Permaisuri Handalan

Permaisuri Handalan
Racun Lidah Naga


__ADS_3

Dari masa ke semasa,The Dark Pheonix berhasil mengumpul bukti akan perancangan.Mereka juga menjalankan beberapa misi kecil seperti menyelamatnkan beberapa pejabat tinggi kerajaan.Mereka juga tidak lupa berlatih di ruang rahsia yang telah Emeranda siapkan.Menurut mata mata di keluarga De, Keluarga Dong,e akan bergerak pada malam hari jadi yang mulia kaisar.Malangnya rencana seperti apa yang akan dijalankan mereka masih belum dipastikan.Selain itu terdapat beberapa informasi dari Perompak Lanun.Mereka melihat eberapa pergerakan rahsia.Terdapat ramai pendekar yang melindungi orang orang tersebut.Emeranda memerintahkan bahwa beberapa dari mereka sentiasa berada dekat dengan Kaisar Xiang Jingli.Yang memainkan peranan sebagai penjaga di sekitar kaisar ialah Xiang Den dan permaisuri sendiri.


Tibanya hari lahir Yang Mulia Kaisar Xiang Jingli.Semuanya berjalan dengan lancar.The Dark Pheonix memulakan penyamaran mereka.Tang Xu dan Xiao Ba menjadi pasangan dan cuba berada didekat kaisar.Untuk mengelak dicurigai oleh kaisar,mereka berpura pura menjadi pemilik restoran.Mereka menceritakan bahwa Permaisuri Emeranda merupakan orang yang membuka restoran mewah tersebut.Kaisar sedikit tertarik dan terus melanjutkan perbualan dengan mereka.


"Yang Mulia Kaisar,maaf jika saya bertindak lancang."kata Xiao Ba.


"Tidak mengapa teruskan sahaja perbualanmu,"kata Kaisar Xiang Jingli sambil tersenyum.


"Dimanakah Yang Mulia Permaisuri Emeranda?Bukan apa kami hanya mendiskusikan beberapa dengannya."kata Xiao Ba cuba mencari cara untuk pamit diri selepas tugasnya selesai"


"Oh ingatkan apa yang hendak kamu katakan,mungkin Permaisuri berada di taman bunga"Kaisar Xiang Jingli hanya sembarangan memberi jawapan.Kerana dia sendiri belum pernah bertemu permaisurinya sejak 5 tahun lepas.

__ADS_1


"Baiklah kalau begitu kami mohon untuk pamit mencari Yang Mulia Permaisuri ya"kata Xiao Ba meminta izin dari Kaisar Xiang Jingli.Kaisar hanya menganggukkan kepalanya.


Sepertinya majlis hampir tamat dan tiada apa apa pergerakan yang membahayakan kaisar.Kesemua The Dark Pheonix berfikiran bahwa mereka telah ditipu oleh mata mata ataupun rencana Keluarga Dong'e telah ditunda.Mereka terus memerhati pergerakan Keluarga Dong'e dan keselamatan Kaisar Xiang Jingli.Tiba tiba Kaisar Xiang Jingli mabuk dan dibawa pulang ke kediamannya oleh seorang selir.Mereka hanya melihat mengikut atap tapi tidak jadi malah turun dan bersembunyi di sebalik jendela sahaja.Permaisuri Emeranda,Xiao Ba dan Che Xili mengeluh apabila melihat ketua kepala keluarga Dong'e pulang ke kediamannya.Setelah mengikutinya tiada sebarang pergerakan pemberontakan darinya,mereka terus menuju ke istana kaisar untuk menyambung melindungi kaisar.Setibanya di sana mereka terlihat yang lain sedang bersembunyi di sebalik jendela.


"Bukankah kakak sudah menyuruh kalian melihat ikut atap?"tanya Emeranda dengan nada berbisik.


"Mana mungkin kami ingin melihat mereka menjalin hubungan"kata Tang Xu malu malu sambil menutup mukanya.


"Oh mereka sedang berhubungan,kalau begitu kita hanya perlu duduk disini sehingga kita memastikan bahawa Kaisar dalam keadaan selamat"kata Emeranda dengan nada datar.


'Haih,Permaisuri Emeranda mengapa di dalam ingatanku,kau begitu cinta dengan kaisar ini.'detik hati Emeranda apabila tiba tiba fikirannya terbayang memori yang bukan miliknya.Tiba tiba kepalanya terasa sakit yang amat tapi dia cuba untuk tidak menjerit,dia hanya memejam matanya.Mereka yang melihat cuba untuk mengejutkan Permaisuri Emeranda tetapi dihalang oleh Che Xili.

__ADS_1


"Sepertinya Kakak Emy mengalami sakit kepala yang akurat.Sakit kepala ini disebut 'Kupu-Kupu Mimpi,lihatlah kupu kupu yang hinggap ke matanya.Kalau kalian mengejutnya paksa dia mungkin akan cacat mental dan kehilangan deria penglihatan dan pendengaran"terang Che Xili melarang Xi Moyui mengejut Permaisuri.Xiao Ba menyandarkan Permaisuri ke dinding kediaman Kaisar.


Mereka mengambil keputusan untuk berpecah ke sekeliling kediaman kaisar.Xi moyui dan adik nya mengawasi pintu depan manakala Tang Xu dan Xiao Ba melindngi Permaisuri Emeranda.Xiang Den dan Che Xili menjaga jendela seberang.Xui Xiri dan De Xiang menjaga kaisar menerusi atap manakala De Ling menjaga kediaman keluarga De.


"Akh,mengapa kamu selir Feixili?"Tanya kaisar sambil memuntah darah.


"Hahahahaha,pasti kamu tidak sangka kamu akan mati secepat ini.Sebenarnya saya menjalinkan hubungan dengan seorang putra dari ketua pemberontakan.Bagaimana saya ingin meikah dengannya kalau ada kamu sebagai penghalang.Kamu dan Permaisuri yang sentiasa berada di atas sering mengabaikan kami yang hidup dalam kesusahan."kata Selir Feixili sambil gelak.


"Baiklah saya ingin kamu tahu bahwa itu ialah Racun Lidah Naga yang mematikan itu,ubatnya akan berkesan dalam empat minit lagi jadi jangan menyia nyiakan hidupmu."kata Selir Feixili.


The Dark Pheonix kembali berkumpul ke tempat permaisuri,Xiao Ba dan Tang Xu selepas mendengar jeritan dari Kaisar.Mereka cuba memikirkan cara untuk menyelamatkan kaisar tiba tiba Tang Xu mendapatkan cara.

__ADS_1


Dia meminta untuk Xiang Den berpura pura ingin menemui kaisar dan mengatakan darurat.Tanpa berlengah Xiang Den terus menyelinap ke pintu utama istana kaisar


'Tunggu aku abang,kau harus bertahan'detik hati Xiang Den sambil menyeka aair matanya.


__ADS_2