Permaisuri Handalan

Permaisuri Handalan
Rencana Awal Balas Dendam


__ADS_3

Selepas membelek senjata-senjata lain. Dia mula mengambil sehelai kertas dan mula menggambar. Xi Moyui cuba mengintai lukisan majikannya. Emeranda menoleh memandang dayangnya terus menyuruh Xi Moyui untuk duduk di sebelahnya.


"Ampunkan saya Permaisuri, saya tak berniat mengganggu."kata Xi Moyui ketakutan.Emeranda hanya tersenyum melihat gelagat dayangnya. Dia terpikir bagaimana perangai Permaisuri yang sebenar. Dan apakah penyebab dia mati, tidak mungkin hanya kerana kepalanya terhantuk ke pokok dan tenggelam ke dalam kolam. Tidak mungkin Permaisuri sebelumnya sangat bodoh sehingga kepala sendiri dihantukkan kuat ke pokok. Sambil berfikir tangannya lincah menyiapkan lukisan busana nya.


"Xi Moyui cuba kamu lihat pakaian mana yang sesuai dengan ku?!" tanya Emeranda kepada dayangnya.


__ADS_1


"Wah lawanya tapi Permaisuri mahu buat apa dengan pakaian ini"tanya Xi Moyui kebingungan dengan tujuan sebenar majikannya.


" Hehehehe, semestinya aku perlu mengenakan pakaian yang bagus sebagai seorang ahli bela diri dan akan menjadi pemimpin sewaktu peperangan nanti memandangkan suamiku tidak mahir bela diri dan hanya memikirkan masalah negara dan bukannya peperangan dan tenteranya sendiri"terang Emeranda panjang lebar kepada dayangnya.


"Dan setahuku kau juga mahir beladiri, mungkin kita harus membuat pasukan sendiri di kota ini untuk melindungi rakyat dan kaisar serta membantu menegakkan keadilan. Jadi langkah awal ialah mengumpulkan beberapa ahli bela diri yang mahir dan itu seharusnya wanita. Seterusnya memikirkan nama samaran dan juga nama pasukan. Hal keuangan serahkan kepadaku manakala pakaian kita akan membeli sahaja. Aku serahkan tugasan mencari ahlinya kepada kau sahaja. "sambung Emeranda sambil tersenyum.


Selama beberapa hari Emeranda sibuk membeli senjata dari toko toko pembuat senjata yang terkenal. Dia juga sibuk naik turun bukit mencari tanaman herba. Dia tidak lupa untuk mencari kawasan strategik untuk dijadikan markas rahsianya.

__ADS_1


Xi Moyui juga sibuk mencari ahli bela diei wanita secara rahsia. Walaupun susah tapi kerana tanggungjawab ini telah diserahkan kepadanya, dia berusaha bersungguh sungguh untuk mencari orang dari kota kota terpencil.


Kaisar Xiang Jingli yang mendengar desas desus bahawa Permaisurinya sedang merencanakan hal jahat hanya memandang sebelah mata akan hal itu kerana dia tahu bahawa Permaisuri itu kurang pandai dan hanya suka membazir uang. Mungkin kerana Permaisuri kebosanan tinggal di Istana nya maka keluar berjalan jakan dan tertarik pada senjata atau ingin memberikan kepada keluarganya. Manakala naik turun bukit hanya kerana ingin menghirup udara di sana mana mungkin Permaisuri yang dipulaukan itu tiba tiba menjadi seorang yang handal pengobatan mungkin herba herba tersebut tidak sengaja dipetik.


Sudah sebulan Permaisuri dan Xi Moyui berusaha menyelesaikan awal rencana pembalasan dendamnya. Akhirnya segala herba dan senjata yang dikumpulnya disimpan di tempat rahsia yang telah dibeli dengan menggunakan nama dayangnya.


Xi Moyui membawa ahli bela diri wanita yang telah dikumpulnya ke alamat yang telah diberikan Permaisurinya. Emeranda teroaku melihat ahli seni beladiri yang telah dikumpulkan oleh dayangnya.

__ADS_1


'Nampaknya rencana kita berjalan lancar. Permaisuri Emeranda lihat sahaja aku akan menuntut keadilan buatmu. Izinkan aku meminjam tubuhmu' bisik hati Emeranda sambil memandang kearah dirinya yang berada di dlama cermin.


__ADS_2