akhir pencarian.


Emeranda mula menceritakan perancangan nya kepada mereka. Semua yang ada diditu setuju dengan perancangan yang dibuat Emeranda. Seterusnya mereka mula bercerita tentang kehidupan masing masing. Emeranda sibuk mencatat sesuatu.Emeranda membawa mereka ke dalam kedai tersebut.

__ADS_1


"Permaisuri kenapa kita ke sini, dan kedai ini kepunyaan siapa" tanya Xi Moyui. Ahli beladiri yang lain hanya senyap memerhati tindakan mereka. Mereka tidak berani berkata apa apapun ketika di hadapan Permaisuri.


"Kedai ini ialah merkas rahsia kita" semua yang dengar terkejut.

__ADS_1


"Bukankah kalau tempat ini dijadikan markas rahsia akan membuat orang sekeliling curiga kerana kedai kosong yang berpenghuni?" tanya salah seorang ahli beladiri di situ. Emeranda tersenyum, akhirnya salah seorang dari mereka berani bicara kepadanya.Dia tahu jawatannya memberikan tekanan kepada mereka untuk berbicara. Dia hanya mengajak mereka masuk. Mereka masuk dan jalan terus hingga ke bahagian tengah kedai, Emeranda hanya memijak lantai yang bercorak flora itu dengan beberapa gerakan tarian. Semuanya yang melihat tertanya-tanya motif Permaisuri berbuat demikian.


__ADS_1


"Ruang bawah tanah ini sangat luas dan ianya bersambung sehingga ke taman bunga di kawasan kediamanku. Dan disitu lah markas sebenar kita. Laluan menuju ke sana akan kita pasang denga berbagai perangkap. Dan sekiranya kita berjalan ke arah utara itu merupakan kawasan penyimpanan senjata manakala kearah barat ialah kawasan penyimpanan herba dan pil pil pengubatan dan kearah timur ialah jalan menuju ke markas kita. Dari perbincangan kita diatas yang paling mahir memasang perangkap adalah kamu berdua kan? "terang Emeranda panjang lebar sambil menunjukkan arah jalan dan menunjukkan jarinya ke arah adik beradik kembar, De Xiang dan De Ling. Mereka berdua hanya menggangguk kepala. Emeranda tergelak kecil dia pun berkata.


" Di sini tiada pangkat Permaisuri mahupun pelayan kerajaan, yang ada hanyalah kita, sebuah keluarga seperjuangan yang penuh dengan kehangatan. Dan aku menamakan pasukan kita Tbe Dark Pheonix" kata Emeranda. Semua ahli beladiri di situ mula berubah fikiran bahwa Permaisuri Emeranda yang di katakan bodoh dan tidak berguna sebenarnya seorang yang baik, cantik, bijak dan sangat penuh kasih sayang. Sorotan matanya yang penuh kasih sayang dan tidak ada satu pun dari mereka yang melihat tataapan jijik dari Permaisuri.

__ADS_1


__ADS_2