
"Kita ajak Mei Sizan saja. Dia mahir seni beladiri." kata Choi Han
"Kalau begitu bisa sahaja. Cuma siapa Mei Sizan" tanya Permaisuri Emeranda.
"Hahahahaha, lupa kau tak pernah bertemu dengannya. Mei Sizan atau lebih senang Siz. Dia ni peminat setia Long Mian." tambah Ming Chu.
"Kalau begitu biar Long Mian saja yang pujuk dia untuk menyertai pasukan kita" kata Permaisuri Emeranda sambil tersenyum.
__ADS_1
"Hmph... Iyalah aku pergi jumpa dia. Tunggu sini." kata Long Mian sambil berdiri.
"Eh aku baru teringat pasal abang angkat aku." kata Permaisuri Emeranda.
"Oh, abang Kwan Yoon dah lama tak tinggal kat desa kita. Dia pindah tempat lain katanya nak perbaiki jurus tombaknya .Nak ajak dia masuk tim kita ke?" tanya Gong Yexi yang sedari tadi mendiamkan diri.Permaisuri Emeranda menganggukkan kepalanya.
Emeranda hanya tersenyum lantas bersiap mengeluarkan pedang. Siapa sangka tiba tiba makcik itu mengeluarkan senjata nya sungguh lagi membuat Emeranda tertarik untuk mengajak dia menyertai pasukannya.
__ADS_1
Mak cik itu menjerit dan segerombolan pasukan lanun tiba tiba muncul dari segenap ruang. Selepas beberapa ketika pertarungan antara Emeranda dan mereka bermula. Pada akhirnya mata pedang Emeranda terletak tepat di sebelah leher mak cik tersebut.
"Ada kata kata terakhir?" tanya Emeranda.
"Sungguh nak perkenalkan diri dengan wanita macam kau. Aku Sulie Yan"
"Hahahahahaha! Emeranda. Seterusnya aku akan fikiran sesuatu untuk kau" kata Emeranda sambil menyimpan kembali pedang ya. Sulie Yan hairan melihat Emeranda tidak membunuhnya.
__ADS_1
Selepas beberapa minit akhirnya Kwan Yoon muncul dan akhirnya misi Emeranda selesai. Dia memimpin pasukan barunya bersama pasukan lanun menuju ke istananya .